Saturday, January 12, 2013

GEMBIRA BERSAMA!!! :D

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, January 12, 2013 1 say you love me too
Photobucket
Time jalan tiba-tiba jumpa skrin besar boleh nampak satu badan. Apa yang korang buat? Dok diam lalu depan tu tanpa berkata apa-apa? Dok lalu lalang, kiri kanan, mundar mandir sambil jeling-jeling dan dalam hati cakap "Eh.. ehh.. ada muka aku lah. Malunye.." Atau berlagak cool "Janganlah jakun sangat camera je pun... hew~ hew~" Tapi sebenarnya nak! Booo~

Pilihan di tangan anda. Tapi kalau aku, pi dok tekan-tekan skrin lepas tu panggil semua kawan-kawan posing dengan gembira. Memang aku suka amek gambar lebih-lebih lagi kalau dengan kawan-kawan sebab boleh rasa gembira sama-sama. Kalau tengok pic tu balik pun boleh rasa gembira lagi. Tapi kalau amek pic sorang-sorang even tunjuk muka gembira belum tentu lagi orang lain yang tengok pun gembira jugak.

JOM BERGEMBIRA BERSAMA KAMI!!! :D

 Testing 1,2,3... Ok menjadi...

Cubaan ke-2 mula nak berebut-rebut

 Tingkah laku kian terkawal

Ok lari jau sikit supaya muka tak besar sangat! ;p

Best!!! Bye... bye! :)

GEMBIRA BUKAN!!!


~WASSALAM~
Thanks for reading this entry. :)

Monday, December 31, 2012

Pesta Penang 2012

Sincerely love by EiNeZz at Monday, December 31, 2012 0 say you love me too
Photobucket
Siapa tak tau setiap tahun bulan Disember mesti akan ada Pesta Penang. Time tue semua orang Penang dan orang negeri jiran yang terdekat akan datang ke pesta nie. Banyak booth jual barang, pakaian, tudung, kain, carpet, makanan, minuman dan macam-macam lagi ada kat sana. Aku pun tak lepas peluang tuk datang tengok keadaan di sana even bukanlah bertujuan untuk shopping atau main-main. Sajeee nak jalan-jalan. ;p

At mini park ala-ala i-City. :P

Bibah yang super excited. :D

You know what? Masuk dalam nie sangat panas. Crowded! Sesak dengan manusia. =.='

Pas tu Bibah offer try satay

Pas tu kitorang pegi tapak fun fair. Tapi aku tak nak main. Dah cukup pening main kat Genting hari tu.

Tapi si budak excited nie nak main jugak. So aku ngan Halidah tolong tengokkan aje. HAHAHA ;D

Dengan keadaan orang berpusu-pusu memang agak menyesakkan. Mungkin nie kali last aku pegi pesta. Lagi pun dengar citer dari kawan-kawan next year pesta nie akan dibuat kat seberang. I mean bukan kat Penang. Kalau nak pegi jau. Kene lalu bridge. Sungguh tak sanggup. Sejauh mana kebenaran khabar angin tu aku pun tak tau.

Ok itu saja. Selamat bergembira. Selamat Tahun Baru. May Allah bless you. Bless us all. Adios amigos!


~WASSALAM~
Thanks for reading this entry.

Saturday, December 29, 2012

Genting Highland: Kota Keriangan

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, December 29, 2012 0 say you love me too
Photobucket
Ini minggu study week. Minggu yang mana seseorang pelajar harus mentelaah pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Tapi apa yang telah aku lakukan? Pergi ke Genting Highland bermain tanpa henti. :P 

Bagi aku ini adalah reward yang terbaik setelah berhempas pulas menyiapkan report setebal berpuluh-puluh muka surat. Jika ditanya tidakkah aku rasa bersalah? Owh tidak sama sekali. Apa salahnya bermain sehari saja sebelum membuat persiapan untuk final exam. ngeh3~

Dan kamu? Ditugaskan untuk membaca entry ini sahaja. :D

Sarapan sebelum main

Kami tiba di Genting seawal 4 pagi. Keluar je dari perut bas semua orang kesejukan. Aku plak tak lah rasa sejuk sangat. Kabus je yang banyak. Rasanya sejuk lagi DK L tuk lecture HGM348 yang aku selalu skip tu. Atau mungkinkah aku telah berubah menjadi makhluk berdarah sejuk. Kedinginan tidak lagi dirasai. Hampa! =.='

 Tak sah kalau tak begambar kat sini :P

Selesai solat subuh dan breakfast kami posing sehabis maut untuk kelihatan anggun di dalam gambar. Tatkala itu tiada siapa yang boleh menghalang. Emangnya gwe pikirin... hew~hew~

Di pelusuk mana sekali pun selagi ada peluang... bergambar adalah suatu kemestian

Benar apa yang aku kata toilet juga menjadi tempat ber-posing

Ok tag dah ada kat tangan. Semua dah tak sabar nak main. ALL PARK mari!!!

Owh... owh kabus sangat tebal di luar

Bergambar dengan tourist. Buat-buat macam 10 tahun dah kenal. xD

First ride: Space Shot

Aku serik dah main ride yang sangat trill kat USS hari tu. So kali nie aku nak main yang light je. 
(_ _#)" Si penakut

Sementara tunggu dorang queue tuk main Space Shot aku bersama si penakut yang lain hanya mampu naik capsule yang comel ni. :D

Jumpa cosplay tapi tak tau watak anime yang mana. HAHAHA!

Cosplay baju merah tu aku tau. Yang baju hitam plak tak tau. WAKAKA!

Banyak plak cosplay hari tu

Sebelum main roller coaster

Actually tak semua ride aku main. Penat tauk! Plus queue pun panjang. Tapi seronok dapat main ngan kawan-kawan. Satu benda yang aku suka sal theme park kat Genting nie surau senang je cari. Even dalam outdoor theme park pun ada surau. Means masih berpeluang menginsafkan diri selepas terkinja-kinja main. Sesungguhnya semua ini duniawi semata. tehee~

Lihat muka kami gembira! :D

Snow World (gambar scan)

Mula-mula aku tak nak masuk Snow World sebab dah pernah main salji. Tapi tewas jugak tengok orang main dari luar. RM25 untuk 40 minit. Yang tak bestnye kat dalam tak boleh bawak camera. Pic kat atas nie aku ngan kawan-kawan lain pakat beli kongsi-kongsi. Cis punya mahal. Sekeping RM50. Snow City kat Singapore pun $11 jer. Cekik darah! 

Tak percaya nie buktinya. Snow City, Singapore. 1 pic cost me approximately RM27.

Time ni dah malam. Baru abis ride roller coaster (Indoor Park) ngan Nana. :)

Panorama yang cantik.

Kumpul ramai-ramai. Nak balik dah. :')

Lupa nak cakap program ke Genting ni sebenarnya anjuran budak Sabah yang study kat USM. (PERSIS). Tersangatlah happy jalan ngan dorang. Thank you semua sebab ajak saya join sekali dengan yuran yang sangat berpatutan. So, lepas nie fokus tuk final exam plak. Doakan kejayaan kami semua. :)


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review