Sunday, September 2, 2012

Salam Syawal dari New Zealand

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, September 02, 2012 1 say you love me too
Photobucket
Bersediakah anda untuk melihat aksi over excited (sakai) dari saya? Ini merupakan video ucapan raya edisi terhad dari kami semua. Memang tak boleh blah. Gelak-gelak aje bila tengok video nie. Apapun layan~
Salam Syawal dari Dudedin, New Zealand
Benar bukan? Sakai kan saya. Bagi chance lah. Bukan selalu. Tehee~

p/s perasan tak aku siap bagi off lagu kat blog aku supaya korang boleh dengar ucapan kitorang. Ahaks. :P


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

Kedekut atau Berjimat?

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, September 02, 2012 2 say you love me too
Photobucket
Semalam aku pegi shopping barang-barang keperluan jap. Banyak yang dah habis. So, terpaksalah pegi beli apa yang patut. Lagipun lepas cek website Queensbay, aku dapat tau sempena Hari Merdeka nie banyak outlet yang bagi diskaun habis-habisan dalam masa dua hari. Sebab nak berjimat cermat aku pun rebutlah peluang nie. Aceceh~ :P
Eh... eh... tapi yang ni aku dapat free. Aku cekup dari Heartland Hotel kat Queenstown.

First time aku tengok bath products kat atas nie, aku buat dunno je. Ye lah kan aku lebih selesa guna product sendiri. Tapi last minute nak check out hotel sempat pulak aku cekup. Kononnya boleh jadikan kenang-kenangan dari sana plus manalah tau nak travel lagi, senang la bawak products nie sebab saiz dia kecil aje. Boleh simpan dalam handbag. Ah alasan! Pedahal banyak je products comel-comel macam nie di jual kalau nak bawak travel. So aku nie kedekut atau berjimat cermat. (_ _#)" Gwe gak abis pikir!
Keperluan yang dikatakan dah habis

Lepas pegi Money Changer tuk tukar dolar Singapore dapatlah aku guna duit tu tuk beli barang-barang nie. Serius aku sangat-sangat berkira. Biasalah kalau ibu ada, semua nie ibu yang belikan. Nak amek apa-apa tak pikir pun mahal ke tak. So bila sampai part aku, aku cari barang yang paling murah. Mah aih! Kedekut! Vaseline tu tak pikir pun nak beli. Kononnya nak beli lip balm kat Body Shop. Tapi sebab Vaseline nie multipurpose, so lebih baik aku beli. Kan... kan.. kan... Eee kedekut ke berjimat? (-__-)
Cha changgg!!! Bolster baru. :)

Memikirkan aku adalah seorang pelajar yang tidak lama lagi akan meneruskan kuliah dan bakal penat dengan pelbagai aktiviti dan program, bagi aku tidur yang cukup dan berkualiti adalah sangat penting. Oleh itu bolster ini adalah penyelesaiannya. Plus Pinky tinggalkan kat rumah dan aku belum merancang meminta ibu tuk post kan ke sini, lebih baik rasanya aku mencari penggantinya buat seketika. Keh3~ Aku beli bolster nie kat Memory Lane. Sekali lagi peluang promosi digunakan. Harga asal RM69.90 tapi sempena Merdeka, dorang jual RM20 je untuk tiga hari nie. Means hari nie last day dorang jual murah. So apa lagi cepat-cepat la pegi Memory Lane sekarang. :P
Purse baru

Sebab aku rasa purse aku dah cukup nazak, so aku pun belilah purse baru. Yang nie jangan nak mengada. Takde pun diskaun ke apa. Nasib baiklah incik abang saya yang hensem bagi duit raya. So aku gunalah tuk beli purse nie. Ngeh3~ Jimat sikit duit belanja yang ibu bagi. Hik3~ Maceh. Maceh. Cayang abang kite.
Fragrance Mist

Fragrance Mist nie aku beli kat Changi Airport. Kebetulan body mist aku pun dah nak habis tak salah lah kan kalau aku beli nie. Sekali lagi cari yang paling murah dan wangian yang paling lembut baunya. Akhirnya Secret Charm menjadi pilihan. SG$19. Lepas bayar terus blah. Saja tak nak tengok-tengok perfume kang aku tergoda nak beli lagi. Buat-buat tak nampak aje. Lagipun perfume aku masih ada. Adakah ini kedekut ataupun berjimat. Haduyai...

