Sunday, October 21, 2012

Health Care: Reflexology

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, October 21, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Photobucket
 Entrance at The Streams

Last few days rasa kurang sihat. Pening, mual & sakit-sakit badan. Mula-mula tu relek aje sebab pikir mungkin PMS (Prementrual Syndrome). Kadang-kadang sampai muntah. Ala macam yang korang tengok kat citer Ombak Rindu tu. Kononnya time PMS Maya Karin muntah-muntahkan.

Last month benda yang sama jugak jadi. Lagi teruk sampai kene tahan kad wad. 2 pagi dikejarkan ke hospital. Doktor ingat keracunan makanan. Saya cakap "Bukan... bukan... I don't think I have food poisoning." Lepas tu jelaskan semua kat doktor. Tapi dia tetap amek darah then bagi dua botol air garam. Cucuk tangan sana sini tapi tak berhasil sampailah sorang lagi doktor try dan akhirnya berjaya. Sakit tauk! Tapi syukur alhamdulillah darah normal. Sedar-sedar je atas katil dah dekat pukul 6 pagi. Maigod!

Sebab tak tahan pening seminggu tak kurang-kurang pegi jumpa doktor. Doktor bagi ubat gastrik. Masih tak puas hati badan macam banyak angin. Kalau kat rumah ibu akan tolong urut. Ibu call selalu tanya dah ok ke belum. Ibu suggest pegi mana-mana spa ke apa tuk pegi berurut. Akhirnya menemui The Streams Reflexology & Fish Spa kat Queensbay Mall.

Lepas nie bolehlah sambung buat assignment
 
Giler cool! Rasa lega sangat lepas buat body massage kat sini. Massage dia ala-ala Thai. Masuk dalam je mood macam kat Siam dah ada. HAHAHA! Pedahal tak pernah pegi pon. Tak tau nak buat face expression macam mana. Senyum atau terharu. Cepat-cepat call ibu bila semuanya dah selesai. Maceh banyak-banyak kat Bibah sebab sanggup temankan. Tunggu sampai sejam jugak kat dalam tu. 

Siapa yang berminat nak buat foot massage, body massage atau bagi ikan makan sel kulit mati kat kaki bolehlah datang kat sini. Buat massage tadi dia charge RM60 sejam. Rasa sangat berbaloi sebab balik tadi dapat tido lena. Biasanya malam-malam selalu terbangun sebab badan rasa sengal. Harap-harap review kali nie berguna untuk semua.

Eye Patch

Menyempat beli sementara tunggu delivery sampai hantar balik ke Saujana. Tehee~ ;p Ok that's all for today. Sok ada presentation. Doakan saya tau. 


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

Wednesday, October 17, 2012

Etude House Products Kawaiii

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, October 17, 2012
Reactions: 
5 say you love me too
Photobucket
Hai kawan-kawan. Kali nie Ein nak share pasal product yang Ein baru beli semalam. Actually nie first Ein try product dari Etude House. Sebelum nie Ein memang pengguna tegar Loreal. Tapi toner dia tak seberapa sesuai tuk muka Ein. Kadang-kadang rasa pedih bila pakai lepas tu kulit muka menggelupas. Sakit tauk! Kesian tak? Kesiannn.... :p

Nak tau apa dalam dia? Let's check it out!

Skin mal:gem 250ml

Skin mal:gem nie berfungsi sama macam toner. Ada 6 jenis semuanya ikut kesesuain kulit. Sebab Ein jenis yang normal skin so pelayan tu suggest guna yang Smoother. Mungkin ada yang tanya takpe ke guna toner nie kalau guna facial foam brand lain. Jawapannya takpe. Sebab memang product nie bukan hadir dalam satu set lengkap dengan facial foam atau cream. 

Satu habuk pun tak faham. HAHAHA!

Pada yang biasa guna toner tu mesti tau kan macam mana nak guna. Apply seluruh muka guna cotton je. Tapi skin mal:gem nie banyak cara jugak boleh guna. Guna cotton, apply sekali dengan mask pun boleh atau letak dalam spray bottle bagi melembapkan kulit. Means even dah makeup pun spray kat muka takde masalah. :) 

Untuk review Ein baru dua tiga kali je guna. So far tak menggelupas & tak rasa pedih pun. Yang paling best tak berminyak dan bau dia wangi. Kalau ada perfume bau macam tu rasa nak beli jugak. tehee~

Blackhead Heating Deep Clean Gel 50ml

Korang pernah tak rasa ada manik-manik halus kat hidung? Even dah basuh muka kadang-kadang rasa hidung berminyak. Kes paling teruk ada blackheads. (_ _#)" So product kat atas nie adalah penyelesaian kepada semua masalah nie. 

