Tuesday, March 27, 2012

I am number 12

Sincerely love by EiNeZz at Tuesday, March 27, 2012
Reactions: 
2 say you love me too
Assalamualaikum & hello :)

Can you see the picture above. What it tells you?

Dah lah lambat datang kuliah lepas tue duduk kat belakang sekali. Tunduk-tunduk bawah meja supaya lecturer tak nampak perbuatan sedang mengunyah makanan. Lepas dah kenyang online pulak guna iphone kawan. Tak cukup dengan itu borak-borak dengan kawan sebelah pasal upcoming event yang agak penting dan harus diberi fokus yang agak mendalam. Cek calendar guna phone untuk merancang meeting yang bakal diadakan. Masih berborak lagi dengan penuh semangat disertai dengan body language yang begitu meyakinkan. Tiba-tiba ada suara...

Lebih kurang seperti inilah koordinat tempat duduknya

"Saya tahu dari tadi ada orang sedang sibuk bercakap-cakap. Saya perhatikan orang itu dari tadi sambil pegang-pegang handphone. Pelajar tu bukan duduk di sebelah sini, (sambil tangan menghala ke arah tengah) bukan di situ (kali nie tangan menghala ke sebelah kiri beliau) tapi di sebelah sana!" (tunjuk ke arah tempat si pesalah dan kawan dia duduk).

Angry teacher pointing someone

What the he**??? Apa neraka??? Siapakah yang beliau maksudkan??? :O Nganga mulut sampai boleh masuk 10 ekor lalat. Bukan ekor lalatlah! Lalat mana ada ekor. Maksud aku lalat itu 10 bilangannya. Faham?! Nak jugak aku explain satu-satu. (_ _#)" Nasib baik takde sorang pun yang berpaling. Tapi masih boleh berlagak cool macam tak buat salah langsung. Buat-buat pandang orang lain yang kononnya "Eee budak tu ke yang sibuk borak time lecturer sibuk bertazkirah mengajar kat depan? Pandai sangat ke sampai tak bagi perhatian. Yew please~".

Shocking face!

You know what??? That person is ME! I am number 12.
(Sila rujuk gambar pertama di atas)


~WASALAM~


Thanks for reading this entry. I'm just a very typical student who always did mistakes. =.='

Monday, March 26, 2012

Hangout With Girlfriends

Sincerely love by EiNeZz at Monday, March 26, 2012
Reactions: 
2 say you love me too
Assalamualaikum & hello ladies and gentlemen...

Eh! Eh! Ingatkan dah masuk waktu subuh tiba-tiba bergegas nak bangun. Bila cek handphone baru pukul 4.11 pagi. (Standardlah bangun tido tak tengok jam tangan tapi terus cek phone. Manalah tau ada mesej dari si 'the crush one' jugee kan. Eleh macam korang tak! Adeh, bajet ramai yang sayang pulekkk. HAHAHA!) Untuk pengetahuan semua, bila aku gelak macam nie, --> HAHAHA! tue maksudnya gelak macam 'evil laugh'. Boleh terburai isi perut terbahak-bahak. Cara gelak pun aku kene explain ke? Apalah korang nie... :D

 Kan best kalau subuh dapat tengok pemandangan macam nie. Mood sentimental pulak. kih3~

Rasa macam dah puas sangat tido pedahal semalam keluar dengan girlfriends balik lewat. Erk! Macam aneh punya ayat. Ok ok semula. Pedahal semalam balik lewat sebab keluar dengan girlfriends. Ok agak sedikit gramatis di situ. :) So tujuan post nie nak ceritalah sikit pasal apa yang aku buat dengan saudari teman-teman wanita girlfriends. Pertama, ini kira last minute punya plan. Sebab lama tak keluar sama so tercetuslah idea bernas ini. Kalau cakap pasal idea bernas nak ambil port jugak. Belagak nak bagi tau "Itu idea aku! Idea aku! Wuek!!!" Haishhh... perangai!

