Thursday, February 23, 2012

When I was In Form 6

Sincerely love by EiNeZz at Thursday, February 23, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Assalamualaikum and hi super cool readers


Di suatu ketika dahulu aku pernah berada dalam dilemma apabila aku harus memilih sama ada sambung belajar kat Nursing College ataupun Form 6. Cerita hidup aku time tue ala-ala The Road Not Taken. Aku yakin korang mesti pernah baca poem tue lebih-lebih lagi yang satu batch dengan aku time Form 4 dulu.

The road not taken

Bayangkanlah korang berada di antara dua persimpangan. Simpang mana yang korang akan pilih? Kanan? Kiri? Dua-dua simpang tue korang tak pernah lalui pun. Tak tahu di mana akhirnya, apa yang akan ditemui dan macam-macam lagilah kemungkinan perkara yang tak diduga akan berlaku. Susahkan nak pilih!

Aah aah yang mana? Kanan? Kiri? U turn?

Begitu jugaklah aku time tue. Yelah, nie kan perkara yang melibatkan masa depan. Kenalah pilih betul-betul. Mula-mula tue aku nak masuk Nursing College kat Pahang. Tapi parents aku plak nak aku masuk Form 6. Parents aku cakap, lebih dekat dengan rumah plus aku ada sedikit masalah kesihatan time tue. Lagipun kolej kan mahal. Kang aku jugak yang kene berhutang keliling pinggang. (_ _#)"

Time duduk-duduk dengan ayah dan ibu...

Ayah: Ein suda buat keputusan? Masuklah Form 6 ya sayang. Kalau sakit, kalau ada masalah senang ayah sama ibu tolong. Lagi pun Sekolah (nama dirahsiakan) selalu dapat STPM terbaik. Cikgu-cikgu sana bagus, berpengalaman. Nanti ayah belikan kasut sekolah Adidas ya. (Nada memujuk)


Aku: .................. (Aku diam jer. Masih berfikir. Tapi dalam hati berkata "Apa guna aku pakai kasut sekolah mahal-mahal kalau tak pandai.") (_ _")...
Kasut sekolah yang dimaksudkan ayah. Tapi aku cari-cari tak jumpa. =.='

Dulu aku ada sikit negative thinking pasal Form 6 nie. Aku terpengaruh dengan kata-kata orang yang kononnya Form 6 nie susah. STPM antara exam yang tersusah di Malaysia ke ntah apa dorang cakap. Dah lah kan aku tau otak aku nie tak berapa nak cair plus belajar pun ala-ala kadar jer. Maka semua ini membuatkan aku terrrrsangatlah risau. Tapi mungkin sebab doa parents aku berkat, Allah tolong aku buat keputusan dan akhirnya aku pun bersetuju.

Why STPM is awesome?!

Di sekolah baru...

Aku masuk kelas Geografi even ada cikgu cadangkan supaya aku masuk kelas pertama. Tapi bila aku tau kelas tue kene ambil subjek Sejarah, aku tolak mentah-mentah cadangan tue. Aku yang nak belajar so biar aku yang buat keputusan. Sejarah nie dari form 1 lagi aku memang alah. Aku lagi sanggup belajar Add Math. Owh lupa nak bagi tau sekolah baru aku nie memang tak menawarkan subjek sains untuk STPM. Kalau ada pun aku takkan ambil punyeee....

Shuffle Dance

Bila dah masuk kelas aku macam culture shock sikit. "Kelas ke apa nie? O_o" Aku tengok kat belakang ramai budak lelaki ber-shuffle. "Hah! Inikah yang ayah cakap sekolah cemerlang?". Mula-mula aku kekok. Tapi Alhamdulillah penerimaan kawan-kawan semuanya ok terutamanya kawan-kawan perempuan. Aku pun mulalah rasa happy belajar kat sekolah baru. :)

Nasib malang menimpa...

Satu hari nie ada senior lelaki tegur aku. Aku memang dah familiar dengan dia sebab dia berkawan baik dengan kawan aku Ija (kawan baik aku dari pra-sekolah). Dia memang selalu tegur aku jugak. Boleh dikatakan dia nie agak mesra orangnya. Nak dijadikan cerita, dia terkagum tertarik dengan jam yang aku pakai.

Senior: Eh, cantiknya jam kau. Unik! Boleh aku tengok.

Aku: (Aku tanpa ragu-ragu hulur jam aku bagi dia tengok.)

