Monday, December 17, 2012

Review: Durian Crepe!!!

Sincerely love by EiNeZz at Monday, December 17, 2012 0 say you love me too
Photobucket
Owh sungguh aku bukan peminat No.1 durian. Tidak pernah meletakkan raja buah ini sebagai status ranking teratas dalam senarai "My Favorite Fruits". Tapi tahukah kalian sekarang nie ramai yang dok sibuk-sibuk bising pasal durian crepe?! 

Sejak kali pertama mendengar nama makhluk ini, tahap curiosity semakin melonjak-lonjak untuk ingin mencuba sendiri rasa sebenar durian crepe. Benarkah ianya sesedap seperti yang digembar-gemburkan di laman media mahupun mulut sahabat handaiku. 


Tanpa disangka diutuslah seorang sahabat bernama Farah bertanya sekiranya aku berkenan untuk membuat tempahan. Dengan harga serendah RM5 3 biji aku pun bersetuju. Chachaannggg!!! Akhirnya hari nie penantian telah berakhir. 

Boleh tahanlah rasa dia. Kalau penggemar durian memang suka giler kot. Bagi aku, at least dapat rasa dah cukup. Aku memang tak boleh makan banyak. Hari tu aku makan dua ulas je da tak boleh bangun. HAHAHA! Sape tak try lagi sila la cuba ok! Semoga berpuas hati. tata~


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry. :)

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, December 12, 2012 0 say you love me too
Photobucket

Entah apa yang best sangat dengan tarikh hari nie. Sejak semalam lagi ramai yang post status pasal tarikh nie. Macam-macam. Ada yang kelakar, menghiburkan dan tidak kurang jugak ada yang menginsafkan. Ye memang kalau ikutkan turutan nombor 12 sebanyak tiga kali ni memang unik dan sampai bila-bila pun tarikh nie takkan pernah berulang. TAK AKAN!

Aku ada terpikir jugak berapa ramai agaknya bayi yang lahir hari nie. Mesti nanti besar dia bangga gila-gila sebab senang nak ingat birthday dia. (LOL aku prejudis!) Lepas tu kawan-kawan dia cakap "Eh, cantiknye tarikh lahir awak. Senang nak ingat." Bila dah dapat IC mesti dok tenung lama-lama. "Giler cool cantik giler nombor IC aku. Doblas, doblas, doblas, doblas...." Erk kenapa empat kali? Ini kes untuk orang Sabah macam aku sebab nombor kat tengah-tengah tu 12. Owhhh.. So, akan jadi macam nie lah... 121212-12-xxxx. Kau lah orang paling cool kat Sabah dik. Kalau number akhir pun dapat 1212 jugak pegi cari reporter kasi masuk surat khabar terus. HAHAHA!

Well... well... well... since the date today is quite awesome, is there any of you expect something special will be happened today? Or have you plan to do something to make today as one of your special day in life? Contohnya, nak bertunang ke? Kawen ke? Apa-apa je lah yang korang rasa special. Ada tak? Ada? To be honest right after I woke up it was just like an ordinary morning to me. Nothing more like extravaganza. Takde pun yang best-best ke apa ke...

Tapi disebabkan keserikan melanda, sekali lagi aku datang kelas awal melebihi tahap yang sepatutnya.  Tak nak prof call lagi tanya kenapa ponteng walau hakikat sebenarnya aku lambat akibat jalan jam or emmm whatever! Menyempat jugak aku grab 2 ketul karipap dan segelas sirap mangga tadi sebelum start lecture. tehee~ 

Di akhir lecture, prof ada wish good luck kat semua tuk exam nanti. Then he said "Saya tak akan lupa Falihin sampai bila-bila. Selamanya." Owh maigodddd! Aku cuak. Ni mesti pasal aku datang lambat hari tu. Eh tapi bukan aku sorang je yang pernah lambat okayyy! So it must not be the reason. Owh mungkin sebab aku selalu main-main dengan anak prof, Athur & Alexa kat Pangkor hari tu. Tapi bukan aku sorang je. Ramai jugak bawak budak-budak tu main. But why did he say like that? :O