 So damn proud face. Menyampah!

Kedua, aku tau korang ada yang rindu nak tau perkembangan aku kan? Kemonlah, jangan bajet menafikan! Sampai ada yang inbox aku 'entry ein bestlah'. Suka baca. Suka baca. "FALIHIN!!! Tampar nie. Perasanlah sangat. Maigoddd! Malu... malu.." 
#mujur cepat sedarkan diri. (_ _#)"

 Kalaulah laptop aku boleh keluarkan tangan. Habis dah muka aku hancur moga-moga aku sedar diri sikit.

Ketiga, sebelum aku terus-menerus melalut baik aku sambung cerita... Kitorang plan nak makan kat Seoul Garden kat Gurney Plaza. Since first time pegi Gurney, so macam excited sikitlah. Tapi masi boleh control lagi. Muka cool aje. Lagipun kitorang baru je habis exam Home Nursing so I just can say it as rewards untuk diri sendiri setelah penat belajar untk keberjayaan pada masa hadapan.
(^.^)v <-- Si pemalas tunjuk muka rajin pedahal tak baca note pun. Jawab soalan tanya kawan sebelah. hew2~

Gurney Plaza

Seoul Garden

Macam-macam ada...

Tengok muka aku macam nak cakap "Haiishh napelah time aku nak layan sweet corn sibu-sibuk nak amek gambar pulak". kah3~

Dragon fruit! Dragon fruit! Habislah kau licin aku kerjakan! xD

Of course si beauties Ayu, Rehan & Along kene ada

Bila dah kenyang baru nak take picture =.='

Lepas dah kenyang aku dan Along keluar meninggalkan saudari Huda, Ayu dan Rehan sebab kami dua ada plan baik punya. Tapi sebelum tue sempat jugak semput tercar-cari koordinat sebenar surau. (T-T)". Nasib baik jumpa.

Red Box! Lokasi idaman. Memang plan nak menggegarkan kerongkong yang telah puas dibasahi oleh aiskrim... :)

Mencari bilik no. 21

See what song I chose

Someone Like You... amek kau perasan diva!

Favoritas yo!

 If you're trying to break my heart it's working cuz you know.~ ♪♫♪♫

Impossible~ Impossible~ ♫♪♫...

Ini pun mana boleh miss. HAHAHA!

Hari tu aku pegi QueensBay lagu-lagu dia tak se-best kat sini. Semua lagu nak sapu habis. Duet ngan Along sekali. Dua Insan, Sandarkan Pada Kenangan dan banyak lagi.. huahua... Actually, ada banyak lagi picture yang aku nak upload. Tapi nak mintak kebenaran saudari Along dulu. Kalau dia bagi green light aku update lagi wokey! ;p

Bila sampai bilik aku sempat tengok video Awal propose Scha. Part dia gosok-gosok kepala Scha tue comel sangatttt! Nak jugak. Nak jugak. HAHAHA! Tiba-tiba browse balik mesej-mesej lama jumpa yang nie....

First time baca mesej nie rasa macam kene perli je. Tapi semalam tiba-tiba tersengih sorang-sorang. Maigoddd! Mana Pinkie? Mana Pinkie Pirate saya??? Nak tekup muka sekarang.

Itu sahaja laporan dari saya. Semoga terhibur. Sekian


~WASALAM~


Thank you so much for reading this entry. Sebarang ke-menyampah-an bukan di atas tanggungjawab saya.

Wednesday, March 21, 2012

Blood Donation Campaign

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, March 21, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Ingatkan hari nie bolehlah wordless sepanjang hari. Tapi sebab nak promote "Blood Donation Campaign" punya pasal terpaksalah jadi talkative sikit. "Eh2 bukan aku memang banyak cakap ke???" HAHAHA! 