Macam nie lah jam aku. Tapi dah patah. :'(

Lepas tue dia pasang jam tue kat tangan dia. Tiba-tiba ada sorang cikgu lalu nampak jam di tangan then suruh kawan aku tanggalkan. "Maigoddd! PK HEM! Kawan ibu akuuu... Apasal jam aku kena amek?!" Senior aku tunjuk muka bersalah dan mintak maaf dan berjanji akan dapatkan semula jam aku. Aku tak marah tapi yang anehnya kenapa jam aku kene rampas!!!

Hari tue aku rasa aneh lagi bila ibu dan ayah yang datang jemput aku dari sekolah. Kebiasaanya salah seorang dari mereka jer  yang akan ambil aku lepas habis sekolah.

Dalam kereta...

Ibu: Apa yang jadi di sekolah tadi? Kawan ibu (cikgu yang ambil jam tangan aku) call tadi. Dia cakap Ein berkawan dengan budak yang paling nakal di sekolah. Lepas tue kawan ibu cakap lagi dak boleh pakai jam fancy di sekolah. Warna hitam dan putih jak boleh. Sekarang jam tue ada sama cikgu. Itu ibu dak peduli. Tapi kenapa baru masuk sekolah sudah buat hal nie?!!

Ayah: Belum sampai sebulan cikgu sudah buat laporan yang bukan-bukan. Berkawan dengan budak nakal! Carilah kawan-kawan yang bagus-bagus sikit. Di sekolah tue kalau ada apa-apa cikgu akan terus bagitau ayah. 

Aku: ........ (Diam... Satu patah tak terluah T___T")

Nasib aku kena mara tak macam nie

Setibanya di rumah....

Ibu dan ayah tak henti-henti torture. Pedih jugak telinga aku dengar... Aku cari timing yang sesuai kumpul kekuatan untuk bercakap.

Aku lagi sedih dari budak nie...

Aku: Iya saya tau memang saya salah. Saya dak tau peraturan sekolah dak boleh pakai jam macam tue. Tapi sebelum nie di sekolah lama tiada pulak masalah. Semua jenis jam boleh pakai. (Cakap  sambil nangis-nangis. Teresak-esak jugak aku time tue)Saya berkawan dengan semua orang. Budak lelaki tue kawan baik Ija. So, dia pun baik dengan saya, jadi kawan baru saya.... wuu~ wuu~ Manalah saya tau dia nakal ka tidak. Dia dak pernah pun buat jahat dengan saya. Saya kawan dia macam saya kawan orang lain. I'm a new student. I'm just being friendly... Tapi bila saya berkawan semua orang salah faham terus salahkan saya. Bukan ada di dahi dia ditulis "SAYA BUDAK NAKAL". Cuma tadi tue kebetulan jam saya dirampas time dia pinjam dari saya. Saya selalu tengok dia tolong cikgu angkat barang dengan kawan-kawan dia. T__T Nakal ka begitu??? (Terus masuk ke bilik sambung nangis atas katil)

Ibu saya sudah tidak marah lagi.. wink.. wink..

Serius sedih giler aku time tue. Aku tak tau apa motif cikgu tue call ibu aku sampai cakap macam tue sekali. Bila dah dengar semua penjelasan aku, ibu aku dah mula faham. Mungkin dia terlalu ikutkan emosi tanpa selidik betul-betul. Sejak hari tue ibu aku selalu tanya pasal kawan-kawan aku. Kadang-kadang aku ajak kawan aku datang rumah study sama-sama. Kalau korang nak tau senior aku tue dapat anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum. Itukah yang dikatakan sebagai budak nakal??? Bikin gwe pusing tauk!


Ok2 cerita aku dah habis... Moral value kepada bakal cikgu di luar sana, kalau kita rasa pelajar kita buat salah ke langgar peraturan sekolah ke, apa salahnya bagi warning dulu. Cakap elok-elok "Peraturan sekolah melarang menggunakkan jam/beg/kasut/ seperti ini. Seharusnya begini... dan begini.. bukan begitu dan sebagainya." Dan jangan senang-senang nak cop pelajar kita dengan gelaran yang kurang baik. Kesian tauk! >,< Ingat Tuhan sayangkah kalau kita buat macam tue?

