Thursday, September 20, 2012

Kurma Ajwa: Review

Sincerely love by EiNeZz at Thursday, September 20, 2012
Reactions: 
Photobucket
Kurma Ajwa aku dah sampai. Hoooray! Gembira semacam jer. Puas aku cari merata Penang nie tapi tak jumpa jugak. Nasib baiklah terfikir nak google manalah tau ada orang jual secara online. Akhirnya hasrat ingin memiliki kurma ini tercapai. Selasa aku order tadi aku cek dah sampai. Kalau cek tracking number semalam lagi dah sampai. Tapi busy tak sempat nak ambil. Heww~ ;p

Actually aku nie bukanlah penggemar kurma. Tapi kalau balik rumah aje mesti aku tengok ada kurma atas meja makan. Ibu aku macam tak putus-putus beli kurma even bukan hari puasa. Ibu selalu cakap kurma nie banyak khasiat. Tapi aku tak sentuh jugak sebab aku tak suka makan buah kering. Aku lebih suka yang juicy macam tembikai, anggur, honeydew dan sewaktu dengannnya. :)
Chachang!!! Gembira sangat bila dah sampai. :D

Nak dijadikan ceritalahkan, bila ibu, ayah dan nenek balik umrah hari tue, ibu ada beli kurma Ajwa. Ibu cakap kat aku kurma nie banyak khasiat. Nabi sendiri yang tanam pokok buah kurma nie. Sebab tue lah sekilo harga dia sampai RM100 lebih. Tiba-tiba macam tarikan magnet aku tergoda plak nak try kurma Ajwa nie. Bila kunyah-kunyah tu tiba-tiba keluar emas dari mulut aku. WAKAKAKA! Itu itu aku tipu. Overlah pulakkan kalau macam tue! :P

Ok kali nie serius! Yang bestnya pasal kurma nie, dia tak kering, sedap, manis & lembut. Berkali-kali jugaklah aku makan. Dengan khasiat yang ada lagilah aku suka makan kurma nie. Kalau korang berminat nak beli kurma nie, boleh order kat KURMA AJWA.

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari) (sumber)

Biri-biri Mujilen pun suka kurma Ajwa. Baa... baa... :D

~WASALAM~
والسلام


Thanks for reading this entry.

2 say you love me too:

Rin Saharina said...

nyummmy.sedapnyaa kurma :)

Sara Manshor said...

mna nk dpt kn kurma ajwa nie yer

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review