Ok, selaku ketua dalam AJK Publisiti, saya bertanggungjawab untuk mempromosi kempen yang dianjurkan oleh Unit Beruniform St. John Ambulans Malaysia Kor Universiti Sains Malaysia (SJAMUSM). Kempen ini turut mengadakan Karnival Jualan yang dikelola oleh Kelab Kebajikan SJAMUSM. Sila lihat banner dan poster di bawah bagi mengetahui maklumat lanjut. :)

Click to enlarge the picture

Poster telah pun disebarkan di perkarangan foyer dewan kuliah

Flyers untuk maklumat siswa dan siswi


Bagi sweets & jellies kat students jugeee...

Bertugas menjaga booth lengkap dengan full uniform

Bersama Ang Rou Ping yang comel :)

Sangat gembira menjaga booth lebih-lebih lagi mendapat perhatian daripada foreigner. Ajak mereka donate blood sekali untuk menyelamatkan orang yang memerlukan. Tapi jangan derma darah kat vampire pulak tau! Rugi aje... tehee~ 


~WASALAM~


Thanks for reading this post. Spread love  

Wordless Wednesday #1

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, March 21, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Holding hands together doesn't mean your hearts are tightening forever


Monday, March 19, 2012

List of So Random!

Sincerely love by EiNeZz at Monday, March 19, 2012
Reactions: 
2 say you love me too
Assalamualaikum...

Hew~ hew~ Comel je cakap macam tue bila dah penat lari laju-laju sedut oksigen banyak-banyak sambil keluarkan karbon dioksida dari mulut.


Tak tau apa motif letak gambar kat atas nie. Rindu rumah, rindu bilik. Sekali tido atas katil sangat lena sampai sepurnama lamanya tak bangun-bangun. Ok murid-murid itu adalah contoh hiperbola. Itu gambar lama. Sekarang dah takde patung comel-comel lagi. Separuh bagi kat anak jiran dan  yang lain masukkan dalam plastik simpan dalam almari.

Bila tengok patung nie tiba-tiba ingat kat adik aku. Dia suka panggil aku monyet-monyet! (T-T)"

Ibu cakap nanti rumah tak masuk malaikat. Poster Dafi & Fatin pun dah takde. Yang tinggal cuma nama "e-in" ♥ yang aku buat sendiri guna polystyrene. Rajinkan aku. Tak payah nak puji. Aku memang ada bakat dalam seni. Kreatif gitew~ Kalau aku tak menang ikut pertandingan lukis poster itu bermaksud kene sabotaj. HAHAHA!

Tak tau nak cerita apa. Pick any random things ajelah ye.

Pertama: Aku bakal menjadi seorang guru. InsyaAllah. I am majoring in Geography and minoring in Bahasa Melayu. Kat sekolah aku dulu cikgu pakai baju lawa-lawa. From the top to toe semua match! Awesome!!!

Bersama Awin & Ayu dalam Majlis Hari Raya Saujana.

Kedua: Semalam Tiqa call. Then kitorang borak panjang-panjang sampai bosan and end up with this text message.

Sebenarnya dia tujukan pada diri sendiri. (_ _#)"

Ketiga: Tugas Awam semalam cancel. So ajak my girlfriend keluar temankan aku shop sikit. Tak dress lawa-lawa pun. When my girl said yes aku grab aje tudung, call delivery dan berambus!

Selepas dikecewakan oleh Vincci sebab takde saiz, akhirnya Nose memberi kebahagiaan. :)

Keempat: Debaran Malam Citra Bayu (MCB) semakin terasa. Siapa yang akan menjadi juara tahun ini. Kita tunggu dan lihat. Aku dah beli tiket. Harap-harap tahun nie dapat datang tengok live event.

Cepat-cepat MMS Zafliey. Bagi dia excited lebih! Will see you soon~


~WASALAM~


Saturday, March 17, 2012

I MISS YOU so much it hurts!

