Thursday, November 22, 2012

Perlu Tahu Walaupun Anda Bukan Doktor!

Sincerely love by EiNeZz at Thursday, November 22, 2012 0 say you love me too
Photobucket
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?


1. Tengok produk kuruskan badan di laman web tertentu dan teruja melihat testimoni keberkesanan produk tersebut. Kemudiannya bercadang untuk mencuba dan menelan seberapa banyak capsule yang mungkin untuk dapatkan berat badan idaman.


2. Berjumpa dengan doktor kerana sakit. Doktor bagi ubat tetapi tiada sebarang kesan pemulihan penyakit malah yang lebih parah berlaku allergic reaction terhadap pengambilan ubat tersebut. Membuat tanggapan bahawa doktor tu tak reti nak rawat orang ke apa! Pegi jumpa lawyer nak suruh bagi surat saman kat doktor tu.


3. Membaca majalah yang menyatakan pengambilan vitamin C, A & E sebagai supplement tambahan bagus untuk kesihatan. Cepat-cepat pergi farmasi cari vitamin C tapi keliru dengan pelbagai brand yang ditawarkan. Setiap kapsul ada yang mengandungi 250mg, 500mg dan 1000mg. Mana satu nak pilih? Ada yang prolong release, acidic free... Maigod pening! Keluar farmasi tanpa beli apa-apa. Kecewa.

Situasi seperti ini mungkin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita tentang pengambilan ubat-ubatan atau pun supplement tanpa ada pengetahuan asas terhadap produk yang mereka consume setiap hari. Ada yang mudah terpengaruh dengan iklan, testimoni atau nasihat doktor 100% tanpa menyelidik akan kesan sampingan terhadap produk yang digunakan. (_ _#)"


Sebelum anda menggunakan produk tertentu tak kiralah ianya sejenis supplement ataupun produk kecantikan, selidik terlebih dahulu bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Walaupun produk tersebut terbukti keberkesanannya, mungkn terdapat bahan yang tidak sesuai dengan kulit atau tubuh badan anda. Contohnya, terdapat pelbagai jenis collagen yang dijual di pasaran. Ada yang berasal dari sumber marine. Bagi yang mempunyai alahan terhadap bahan-bahan marine mungkin akan mengalami alahan atau reaksi negatif selepas menggunakan produk tersebut. Jangan plak nak condemn produk tu tak bagus padahal mungkin tubuh anda memang tidak sesuai menggunakan produk tersebut.


Satu lagi, semasa berjumpa dengan doktor, pastikan anda tahu jenis ubat yang doktor berikan selepas membuat pemeriksaan. Ini tak, main suka hati je makan kononnye ikut saranan doktor. Memang bagus ikut arahan. Tapi perlu selidik kesan sampingan yang mungkin berlaku. Mungkn semasa mengambil ubat-ubatan tersebut anda tidak sepatutnya makan beberapa jenis hidangan yang mungkin menyebabkan terbantutnya pemulihan penyakit anda. Jangan fikir setiap ubat-ubatan sesuai untuk semua orang. 

Contohnya, saya sendiri baru menyedari akan mengalami alahan semasa pengambilan Amoxicilin. Kemudiannya saya berbincang dengan doktor semula dan meminta doktor memberi antihistamine untuk rawatan susulan. Anda juga boleh memberi tahu sejarah pengambilan ubat atau makanan sebelum ini supaya doktor dapat memberi ubat yang sesuai diambil oleh anda. 


Dalam entry kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk menjadi pengguna yang bijak dan berhati-hati sebelum menggunakan sesetengah produk yang berada di pasaran. Termasuklah pengambilan ubat-ubatan secara terkawal. Walaupun anda bukanlah seorang doktor, tidak salah sekiranya mempunyai pengetahuan asas tentang fungsi dan kesan sampingan produk-produk tertentu. Banyakkan membuat pembacaan tidak kiralah melalui buku ataupun internet yang penting maklumat tersebut berasal dari sumber yang boleh dipercayai. 

Sekiranya tidak pasti, bertnyalah pada doktor atau ahli farmasi. Sekian dulu celoteh saya yang alah makcik-makcik kali ini. 


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

Wednesday, November 21, 2012

Mengomel Dalam Hati

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, November 21, 2012 2 say you love me too
Photobucket
What a bad day today... Nak cerita pun macam takde semangat. Tadi datang lambat pegi kelas. Tiba-tiba dapat call dari Prof tapi tak sempat nak jawab. Bila call balik tak dijawab pulak. Lepas tu dapat SMS dari Prof "Kenapa ponteng kuliah?". Maigod! Panik & terus reply "Masih dalam bas. I'm heading there right now."

