Friday, September 14, 2012

Elak Kaki Melecet

Sincerely love by EiNeZz at Friday, September 14, 2012
Reactions: 
Photobucket
Ada yang tanya, "Ein tak sakit ke pakai flat macam nie? Kalau aku pakai mesti kaki aku sakit." Dengan mudahnya aku cakap tidak sama sekali. Aku memang suka pakai flat sebab selesa lebih-lebih lagi kalau nak pegi kuliah jalan sana sini. Tapi ada jugak yang cakap kaki melecet bila dah banyak jalan. Em... itu memang aku tak dapat nafikan.

Ok kali nie aku nak share satu tips untuk elak kaki daripada melecet. :)

1. Kebiasaannya bahagian kaki yang selalu melecet nie kat area atas tumit. Sebab kadang-kadang area tu selalu bergesel dengan permukaan tepi kasut. Macam gambar yang aku bagi tengok kat bawah nie.



2. So apa yang korang perlu buat ialah guna heel grip untuk mengelakkan kaki luka atau melecet. Aku selalu beli kat Nose (RM7). Ada jugak brand Scholl tapi aku tak pernah guna.


3. Cara guna mudah aje. Heel grip nie perlu dilekat kat ares kasut/flat yang bergesel dengan kaki tadi. Dia agak lembut ala-ala macam span gitu. :P Jangan lekat terbalik tau. Kene buat macam nie...


Mudah bukan. Lepas nie tak perlulah risau kalau nak guna flat. Ada lagi satu tips. Gunalah stokin kulit sebab ia akan mengurangkan geseran pada kulit kaki. So, tak perlulah sedih-sedih sebab kaki melecet. Senang bukan. Selamat mencuba. :))

Kini dapatlah daku menonton wayang tanpa hati yang lara. tehee~


~WASALAM~



Thanks for reading this entry.

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review