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, March 17, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Assamualaikum & hai semua~

Alhamdulillah... Setiap hari dapat ditempuhi dengan jayanya walaupun akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai kerja, aktiviti dan macam-macam lagi. Tiba-tiba rasa diri ini semakin hari semakin tabah jadinya.
I give the air a little punch like a cheerleader!
#buat muka bangga!!! o(^_^)/" wihuu~

Macam biasa setiap hari Sabtu ada ko-k. So, tadi kitorang buat ulangkaji homenursing sebab tak lama lagi exam. Ntah kenapa tadi ngantuk aje sepanjang masa. Bila semua dah habis, cepat-cepat balik hostel untuk beradu. Semasa dalam perjalanan tu tiba-tiba dapat mesej dari adik.

This simple message is enough to make me smile! Adik aku bajet sweet tapi sebenarnya hari nie bukan birthday aku. HAHAHA! Dia salah. Dia salah... Aku reply gelak-gelakkan dia. 

So, dengan itu hati terdetik nak buat entry pasal dia. Ngeh3~ Johan satu-satunya adik kandung yang aku ada dalam dunia nie. Nama sebenar dia Mohd. Azrin. Jangan tanya aku kenapa tiba-tiba kitorang panggil dia Johan. Memang sangat terpesong dari nama sebenar. Setahu aku dia yang nak kitorang panggil dia macam tue dari kecil lagi. Sampai sekarang nama tu lekat. But mostly kawan-kawan dia panggil Joe aje.

Si bongsu bajet manja (_ _#)"

Dulu kecik-kecik ke mana jer ibu dan ayah pegi mesti dia nak ikut. Pernah satu hari tu ibu dan ayah ada hal penting. So, dia tinggal kat rumah. Punyelah dia nangis macam orang mati bini. Habis semua bantal dia baling. Time tue aku rasa nak cekik je supaya dia diam. Hahaha... Sekarang jer dia bajet cool skit. Bujang dah... 

Time nie dia ngan ibu yang hantar aku kat airport

Kami selalu berlumba-lumba siapa yang cepat tinggi. Aku masih ingat lagi kami selalu ukur tinggi kat dinding. Aku berdiri dia tanda guna pensel atas kepala aku then dia berdiri aku pulak yang tanda. Sampai sekarang kesan pensel tue kami tak padam. Kira banggalah aku dulu, sebab dia paras bahu aku jer. Then lama-lama dia tinggi mendadak macam pokok kelapa. =.=' Lepas tue dia berlagak layan aku macam adik dia. Dia suka tarik-tarik rambut aku saja buat aku bengang. >,<" 

Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa dia edit picture macam nie.T_T"

Mula-mula tue aku diam je tapi sebenarnya cari modal nak kenakan dia balik. Time dia mandi aku tiba-tiba off kan lampu lepas tu buat suara seram. Kah3~ Tak habis lagi! Bila dia keluar dari bilik air aku sembunyi belakang pintu dan sergah dia. Kelakar habis bila tengok muka dia terkejut. Wakaka. Lepas tue aku gelak kuat-kuat then terus lari sebelum dia sekeh kepala aku. HAHAHA! Suka.. sukanyeee~

Jangan cakap abang aku lagi hensem. Nanti dia kecewa. Wakaka :D

Gaduh macam mana pun kami selalu jugak main sama-sama. Kami selalu main "bunuh-bunuh". Biar aku terangkan cara nak main. Tehee~ Time dia tengah baring-baring aku akan datang tekup muka dia guna bantal. Lepas tue dia buatlah action macam orang lemas tak dapat oksigen. Pedahal dia nganga besar-besar tuk serap oksigen dari ruang-ruang bantal tu. Bijak bukan?! Tapi aku lagi bijak. Aku picit hidung dia dan tutup mulut dia sekali then cepat-cepat tekup muka dia guna bantal. Huh, benafaslah kau guna telinga kalau boleh. HAHAHA!

AMARAN: Children don't try this at home.


