Monday, April 15, 2013

Restoran Sri Titingan

Sincerely love by EiNeZz at Monday, April 15, 2013
Reactions: 
5 say you love me too
Photobucket


Kalau balik Sabah, ketam adalah hidangan WAJIB makan bagi aku. Kalau tak dapat makan entah apalah jadi agaknya. Mesti aku sedih sampai ke jantung. Gila! Kau tak tau betapa aku suka sangat makan makhluk laut ciptaan Tuhan tu. So, aku nak ajak korang pegi satu tempat makan terbaik untuk menikmati makanan laut termasuklah si ketam berjalan senget ni. 


Ok ini dia. Restoran Sri Titingan Tawau. Kat sini macam-macam jenis ikan & makanan laut yang ada. Korang pilih je bahagian mana yang korang nak. Badan, kepada, ekor, semua ada. Harga ikan dia ikut jenis ikan dan berat. Harga dia memang dah siap-siap ditulis kat board besar macam dalam gambar di atas.

Ikan color merah, putih, hitam, bintik-bintik semua ada. 

Ini ketam aku. Sebungkus RM15. 

Ibu aku amek 2 bungkus untuk 5 orang makan. (Ibu aku tak makan ketam. Kesian.)

Udang pun ada

Ikan merah


Besar dia lebih kurang panjang dari hujung jari aku sampai ke siku. Tak silap aku ni masak asam pedas. Tak ingat! ;p

Ketam masak tiga rasa. Ada dua pinggan penuh.

Kailan masak berkuah

Kangkung masak belacan. (Belum sempat amek gambar daddy suda pun amek letak kat pinggan)

Sup ketam. Ni aku punya. Sebenarnya dihidangkan dalam mangkuk yang sangat besar.

Minuman aku, Ain & Ibah

Kalau budak-budak ikut makan, meja macam kena serbu kucing. Wakaka!

Makan dekat sini memang sangat puas hati. Masakan dia menepati selera makanan melayu. So, jangan ragu-ragu tuk makan kat sini. Servis pun cepat. Tak perlu tunggu lama-lama sampai rasa putus asa nak makan. Ada jugaklah beberapa kali aku pegi sini sebelum balik Penang. 

Sri Titingan Steamboat

Bagi yang suka steamboat takde masalah. Sebelah restoran nie ada menyediakan hidangan steamboat yang menyelerakan. 

Dekat kaunter pembayaran ada jual barang yang comel-comel. Pandai betul pemilik restoran nie.

Aku, Ain & Ibah pilih-pilih apa yang patut dan mintak ibu & umi bayarkan. Ibu geleng-geleng kepala sebab aku berjaya pengaruh dua orang budak tu untuk ikut jejak langkah aku. Owh duniawi! (Bukan selalu pun mummy... ihik~)

RM108

Aku rasa hidangan untuk 6 orang ni sangatlah berbaloi dengan harga yang dikenakan. Bolehlah bawak saudara-mara, rakan taulan menikmati kelazatan makanan di sini. Siapa kawan-kawan yang nak ikut aku balik Sabah bolehlah aku bawak makan kat sini nanti. Tehee~ 

Ok itu saja. Semoga terliur dan hati semakin berkobar-kobar untuk datang ke sini. 


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

Saturday, February 23, 2013

Seafood vs Siput

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, February 23, 2013
Reactions: 
0 say you love me too
Photobucket
Dulu zaman kanak-kanak aku memang kurang cerdik. Cakap bahasa ong puteh pun aku tak reti. Nie semua sebab aku selalu ponteng sekolah kalau ada subjek Bahasa Inggeris. Apa taknya cikgu aku garang gilos. Aku tak tahan bila tengok kawan aku kena rotan. Darjah rembatan cikgu aku tu macam nak hayun kayu golf. Serius aku tak tipu. Fobia aku dibuatnya.

Aku rasalahkan sakit kat punggung dorang tu mesti sampai ke jantung. Nasib baik aku tak pernah kena sebab aku jarang hadir kelas. Ada jugak kawan aku datang rumah ajak pegi sekolah. Tapi aku pesan kat nenek aku supaya gitau dorang aku tak nak pegi sekolah. Aku takut. Tak nak kena rotan. Dari tingkap bilik aku tengok dorang beredar dengan perasaan hampa.

Disebabkan sikap aku yang macam tu, perkataan CONGRATULATION pun aku tak tau maksud dia. Betapa mundurnya minda aku masa tu. Kesedaran dan minat terhadap Bahasa Inggeris adalah 0%. Sehinggalah berlaku situasi ini.

LOKASI: RESTORAN MAKANAN LAUT

AKU : Ibu, tadi ibu pesan mee siput kan. Siputnya mana? Tiada pun...
IBU   : Ibu cakap mee goreng SEAFOOD bukan SIPUT.
AKU : Owh... (Pura-pura tau. Balik rumah cek kamus)

Terus mintak pindah sekolah!


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

Saturday, January 12, 2013

GEMBIRA BERSAMA!!! :D

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, January 12, 2013
Reactions: 
1 say you love me too
Photobucket
Time jalan tiba-tiba jumpa skrin besar boleh nampak satu badan. Apa yang korang buat? Dok diam lalu depan tu tanpa berkata apa-apa? Dok lalu lalang, kiri kanan, mundar mandir sambil jeling-jeling dan dalam hati cakap "Eh.. ehh.. ada muka aku lah. Malunye.." Atau berlagak cool "Janganlah jakun sangat camera je pun... hew~ hew~" Tapi sebenarnya nak! Booo~

Pilihan di tangan anda. Tapi kalau aku, pi dok tekan-tekan skrin lepas tu panggil semua kawan-kawan posing dengan gembira. Memang aku suka amek gambar lebih-lebih lagi kalau dengan kawan-kawan sebab boleh rasa gembira sama-sama. Kalau tengok pic tu balik pun boleh rasa gembira lagi. Tapi kalau amek pic sorang-sorang even tunjuk muka gembira belum tentu lagi orang lain yang tengok pun gembira jugak.

JOM BERGEMBIRA BERSAMA KAMI!!! :D

 Testing 1,2,3... Ok menjadi...

Cubaan ke-2 mula nak berebut-rebut

 Tingkah laku kian terkawal

Ok lari jau sikit supaya muka tak besar sangat! ;p

Best!!! Bye... bye! :)

GEMBIRA BUKAN!!!


~WASSALAM~
Thanks for reading this entry. :)
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review