~wasalam~


Tuesday, February 21, 2012

How Worth I Used My 1 Malaysia Book Voucher

Sincerely love by EiNeZz at Tuesday, February 21, 2012
Reactions: 
0 say you love me too

Assalamualaikum dan hello... hello...  kepada si jelita dan si kacak semua :)


Semalamkan... semalamkan aku tersangatlah busy nak register kursus. Nak add la nak drop la... Kalau hari-hari macam nie boleh pengsan aku dibuatnya. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selesai seperti apa yang dihajatkan. So setelah ditakdirkan oleh yang Maha Esa semua masalah aku selesai, aku plan nak keluar untuk beli barang-barang kuliah dengan berbekalkan baucer 1 Malaysia. Tinggg!!! Macam magic plak kan. 

Jom tengok apa yang aku beli kat Queensbay Mall...

Nasi goreng ayam dan Honeydew shake

Disebabkan cik As lapar, so aku pun teman dia makan kat food court kat ground floor. Aku yang pada awalnya masih kenyang tiba-tiba berasa lapar bila masuk ke perkarangan yang dipenuhi oleh menu-menu makanan. Then aku orderlah makanan kat atas nie. First time aku makan kat sini dan baru tau harga dia agak berpatutan. Nasi aku banyak giler dan honeydew shake tue pun sedap. The meal all together only cost me RM12. 

Cak!!! As yang comel dan stylo :)

Dah kenyang makan kami pun jalan-jalan tengok-tengok barang. Aku beli ubat demam & selsema kat farmasi.

~tehee~

Lepas tue pergi Popular ambil barang. Tak beli ambil jer semua sebab ada voucher! tehee~

Surprise!!!

Inilah barang-barang yang aku beli ambil! Comel-comel kan... kan... 

Zoom sikit.. zoom sikit... Ok nampak tak?

wink.. wink.. wink... (^.~)v

Tak perlu lagi risau baca novel time light off sebab saya dah ada 'book light' yang comel....


Berbaloi tak voucher yang aku guna? Seronok! Masi ada lagi tak habis guna. Weekend nie nak habiskanlah! Ngeh3~
That's all for today. See you on my next entry. Take care dear and having a nice day (^_^)


~WASALAM~



Cintaku Merentas Laut China Selatan

Sincerely love by EiNeZz at Tuesday, February 21, 2012
Reactions: 
2 say you love me too
Assalamualaikum dan hai... hai semua~

Alhamdulillah aku selamat sampai di Penang, Ahad lalu yang jatuh pada tarikh 19 Feb 2012. Aceh macam pengumuman tengok anak bulan untuk raya pulak. ;D So, sebab aku rasa lama dah tak update blog kali nie aku nak cerita sikit pasal perjalanan aku sepanjang ke USM.

Masa nak balik tue Tuhan jer tau betapa sedihnya aku hamba-Nya yang kerdil ini kerana terpaksa meninggalkan orang yang aku sayang dan insan-insan yang aku cinta. Aceh geli jer jiwang...Ayah tak dapat hantar sebab ada golf tournament. Ibu dan adik aku Joe jer yang hantar aku ke airport. 

Disebabkan flight aku seawal 8.45 pagi so kami pun bertolak awal dari rumah. Lepas salam ayah dan abang kereta ibu terus memecut laju. Agak sedih jugak aku dalam kereta time tue. Ntah kenapa kali nie aku tak berebut ngan adik aku tuk dapatkan seat depan. Pasrah aje. Menyerah!

Nie adik aku yang tak seberapa nak comel. Tapi muka dia sama dengan aku =.=' Aku curi pic nie dari FB dia. Ntah napa hati dia banyak sangat taman sampai edit pic girlish macam nie. (_ _#)" ~anak manja~

So nak dijadikan cerita bagi mengelakkan diri aku terlalu sebak, aku kira berapa banyak kereta yang ibu aku over take sepanjang perjalanan. Setiap kereta yang tinggal kat belakang aku akan kira kuat-kuat sampailah kami tiba di airport. Handal jugak ibu aku bawak kereta sebab jumlah kesemuanya 11. HAHAHA!!! Mummy... mummy you should read this entry. Saya puji mummy nie di blog saya. tehee~

Setibanya di airport...


Perkara pertama aku buat sebelum check-in amek pic dengan ibu. Pura-pura senyum maka mata bengkak semalaman nagis (@.@)"

Kali nie aku naik 3 flight. Gilerkan! Sebab nie je yang murah. Aku tak tau napa tiket direct ke KL lagi mahal. So aku kena transit kat KK then fly to KL then fly again to Penang. Penat tauk! (>,<)"

Lepas tue bila nak masuk departure hall aku pun nangis salam dan peluk ibu aku. Aku cakap aku tak nak balik. Pedahal sebelumnya aku gelak-gelak sakan dengan adik aku macam orang kurang siuman. Bila ingat balik sedih pulak. Bikin rindu! Time queue, aku lambai-lambai ibu aku sampailah masuk dalam pesawat. 