Kat KK sebelum esoknya dia kena fetch aku @KKIA

Ada lagi satu permainan yang kami suka. Main "geletek2"... Siapa yang boleh tahan geli paling lama dia yang menang. Weakness part dia kat leher. Senanglah aku nak menang. Ngeh3~ "Kesian deh loe!" :D Dia suka sangat selongkar barang-barang aku. Pinjam ini pinjam itu tapi tak reti nak letak balik. Masuk bilik aku tido atas katil tak reti nak kemas. Chek handphone aku lepas tue perli mesej-mesej aku dengan kawan aku. Of course dia tau lock code semua sebab sikit-skit curi kredit. (T-T)"

Serupa tapi tak sama. Wuek ;p

Ih! Ih! Tiba-tiba saya rindu sama kau!!! Damn I miss you so badly. Nanti lepas exam beli tix fly ke sini wokey. Kita main-main lagi... :') 
♥ ♥ ♥

~wasalam~


Friday, March 16, 2012

What So-Called "Bestfriends"...

Sincerely love by EiNeZz at Friday, March 16, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Assalamualaikum & hello readers gorgeous...

Banyak kerja yang belum selesai. Meeting siang malam. Buku yang perlu dibaca tak habis baca lagi. Itu belum lagi dengan lecture yang mem-blur-kan sebab basic course tak sempat ambil dan sekarang course tue dah dimansuhkan. =.=' Amat menyesakkan fikiran, akal dan minda. Persaan, jiwa dan raga terasa dibuli lagi. Tiba-tiba dapat berita baik punya yang kononnya dapat pergi UITM Shah Alam. So, apa lagi. handphone terusku capai lalu....

To: Zafliey
Watcha duin'?


Memang tak kan pernah habis dengan on air dia. d(-.-)b ♪♫♪♫

To: Zafliey
Tak payahlah bukan boleh dengar jugak. Haha.. Mungkin Ein pergi Uitm Shah Alam nanti.


To: Zafliey
Actually tak confirm lagi. hahaha..

Aku saja bagi dia excited then spoil-kan mood dia. HAHAHA!
#evil laugh ;D
Itulah fungsi aku. Sabar jer lah jadi kawan aku. Ngeh3~ Lepas meeting dia cakap nak call aku bagi dengar dia on air. Aku ON aje. Then bila dah call aku diam dengar dia cakap-cakap apa ntah lepas tue suruh pendengar layan lagu Yuna "Terukir di Bintang". Hati yang stress tiba-tiba bahagia jadinya. ♥ ♥ ♥. Macam dikaulah lelaki paling sweet petang itu. Haissshhh! Dah jangan nak perasan!!! ((>,<))" geleng-geleng kepala sedarkan diri.

"Yok! Makasih yach!" Pic nie dia MMS lepas baru buat rambut kat saloon. :)

Lepas tue.. Lepas tue aku nak buat offically thanks pada dua jejaka ini kerana sudi tolong siapkan kerja-kerja aku yang terbengkalai. Bagi idea itu dan ini untuk microteaching tadi. Plus wish good luck lah ape semua sedangkan aku pun tak tahu aku buat ok ke tak. Apa pun Ikmal & Jeri thank you so much for all your support in everything I did. 

Kepada pemilik dua insan ini janganlah jealous okay. Ini picture jer. Saya tak curi dorang pown.. =)

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku post picture kawan lelaki jer. Kesiannye! Takde kawan perempuan ke. Ada kot...!!!

Merekalah tempat aku mengadu, bergelak sakan & being my box of secrets. So ada apa-apa rahsia aku korang nak tau bolehlah tanya dorang. Wuek! ;p

Aini comel (^.^)v

Huda, Ayu, Rehan, Along dan Aini thank you sangat-sangat sebab sudi jadi murid Ein tadi. Syam pun sama sebab tolong jadi cameraman yang super expert! Semoga Allah membalas jasa baik korang semua. Amin...



