Monday, March 5, 2012

Perasaanku dibuli Lagi!!!

Sincerely love by EiNeZz at Monday, March 05, 2012 2 say you love me too
Assalamualaikum...

Sebelum aku start membebel cakap yang bukan-bukan lagi bertubi-tubi lebih elok rasanya aku intro dengan sesuatu yang baik lagi mulia. Nak bagi tau hari nie aku pakai baju kurung ke kuliah. Yalahkan sebab nak menyokong 'Kempen Berpakaian Formal' tuk student school aku. So, inilah hasilnya. Sempat mintak tolong Cikgu Yana snap satu gambar sebelum meeting. Tengoklah baju kurung aku tue nampak besar. Dulu aku pakai ok je tapi bila pakai tadi... "Maigoddd! Kenapa dengan baju nie nampak besar." Baru aku teringat dulu aku gemok sebab berlebihan kasih sayang. Sekarang ada sedikit kurus lehhh! Sebab tue rasa macam pakai baju kelawar yang orang pakai time nak tido tue. (-.-)" zZzZ~

Aku ambil keputusan nak jual baju kurung nie RM20. Jenis fabric: Kain Sari & Songket. Jangan tiba-tiba inbox aku kat FB nak book baju kurung nie pulak sebab aku gurau je. HAHAHA!


Ok cukup dengan sedikit intro yang agak-agaknya boleh buat korang yang membaca tersenyum. Sekarang turn aku plak nak bising sikit. Tadi aku nak buat money transfer sebab hari tue aku mintak tolong kawan belikan tiket ke Kuching. Siapa kawan aku tue rahsia. Tak boleh bagitau sekarang sebab aku akan ada entry khas tuk diceritakan pasal kami berdua nanti. Tunggulah lepas aku balik dari Kuching. Sabar ya... Ok sambung cerita... Means aku nie tergolong dalam insan yang berhutanglah.. Kan.. Kan...
(_ _#)" <--- si miskin ini sedar diri jugak.

Dapat email dari Air Asia... Ada tiket murah sebab tue lah nak fly ke Kuching pulekkk!

Buat perangaiiiii... (>,<)"

Unfortunately / Unluckily, (teringat time darjah 6 dulu selalu guna words nie tuk buat karangan BI) kad aku balik-balik kene reject. Ntah ribut ke taufan ke apa jadi macam tue. Bukan satu mesin ATM je yang aku try tapi semua jenis mesin ATM telah menelan dan kemudiannya memuntahkan kembali kad aku dengan kejam. Dalam minda hanya terlintas ibu... ibu.. ibu.. nak ibu.. T__T

Call ibu cepat-cepat. Dialah ANTIBIOTIK paling kuat! :')

Ambil phone press speed dial 2. Nasib baik ibu cakap nak bank in kan duit kat akaun lain. Tapi bukan itu masalahnya. Nak urus pasal kad tue satu hal! Mungkin aku kene pegi branch utama. For sure-lah kan kena pegi time weekday barulah bank bukak. Setiap hari aku ada kelas wokey...! (T-T)" Terpaksalah rush nanti lepas kelas terus keluar. Plus semua kawan aku ada klas sampai ke petang pegi sorang-soranglah jawabnya. Jadilah aku si tabah yang berdikari atau dalam erti kata lainnya FOREVER ALONE! Ciss sebab kad nie punya pasal aku yang sakit hati. Aku yang marah-marah sendiri. Perasaanku dibuli!!! End up dengan ibu suruh Istighfar banyak-banyak dan bersabar. Kenapalah aku tak boleh jadi sepositif ibu?
(_ _") <--- si hamba yang melemah...


Al-Mulk pengubat segalanya... InsyaAllah~

Untuk kurangkan rasa perasaan dibuli aku tengok-tengok gambar sendiri  yang kurang siuman. Jangan jadi devil sudah!

Ok itu sahaja. Perlukan VITAMIN untuk pulih sepenuhnya. Selamat Malam semua. May Allah bless you bless us all. Amin~  :')


~WASALAM~


Sunday, March 4, 2012

Loving You Is So Much More

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, March 04, 2012 0 say you love me too
Assalamualaikum

Biarlah apa orang nak fikir pasal headline kali nie. Tapi serius mood macam agak emosional. Macam nak cerita semua perkara yang touching2. Tadi baru je belajar pasal home nursing dan dalam group tadi tiba-tiba rasa hiba. Mungkin suatu hari nanti boleh apply ilmu yang dipelajari pada keluarga sendiri.

Orang pertama yang terlintas dalam fikiran time tue nenek. Dulu masih kecik bila ibu dan ayah kerja, nenek yang jaga. Tidur pun dengan nenek. Cuti sekolah ikut nenek balik kampung tak nak ikut ibu. Pernah sekali tak ikut nenek then beberapa hari lepas tue demam. Sebut-sebut nenek sebab rindu. Lepas tue bila jumpa nenek rasa happy sangat. Bila tengah malam dahaga nak minum nenek jugak jadi mangsa mintak teman pegi dapur. 