Alamak! Mungkin sebab hari tu aku call prof di luar waktu pejabat sebab aku panic assignment yang aku hantar through email tak sampai. Kejadian tersebut telah mengganggu ketenteraman beliau bersama keluarganya. Confirm! Kali nie memang aku sorang je yang buat macam tu. wuwuwuuu~ Memang salah aku pun. Aku tengok je muka prof. He said "Sebab birthday Falihin sama dengan birthday saya." Penat aku panik. =.=' Sebab tu rupanya... grrr~

Bila dah makin dewasa nie aku paling tak suka ingat birthday aku. Sebab ada kesah sedih. Kalau prank orang pun aku kene badi sekali. Sampai jatuh then disimbah air lagi. Sakit tauk! :'( So, aku lebih suka diam-diam. Kalau sape-sape tak ingat pun takpe. Kwang3~ Ok main point hari ni aku tak tau apa tapi yang penting nak cakap thanks kat prof sebab ingat birthday saya. Vongok la aku nie mesti la prof ingat sebab birthday sama. HAHAHA! Macam prof cakap tadi, baru jumpa dua orang yang sama termasuk aku. Tiba-tiba aku rasa popular plak. O.K BYE! ;p


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

Friday, November 30, 2012

Diari Seorang Pelajar

Sincerely love by EiNeZz at Friday, November 30, 2012 0 say you love me too
Photobucket
Tidak seperti hari-hari biasa, hari ini aku datang TERLALU awal ke kuliah. Sepatutnya kelas mula 10 pagi tapi 25 minit sebelum kuliah aku dah ada kat lecture hall. Pagi ni jer banyak perkara yang dah aku buat.

1. Bersiap awal tuk ke kelas.
2. Pergi cafe grab sebiji popia dan roti sardin.
3. Print assigment PGT 223.
4. Drop buku kat library.
5. Ketuk pintu Dr dan segera menghulur assignment yang masih panas dari mesin pencetak.

Semua perkara ini aku buat sekali harung dalam perjalanan ke kelas. 

Jumaat hari teristimewa sepanjang weekday aku. Sebab aku ada satu kelas je. Petang bolehlah aku berjimba-jimba menikmati kehidupan duniawi. Owh sungguh melalaikan. Biasanya lepas kelas muka aku dah terpacak depan entrance Queensbay. Kalau tak shopping aku pegi mana-mana cafe favourite untuk merembat makanan kesukaan. Tapi hari nie aku hanya ingin berehat dan bermanja dengan katil kesayangan akibat penat menyiapkan assignment sehingga pukul 4.15 pagi tadi. 
Bukti aku datang kelas awal. Dewan masih tidak berhuni.

Dalam lekaku tiba-tiba datang seorang wanita dari pintu belakang dewan. Katanya pelajar master yang nak mintak tolong semua pelajar kelas PGT 223 untuk isi borang soal selidik. Terus saja aku menawarkan diri untuk mengisi borang secepatnya. Aku dah faham sangat dah macam mana payahnya nak dapatkan kerjasama masa nak buat survey. Sebelum nie pun aku dah pernah buat survey kat Langkawi & Pangkor. Cabarannya yang Maha Esa saja yang tau. 

Bukti aku fiill in form tadi. ngeh3~ :p

Ok. Entry nie memang agak boring. Tiada sebarang unsur keseronokan dan keterujaan untuk dikongsi bersama. Cuma ingin memberi kesedaran pada korang jangan buat assignment last minute. Boleh menangis dibuatnya. Kedua, kalau ada orang buat survey, janganlah kedekut tolong fill in kan borang kaji selidik. Kalau kita bantu orang in sya Allah urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya. Sekian dulu.


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review