Kesimpulannya, (aceh macam nak buat karangan rumusan bahasa Melayu plak) semua terpulang pada anda untuk merancang perbelanjaan masing-masing. Kedekut atau berjimat mempunyai definisi yang berbeza. Kenapa perlu berbelanja lebih kalau anda berpeluang menikmati potongan harga yang lumayan untuk produk yang sama. Lu pikirlah sendiri... Sekian.


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

Saturday, September 1, 2012

All the way from Singapore to Auckland

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, September 01, 2012 2 say you love me too
Photobucket
Alhamdulillah aku ngan beberapa lagi team Saujana, USM selamat sampai di Penang Airport tepat jam 12 malam (31 Ogos). Dalam perjalanan nak balik hostel tu sempat tengok fireworks al-maklumlah negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55. Time tu cakap dalam hati "Eh aku dah alik ke tanah air." Macam ada sedikit touching kat situ. Bersyukur dapat hidup di negara yang aman dan damai. Proud to be Malaysian. :')

Ok mungkin ramai yang dah tau aku ngan 17 orang lagi team Saujana baru balik dari Mujilen. Eh macam comel je sebut New Zealand tu jadi Mujilen. HAHAHA! :D Tujuan utama kami ke sana adalah di bawah  satu program kelestarian dan kebudayaan. Pasal tu aku akan cerita lebih lanjut lagi kat entry yang akan datang.

Seperti yang dirancang kami akan bertolak ke Auckland dari Singapore. So semua orang akan berkumpul di Changi Airport. Tapi disebabkan flight dari Sabah - Singapore ada satu je, aku terpaksa bertolak ke Singapore sehari lebih awal. Time tu dah la raya kan. Rasa sedih nak tinggalkan family. Sob.. sob... 

Tapi disebabkan aku si gadis tabah semua harus ditempuhi dengan cekal. Huahua... Perasan! Pedahal mengalir jugak air mata sebelum tinggalkan Sabah. Haduyai... T_T
Kawasan perkarangan rumah kak Yanti. Tq sebab bagi tumpangkan tido. :'D

Kat Singapore aku & beberapa kawan yang lain stay rumah kak Yanti (sepupu Mira). Giler cool! Even baru first time jumpa, rasa macam dah kenal lama ngan kak Yanti. Dia sangat-sangat friendly. Pic kat atas tu aku ngan Wawa. Saja nak posing sebab nak kuar jalan-jalan kat Singapore sebelum bertolak ke Changi Airport. Thank you so much pada kak Yanti and husband yang sudi bawak jalan-jalan.
Dapat tengok Merlion dari jauh je. Sebab under constuction.

Suka tengok bangunan kat Singapore sangat unik. Great architecture. 

Then kitorang pegi Esplanade.

Aku macam terlebih excited. Sebab pegi Singapore hari tu tak sempat pegi Esplanade. Tengok dari jau aje. Kat Esplanade amek pic banyak-banyak & terlebih gumbira sampai lupa kejap lagi nak fly ke Auckland. Adeh aku rasa macam sakai je. Kah3~ xD
Tengok tu paling excited sedunia. Perasaan yang tidak boleh dilukis. :P

Next route Marina Bay

Pic aku ngan Mira. Kalau korang perasan kat belakang tu ialah The Helix Brigde. Bentuk dia sebijik macam DNA. I told you architecture kat Singapore hebat-hebat. 
Kat atas ada Science Museum

Time ni kat atas The Helix Bridge

Lepas dah puas jalan kami pegi ke Changi Airport

Sampai je airport kami cari kawan-kawan yang lain, salam-salam cakap selamat raya then cepat-cepat siap pegi solat & tukar baju. Sempat amek gambar dengan bendera Saujana. Time ni berdoa banyak-banyak semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin~ :')
Singapore to Auckland

Ibu call pesan hati-hati kat sana. Rasa hiba datang lagi. Tapi apakan daya harus tabahkan diri jugak. >,<"
That's all for today. Tunggu cerita time kitorang dah sampai Auckland kat entry seterusnya, ok. 


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review