Seat aku dekat tingkap. Happy lah sebab boleh tengok-tengok bawah. Time nie nak berlepas dah meninggalkan aiport Tawau. Aku snap2 picture banyak-banyak nak bagi korang tengok apa yang aku tengok semasa dalam pesawat :)

Semakin lama semakin tinggi dan pemandangan semakin menakjubkan. HAHAHA!

Tengok saya duduk dekat awan. Time nie aku sibuk teka-teka nama awan. Al-maklumlah bakal cikgu Geografi... hehee~

Wah, cantikkan! Macam nak baring-baring bergolek atas awan. Siapa hati suci macam Goku bolehlah duduk atas awan. Tak jatuh punyeee... ngeh3~

45 minit kemudian kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Aku merayau-rayau kejap sebelum masuk departure hall. Aku jumpa McD, Dunkin Donuts, Old Town, KFC dan Asian Food Delight. Tapi semua tue tak membuka selara makan aku. Plus time tue aku tak lapar lagi. So aku terus masuk ke departure hall supaya nanti aku tak kelam kabut sangat sebab next boarding time 12.45. Sejam kemudian aku ditakdirkan lapar. So merayau-rayau lagi nak cari tempat makan. Dalam kepala nie nak makan burger. Tapi kat dalam tak banyak pun tempat makan yang best2.  

Marrybrown 

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk makan kat Marrybrown sebab tertarik tengok menu baru dia kat poster. Cari punya cari barulah jumpa Marrybrown kat hujung dunia. Punya jauh dari pintu gate aku ibarat dari utara ke selatan T__T

Mountain Dew. Bila dah bayar baru aku sedar "Maigoddd! Aku lupa suruh dia tukar drink". Berserah harap-harap tak pening dalam flight nanti.

Sebab ada tulisan cina aku cek balik. "Eh2 betul ke halal nie". HAHAHA! Bongoks!

Nie dia Fortune Burger. Rasa dia ala-ala Prosperity Burger McD yang dilimpahi black pepper sauce yang mencurah-curah. Aku kepedasan!

Aku mengambil keputusan tidak menghabiskan fries sebab air pun dah habis. Pedas! Pedas!

Bila dah kenyang, aku cepat-cepat pergi ke pintu gate takut tinggal flight. Macam sarat giler perut sebab sebijik burger sampai aku berjalan pun macam kura-kura lambatnya. HAHAHA! Dah lah jauh. Aku plak sempat lagi singgah-singgah masuk kedai Barbie & Dooodles tengok-tengok apa yang patut.

Mee ayam, cake ape ntah, kit kat, mineral water dan jus orange yang belum sampai

Dalam flight makan lagi. Steward kali nie hensemmm! Die tanya aku nak makan apa. Sebab dah boring makan nasi, aku pilih la mee ayam. Ermmm rasa dia bolehlah! Aku bagi 6/10. Tapi sebab steward dia hensem dan layanan sangat baik, aku +2 jadi 8/10. Tak fair betul kalau ada judge macam aku nie. Kah3~

Budak baik kemas elok-elok lepas makan 

Lepas makan aku siap-siap kemas. Sebelum nie aku failed pasang cover tue balik. Selalunya orang sebelah aku yang akan tolong. heheh~ Tapi kali nie aku buat bersungguh-sungguh nak impress-kan incik pramugara. wink3~ So bila dia datang nak pungut sisa-sisa makanan, mesti dalam hati dia cakap "Baguslah adik nie senang kerja aku". Manalah tau tiba-tiba dia mintak number aku kan... HAHAHA! Ok itu over gediks!

Safety Information

Kami melalui keadaan cuaca yang kurang baik. So kene duduk elok-elok pasang seat belt. Disebabkan keadaan pesawat time tue kurang stabil, aku pun tiba-tiba terfikir macam manalah agaknya kalau kapal terbang nie tiba-tiba mendarat di Laut China Selatan yang luas terbentang tue. Time stewardess tunjukkan cara pakai life jacket mana pernah aku nak focus sebab sibuk baca paper.