#boleh tak saya sayang semua... muuuaaahh!!! ♥ ♥ ♥


~adios amigos~
WASALAM


Tuesday, March 13, 2012

Mati Itu Pasti

Sincerely love by EiNeZz at Tuesday, March 13, 2012
Reactions: 
4 say you love me too
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi kat St. John Office tiba-tiba kami mendapat khabar bahawa mak kepada Dr. Najeemah telah pulang ke ramahtullah pagi tadi. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah semoga roh beliau di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin~ 

~Al-Fatihah~

Aku sempat menziarahi jenazah bersama Encik Sandra dan dua orang sahabatku. Sepanjang perjalanan aku senyap je. Tiba-tiba teringat saat aku menziarahi jenazah bapa kepada sahabat karibku sejak sekolah rendah lagi. Pada masa tue tak pernah ada pengalaman bagaimana rasanya melihat keadaan keluarga yang kehilangan orang tersayang. Aku pergi ke sana bersama teman rapatku, Zafliey.

Tatkala roh terpisah dari jasad (gambar hiasan)

Setibanya di rumah, perkarangan di penuhi oleh ramai jiran tetangga. Al-maklumlah allahyarham merupakan orang yang dikenali ramai. Kedatangan kami disambut oleh sahabatku. Dapat lihat dari raut wajahnya telah banyak mengalirkan air mata kesedihan. Suasana yang sangat asing bagiku. Aku dapat rasakan kehilangan itu teramatlah besar bagi mereka. Lalu kami dibawa melihat jenazah. Ku capai surah yassin dan ku sedekahkan kepada allahyarham. Dapatku dengar suara sayup-sayup dengan esakan tangis kecil sahabatku. Sungguh aku sebak. Ku sentuh tangannya andai itu bisa membuatnya berasa sedikit tenang. Tapi aku sendiri tidak kuat. Air mataku bercucuran juga. 

Saat jasad ingin dikebumikan

Tanganku menggigil. Bukan takut akan jenazah di hadapan tapi terlintas dibenak fikiran sekiranya aku berada di tempat si mati akan adakah orang yang sudi menghadiahkan bacaan yassin atau mendoakan agar aku ditempatkan dalam kalangan orang yang sedikit. Golongan sedikit itulah yang dijanjikan syurga. Ya Allah sungguh pengalaman itu menginsafkan. Lebih-lebih lagi di saat jenazah diusung masuk ke dalam kereta. Aku hanya berdiri kaku melihat orang lain berada dalam kesedihan. Aku juga terasa hibanya. Bibir tidak putus-putus ber-Istighfar memohon keampunan dan janganlah air mata kami membuatkan si mati berasa  tersiksa.

Hibanya turut terasa

Tiba-tiba tersentak dengan suara Zaf "Ein, peluklah Mai." Ku dekati sahabatku dan memeluknya erat. Dapatku rasakan betapa pilu perasaannya. Bagaimana aku bisa menyatakan supaya dia kuat sedangkan aku sendiri kehilangan kudrat untuk bersuara. Hanya doa ku pohon agar dia diberi ketabahan menerima ujian ini. Sempat ku kongsi pengalaman ini bersama Tiqa dan Ain. Masihku ingat kata-kata Tiqa "Orang yang rugi ialah orang yang tidak mendapat apa-apa iktibar dari suatu kematian."

Doa kepada-Mu ku pohon


Setibanya di rumah aku segera membersihkan diri dan menunaikan solat. Aku berdoa agar Allah tidak memanggil orang yang aku sayang di saat aku belum punyai kekuatan dan mungkin juga aku tidak akan pernah ada kekuatan itu. Cuma aku harapkan agar diberi ketabahan dan redha di atas segala ketentuan-Nya. Mungkin juga aku akan pergi terlebih dahulu meninggalkan insan-insan tersayang. Semoga kita mendapat sedikit kesedaran kerana hidup ini adalah sementara dan MATI ITU PASTI!


~WASALAM~



 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review