Inilah nasib kalau Prof dah kenal. Takde je kelibat kat lecture hall mesti akan dicari. Sampai je lecture hall Prof tanya alasan. Kawan-kawan lain start dah gelak-gelak. Malu tauk! :'( Cakap jujur aje "I took my medicine and overslept. I'm sorry". Tau alasan tu tak boleh diterima. But it was the truth and the only reason I had.

Tapi Prof baik. Tak mara pun. Plus lecture dia seronok. Bolehlah aku tersenyum dan bersemangat semula. Lepas nie jangan lupa set alarm kalau tau dah makan ubat. Nasib baik Cik Ayu ingatkan ada kelas tadi. Maceh. :') Sekarang nie suara pun dah sengau. 
Mencik! >,<"


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

Fieldwork at Pangkor Island

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, November 21, 2012 1 say you love me too
Photobucket
Jika sebelum ini telah ku ceritakan kisah 3 hariku telah dihabiskan untuk menjalani aktiviti camping, kini aku ingin berkongsi lagi tentang 7 hari berikutnya apa yang telah aku lakukan. Ciss! Kalau bab intro je mesti aku suka buat unsur-unsur kononnya suspen! Dushhh! (_ _#)"
 
We are heading to Pangkor

Keceriaan melanda :D

Angin kuat sangat macam nak tercabut je tudung. kih3~

  Ombak & Angin Rindu :p

Hari kedua mencari responden. Kat gerai makan pun jadilah...

Kat lobi hotel jumpa semua incik tentera ini. Apa lagi peluang mintak isi form!

Eh lupa nak gitau. Kitorang stay kat Coral Bay Resort.

Hari ketiga bersiap sedia untuk snorkeling. Alahai macam mak datin. kah3~

Hari keempat kami jalan-jalan round island. Nie bukan macam kajian luar dah tapi macam makan angin.

Toink3~ naik rabbit (^_^)v

At Great Wall of China

Rumput yang bercorak-corak kat Kota Belanda

Mode: Di zaman penjajahan

 Sape punya meriam aku pun tak tau

Petang teruskan aktiviti mencari responden

Sambil tunggu dorang fill in form aku menghayati sunset dikala senja

Hari kelima pergi ke pekan cari souvenir then ke jeti cari sasaran (responden).

Tiba-tiba aku ngan dorang jadi kawan plak. Dorang tanya mana tempat murah tuk stay. So aku and the geng suggest Teluk Nipah. Mintak tolong incik teksi hantar dorang kat sana terus. Petang, time aku pegi Teluk Nipah sekali lagi jumpa mat salleh nie. 

Boleh plak dok borak-borak kat gerai makan & suggest supaya dia rasa Char Kuey Teow & ABC. Sambil-sambil tu aku mintak dorang isi balik borang dorang yang tak lengkap. Inilah maksudnya ada udang di sebalik Char Kuey Teow... Wakaka!

Seharian ini memang sangat penat dan duit banyak habis

Nasib baik incik beach boy sudi hantar balik sebab center dorang sama dengan tempat tinggal kami. Area Pasir Bogak. Jimat tambang teksi. Lol! Untunglah cik Ayu ringan mulut nak bertanya. Bertuah betul.

  Selamat tinggal Teluk Nipah

Sampai satu perhentian tukar plak naik speed boat. Stayaq! :D

Hari kelima: Lepas breakfast terus mandi kat swimming pool. Then pegi pantai mandi-mandi. Balik main-main lagi kat swimming pool. Petang main banana boat. Tak amek gambar sebab sume tak nak bawak handphone & camera sebab takut basah. Tapi sangat seronok!!! Semua happy sebab esoknya dah nak balik. (^^,)v

A time for farewell :') Good bye Pangkor!

Thank you for the great experiences!

Adik nie kawan kami main-main kat swimming pool. Tehee~

Melalui Terminal Sungai Pinang

Akhirnya sampai jugak di terminal jeti

Orang tiada kerja tayang magnet Pangkor :D

 Dalam lingkaran tulang ikan

 Cha changgg! Souvenir yang sangat comel. :P

Walaupun penat dengan fieldwork, at least banyak jugak pengalaman manis yang berlaku kat Pulau Pangkor. Sama jugak macam buat fieldwork kat Langkawi hari tu. Makinlah rasa happy amek course Geography lebih-lebih lagi subjek major. Alhamdulillah~


~WASALAM~


 Thanks for reading this entry.
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review