Wednesday, April 1, 2015

Lelaki Harus Tahu

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, April 01, 2015
Reactions: 
0 say you love me too
Photobucket
Sudah sekian lama sunyi dari blogging tiba-tiba hati terpanggil untuk menulis semula. Jadi, disepanjang kedewasaan ini ramai sahabat handai berkongsi kisah cinta tidak kiralah yang sudah berumah tangga mahupun  masih berstatus bujang. Hehehe.

Ada yang mengadu hal berkaitan kaum lelaki yang terlalu sukar memahami hati perempuan. Selaku orang yang menjadi tempat aduan, saya juga kadangkala tidak tahu apa yang harus dikatakan. Tapi mungkin entry ini bisa menyedarkan kaum adam tentang hal yang sebenarnya yang diinginkan oleh kaum hawa dalam perhubungan. Hik!

1. Kepastian
Wanita tidak suka satu perhubungan yang tidak jelas. Kau menganggapnya hanya sekadar teman tetapi cara kau melayannya lebih dari itu. Contoh, kau menghadiahkan sebentuk cincin sempena hari konvokesyennya. Sudah pasti dia merasakan kau mengganggapnya terlalu istimewa. Ingin melamarnya mungkin? Tapi akhirnya kau memberitahu hubungan kamu sebatas teman.

Tidak salah memberi hadiah. Jika kau benar-benar mengganggapnya teman, berikan hadiah sebatas teman saja. Jam tangan, kasut, shawl, baju, telekung aahhh banyak lagi. Jadi kenapa harus buat dia keliru? Bila dia ada komitmen dengan orang lain, kau jangan pula rasa cemburu. Katanya tadi sebatas teman. Jika kau benar-benar suka, lamar saja. Habis cerita. Jelas bukan?

2. Penghargaan
Mungkin kau dapat pasangan yang bekerja. Balik rumah sama-sama penat. Tapi sudah tentu kerja rumah banyak yang belum selesai. Masak, basuh baju, kemas rumah dan macam-macam lagi. Apa salahnya bantu membantu. Angkat pakaian di sidaiankah, basuh pinggankah. Ini tak, baju kerja longgok tepi katil, lepas minum gelas sebiji pun susah nak basuh, keluar bilik mandi pun lampu tak tutup. 

Kadang-kadang benda kecil inilah buat isteri makan dalam banyak sangat. Sampai satu tahap meletop macam bom! Bantu hal-hal yang kecil sudah cukup buat isteri rasa dihargai. Tak perlu puji dia bila pakai pakaian cantik je. Pandai-pandailah ambil hati. Masak tak sedap janganlah hina tapi encourage dia supaya belajar lagi. Well, kau pun lelaki suka kalau dia hargai. So, vice versa.

3. Special moment
Yang inilah... Ini paling menyedihkan. Taulah kaum lelaki sibuk dengan tanggungjawab mencari nafkah. Wanita pun sibuk juga jaga anak, jaga rumah masa suami tak ada lain lagi kalau sama-sama bekerja. Tapi si dia masih ingat anniversary & birthday kau. Dia tak mintak pun hadiah mahal-mahal tapi cukuplah sekadar ucapan tanda kau ingat hari-hari bahagia bersama. 

Ini luahan sebenar kaum isteri. Setiap tahun isteri buat surprise untuk suami, tapi sekali pun suami tak pernah ingat birthday & hari ulang tahun perkahwinan. Apatah lagi hari kelahiran anak-anak. Nak kahwin sebelum ni sama-sama plan tarikh tapi itupun tak ingat. Hari kelahiran itu memanglah tandanya dah tua, hari mendekati mati. Sebab itulah kena hargai sementara dia masih hidup. Sama-samalah panjatkan doa kesyukuran dia masih ada di sisimu. Tu pun nak explain.

4. Kepercayaan
Inipun penting jugak. Macam mana nak dipercayai dan yakin untuk mempercayai? Jawapannya mudah: kasih sayang. Tidak kira lelaki atau wanita jika mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bagi dia akan yakin dengan pasangannya tidak berlaku curang. Dan akhirnya kepercayaan akan terbina dengan sendirinya. 

Jika rasa sayang pun susah nak tunjuk macam mana pasangan nak rasa percaya. Mungkin dia fikir kau lebih bahagia bersama teman-teman lain atau mungkin kau sudah ada penggantinya. Wahai kaum lelaki, kalau kekasih hati sudah berubah sikap tidak mesra seperti selalu tentu akan timbul syak wasangka terhadap dia bukan? Well... Well vice versa.

5. Tepati janji
Ini paling menakutkan. Jika kau rasa tidak boleh tepati segala janji yang kau berikan, lebih elok jangan berjanji. Contoh, dia membantumu membuat persediaan untuk menghadiri temu duga. Kerana berasa terharu, kau pun berjanji akan membawanya makan di restoran yang agak special. Perlu ditekankan, apabila seorang wanita membantumu, dia benar-benar ikhlas dan tidak memerlukan apa-apa balasan. 

Namun, berhati-hati! Sekiranya kau telah berjanji, perkara itu sudah tersimpan dalam memorinya. Jika kau mungkir, hatinya pasti terluka dan dia beranggapan kau hanya memandang enteng pada janjimu sendiri. Jangan hairan jika kepercayaannya padamu semakin berkurang. Mana mungkin dia mahu mengingatkan kau akan janji yang kau buat. Dia ada harga diri. 

Ok, cukuplah 5. Semoga 5 elemen ini bisa membuat kaum lelaki lebih mengerti siapa itu wanita sebenarnya. Ini hanya pendapat peribadi yang mungkin tidak dipersetujui oleh semua orang. Ambil sahaja yang baik ketepikan yang buruk. Salam sayang dari saya.


Thanks for reading this entry.
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review