Wednesday, March 12, 2014

Makin Aku Cinta

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, March 12, 2014
Reactions: 
0 say you love me too
Photobucket

“I just realized I’m not that happy to be a teacher.”

Kata-kata putus asa aku lahirkan dalam whatsapp (family group) untuk meleraikan segala tekanan yang ada. Mana tidaknya semasa mengajar ada saja pelajar yang bercakap, makan, bertumbuk dan keluar masuk kelas melayan rakan mereka di kelas sebelah.

Jadi benci, geram, berang… Segala nasihat aku hamburkan agar mereka tahu erti keinsafan. Tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Aku keluar kelas dengan hati yang hampa. Ilmu apa yang mereka dapat hari ni? Apa yang telah aku berikan hari ni? Kecewa.

“Ein kena sabar. Sebab itulah hanya orang tertentu saja yang terpilih menjadi cikgu.”

Sebak. Mesej dari sahabat baikku membuatkan aku sedikit tenang. Ada seorang pelajar yang aku sangat tidak suka sikapnya. Dialah yang mengajak rakan-rakannya berborak semasa aku mengajar. Bila disuruh senyap dia memberontak. Tugasan yang diberikan jangan haraplah kalau disiapkan. Sakit hati aku dibuli begini!

Dalam doaku tidak putus-putus meminta dia dan rakannya berubah. Kesian. Sudahlah tak pandai malas pulak tu. Bodoh sombong. Entah mengapa suatu hari semasa aku mengajar, terdetik pula hati mendekatinya. Memanggil namanya lembut. Menarik kerusi duduk di depannya.

“Mari kita buat sama-sama. Cikgu tunjuk satu-satu ye. Meh sini.” (senyum)

Aku tau ramai guru kurang menyenanginya. Mana taknya, pernah dibuang sekolah. Masuk sekolah baru masih buat perangai lama. Tapi aku tidak sanggup melayannya kasar. Dia juga punya hati yang bisa terluka. 

Tidakku duga dia akur menyiapkan tugasan. Hati kecilku gembira. Begitulah hari seterusnya, aku mengajak rakan baiknya duduk sekali menyiapkan tugasan. Mereka tidak lagi berborak, makan dan merayau tidak tentu hala. Malah memarahi rakan yang lain jika bising semasa aku memberi penerangan. Kagum!

Doaku semoga semua ini terus berkekalan. Hariku dipenuhi rasa cinta. Cinta pada kerjaya yang mencabar ini. Terima kasih kerana memberi cikgu peluang merasai perasaan cinta yang telah lama hilang. Terima kasih ibu, ayah, pensyarah dan sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan doa yang tak henti-henti.

Perasaan cinta ini sudah cukup dari mencintai sesuatu yang sia-sia.

Thanks for reading this entry.


 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review