Baca dengan tekun

So, aku pun ambillah safety information tu baca dengan tekun dan hafal betul-betul macam nak duduk exam. Manalah tau kalau ada apa-apa yang berlaku boleh aku selamatkan diri dan cepat-cepat keluar dari pintu kecemasan depan aku. Ngeh3~ 

Tapi incik pilot memang hebat. Kami selamat mendarat di KLIA seperti yang telah dijadualkan. Aku keluar dari perut pesawat pukul 3.20 petang. Lewat sangat sebab tunggu orang lain ambil barang =.='  Ingatkan sampai airport nanti bolehlah rush ke surau tuk solat. Tapi bila cek next flight, boarding time 3.40 petang. Maigoddd! Berlari-lari aku dibuatnya nasib pintu gate tak jauh. Bila masuk jer tak sempat nak duduk lama dah calling suruh masuk. Bagilah aku bernafas dengan normal dulu... Hadduyaiii~

Jeng! Jeng! Jeng!

Time masuk tue, aku rasa macam aneh sikit. Nape pesawat kali nie macam cantik semacam jer. Macam baru. Ke aku jer yang jakun kot. Bila da duduk tue aku pandang depan "Eh sejak bila ada benda alah nie?!". 

See! Cantikkan. Dapat seat dekat tingkap lagi. Fly to Penang.

Sejam jer perjalanan so menu jus pink guava dan salted peanuts jer

Eh! Tiba-tiba sampai

Part landing-lah aku paling suka sebab macam meluncur dalam roller coaster. Tapi taklah semenakutkan macam naik roller coater kat USS tue. (I'm not sure if 'semenakutkan' is really exist in Kamus Dewan. Just that I don't have a word to say 'as scary as' in bahasa). Setibanya aku di aiport, aku rush beli tiket dan naik teksi menuju ke Saujana. Alhamdullilah!

Ok itu saja. Terima kasih kerana sudi singgah di belog saya yang sekadar cuma ini. Have a nice day ahead kawan-kawan. 


~Wasalam~



Saturday, February 18, 2012

Checklist: Before Leaving My Hometown

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, February 18, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Assalamualaikum dan hai semua... sob sob sob...

Bagi salam pun sambil teresak-esak. :'( Aku dah siap-siap pack barang esok dah nak balik. Aku dah list kan  benda-benda penting yang aku perlu bawak nanti. Kang tinggal naye aku terpaksa tunggu ibu aku post kan pulak. Erm sem nie aku dah plan tak nak bawak banyak barang sebab luggage aku kecik je. Nanti excess limit kan susah... =.=' So jom sama-sama tengok checklist aku... wink3~

IC tak boleh tinggal sebab esok check in kena bagi tunjuk. Passport pun sama. InsyaAllah sem depan fly jauh lagi. Matrik kad plak penting tuk register and nak masuk pintu gate RST

Paperwork dah siap-siap masukkan dalam sampul nanti nak mintak tolong ibu drop kat post offiice. Thank you mummy :)

Amplang & kuih cincin ala2 makanan tradisional. Nak bagi kawan-kawan rasa yang dah rasa pun nak lagi. hehehe...

Novel wajib bawa. Teman sebelum tido. ZzZzZz~

Pendrive sangat penting sebab semua kerja-kerja pun aku save dalam nie. Padlock pun sama nak secure luggage aku sebab lock code aku dah lupa. And some keys untuk buka padlock yang tinggal kat Saujana.

Souvenir tuk kawan-kawan. Nie mana boleh lupa kan.. kan.. ;D

Saja tak bagi flash sebab nak bagi tengok Glob USS yang ada lampu.. wihuu~

Time pack barang tiba-tiba jumpa semua nie. Rindunya!

Nie bukan aku nak bawak. Saja nak bagi tengok. Daddy bagi Ibah untuk simpan bola golf. Kan Ibah dah jadi new golfer sekarang. Comelkan!

Nak jadi model jugak. Comey!!! Ibah pun kene pulangkan balik kat ibu dia. Aku pinjam je kejap bawa balik rumah. =.='

Hah! See, this is the really one. Tapi tak boleh bagi sebab dady punya. ngee~

Junior golfer mana larat nak bawak yang besar-besarkan :)

Takpe Ibah pun ada... :))

Don't underestimate me you all! haha~

She's gonna be the one I really miss the most when I'm in Penang (T__T)"
#tengokkan saya sedih lagi....


CINTAKU MERENTAS LAUT CHINA SELATAN

~wasalam~


 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review