Kat kampung. Penat cari gambar nenek. Baru teringat dulu pernah fomat phone dengan memory card sekali. Semuanya hilang :'(

Lepas STPM cuti panjang sangat. Ibu tak bagi kerja tuk cari duit. Ibu cakap ibu boleh bagi duit tapi duduk rumah je jaga nenek. Sepanjang masa bersama nenek. Hidangkan makan minum nenek sepanjang hari. Bancuh teh, buatkan susu, bagitau ibu nenek nak makan apa. Semua makanan yang nenek suka memang dah hafal. Sekarang saya dah dewasa. Nenek dah semakin tua. Nenek jalan guna tongkat. Dulu nenek pernah jatuh dan tak boleh jalan. Time tue baru sebulan duduk kat USM. Bila tau berita tue nangis sepanjang malam. Mata bengkak pegi kelas sampai semua kawan-kawan tanya sebabnya. Lepas Maghrib baca yassin, doa banyak2 mintak Allah pulihkkan nenek. Alhamdulillah sekarang nenek dah boleh jalan lagi. 


Ibu pesan rajin-rajin mengaji, baca Yassin dan al-Mulk


Bulan lalu beberapa hari sebelum balik USM result keluar. Cek result guna SMS sebab tak sabar nak tunggu pagi esok cek kat Healthy Campus. Bila dah tau result cepat-cepat pegi bilik ibu. "Mey (singkatan mummy) result saya suda keluar. Saya dapat #>%^". Ibu datang dekat cakap tahniah, cium pipi dan peluk. Ibu selalu macam tue pedahal result bukannya cemerlang sangat pun. (_ _#)"

Lepas tue pegi cari ayah. Ayah tengok TV di ruang tamu. "Daddy tadi saya cek result. Saya dapat #>%^." Ayah hulurkan tangan dan cakap "Tahniah, anak ayah!" sambil senyum. Sama macam ibu, ayah pun cium pipi jugak. Dalam hati sedikit sebak "Result aku bukan hebat sangat pun". Tapi respon ibu dan ayah selalu macam tue. Tak putus-putus bagi semangat.

Vitamin saya :')

Esok paginya pulak SMS Tiqa bagitau result. 
Dia reply: Tahniah! Get something as a reward to self! Hehe
Sebak lagi tapi tak nak dia tau. So end up SMS nanti mesej lagi sebab tengah busy. :')

Recently when my bestie heard bout my top secret, dan pada masa tue hati masih dalam dilemma untuk membuat satu keputusan yang sangat rumit, dia mesej: Whatever ur dcsi0n, u still hav my back. ein pkir la masak2 eh (^_^) Ill always supp0rt u yaa dear =)
I really appriciate bila dia cakap macam tue. Thank you so much! Tapi hanya termampu ubah topik perbualan sebab tak nak dia tahu yang saya sebenarnya terharu. T__T

Tadi masa nak dinner sempat SMS bestie sorang lagi. Lepas tue ngadu kat dia something. Then dia pun reply: Don't sad ya sis. I'm on your side even........
Touching lagi tapi cuba gelak-gelak dengan harapan dia tak tau kata-kata dia buat saya jadi kuat semula.

Mereka semua ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis

Sekarang saya taip entry nie pun bergenang air mata. Entahlah napa sebak sangat. Nasib baik roommate tidur awal. Kalau tak mesti dia tanya sebabnya. Roommate pun sangat baik. Kadang-kadang saya malas nak turun makan. Kalau dia beli makanan, dia akan ajak makan sekali. Saya cakap iya.. iya aje. Tapi masih sibuk depan lappy. Kalau tak puas hati mesti dia datang suap nasi beberapa kali. Cuba berlagak cool tapi  dia tak tau hati saya rasa tersentuh. :')

Ya Allah terima kasih kerana pertemukan saya dengan mereka semua. Bukan mereka jer yang baik. Ramai lagi. Tapi tak terdaya saya cerita semuanya. Saya sayang mereka. Mereka VITAMIN saya. Mereka buat saya jadi kuat. Ya Allah sayangilah mereka melebihi saya menyayangi mereka. Amin~


~WASALAM~


Thursday, March 1, 2012

Malas Semakin Menjadi-jadi!

Sincerely love by EiNeZz at Thursday, March 01, 2012 0 say you love me too
Assalamualaikum dan hai...


A short update...

Main topic!

Tempat kejadian: Rumahku Syurgaku


Aktiviti: Sedang relek2 dalam bilik...

Ibu: Ein tolong panggilkan Joe di bawah. Ibu ada kerja mau mintak tolong. (Tunjuk muka dengan harapan aku akan segera turun ke bawah panggil adik aku naik)

Aku: Ok, baiklah. (Ambil handphone memang ada kat tangan search name 'Anak Cemerlang' and make a call). Joe ibu panggil naik atas sekarang... mau bagi hadiah.


Aktiviti: Buat apa yang patut

Ibu: Ein, panggil ayah makan. Makanan sudah siap.

Aku: Ok mummy. (Ambil handphone memang sentiasa di sisi terus press speed dial 3). Ayah, ibu panggil makan. Jom naik makan.


Aktiviti: Menonton TV di ruang tamu bawah.

Tukar-tukar channel cari program yang best. Merlin (favourite ibu) baru start.

Aku: (Ambil handphone dalam poket jeans then search for 'Beloved Mum' and taip SMS). Bu, ada Merlin @702 sekarang :)

Ibu: Reply: K


Sebab ada handphone hidup semakin malas. Nak panggil orang dalam rumah pun call dan SMS je. Jangan heranlah kalau lemak dalam badan semakin membiak. (_ _#)"



~SEKIAN~



 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review