First, ambil deep clean gel nie dan sapu kat kawan hidung yang bermsalah. Lepas tu tunggu dalam 5 minit. Time tu korang akan rasa panas kat kawasan hidung. Tapi sekejap je. Lama-lama gel tu bertukar jadi oily sikit. Dah cukut 5 minit gosok-gosok kawasan sekitar hidung. Kira sama macam scrub lah. Then basuh guna air suam. Boleh rasa manik-manik kat hidung dah takde. 

Kalau tak pecaya tanyalah kawan Ein... Rehan, Ayu & Huda. Ein dah bagi dorang try product nie jugak. Ye lah sharing is caring. Caring is loving. Ngeh3~ Sayang semua... ♥ ♥ ♥ 

FREE GIFT: Elasticity Care

Yang best nye beli dua product tu je ein dapat banyak free gift. Macam kat atas nie ramuan dia dari bahan semulajadi. Tiada campuran alcohol atau lemak haiwan. So selamat tuk digunakan. Sebab Ein tak reti bahasa Korea, Ein tanya semua cara-cara nak guna. Senang je boleh terus sapu ke muka (15 minit) dan basuh guna air suam. Ada 3 botol semuanya. :D

Dry mask

Elasticity Care dari sweet pumpkin tadi boleh apply guna dry mask nie. Lagi mudah. Dia bagi 50% discount Only RM 5 for 5 dry masks. 

FREE GIFT: Mascara Remover

Comel je botol mascara remover nie. Kalau pakai eyeliner pun senang je hilang. Shake dulu then apply guna cotton. Mudah bukan. Tapi makeup remover Silky Girl Ein masih banyak. So simpan aje yang nie. Sayang nak guna. Comel sangat! (^_^)v

FREE GIFT: Trial kit Skin mal:gem & Collagen Moistfull

Dapat free gift lagi. Sama jugak tak nak guna. Sayang! HAHAHA. Dua-dua trial kit toner. Cuma yang color oren tu ade collagen.

FREE GIFT: BB Cream, Cleansing Foam Moist, Sun block & Wonder Pore Clay Clear

Another free gifts. Macam-macam dia bagi. Trial kit nie boleh lah jadi panduan tuk Ein nanti. Kalau ok, mungkin boleh guna product sebenar dia nanti. Kan... Kan.. :D

FREE GIFT: Pink Bottle

Aaaahhhh! Dapat botol air lagi. Seronoknya. Tak sangka. Memang berbaloi la beli barang kat Etude House. Layanan pun sangat baik. Ein yang banyak tanya nie pelayan tu sanggup jawab itu dan ini. Bila betul-betul dah puas hati barulah Ein beli product tu. Ye lah kita sebagai pengguna kene lah bijak menilai. :))

Beauty passport

Passport nie takde due date. Boleh guna sampai bila-bila & sah kat mana-mana Etude House outlet. It's FREE!

Voucher RM 50

Setiap pembelian RM 30, kita akan diberikan satu sticker. Bila sticker nie dah penuh boleh dapat voucher bernilai RM 50. Seronokkan! Beli dua product je boleh dapat macam-macam free gift. Dah la nie baru first time Ein guna product nie mestilah rasa makin teruja. Harap-harap sampel yang dibagi tu tak mengecewakan. tehee~ ;p Lepas bayar bolehlah makan dengan senang hati. Lalala~ ♪♫♪♫

Mask Sheet

Habis makan Ein lalu lagi kat Etude House tu. Tiba-tiba pelayan tu tanya kalau resit yang Ein sign ada kat Ein. Ein pun tak perasan. Nasib baik ada dalam purse. So kene pulangkan balik kat dia. Sebelum keluar ternampak mask sheet nie. Grab lagi. Hehehe~ Then dapat lagi satu FREE GIFT!

Ein harap korang jangan salah faham tuk entry kali nie. Saja nak kongsi kegembiraan dengan korang. Mana tau korang pun dah lama cari product yang macam Ein nak. So what are you waiting for? Jom serang Etude House sekarang! :D

p/s hari nie mood baik bahasakan diri sebagai Ein


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

Friday, October 12, 2012

All Time Favourites

Sincerely love by EiNeZz at Friday, October 12, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Photobucket
Tadi keluar jap. Cari barang. Lepas penat berjalan mestilah laparkan. Tiba-tiba teringat ngan tempat favourite sepanjang zaman. Maka berikut adalah menu lunch tadi. :)

Dry Curry Mee

Enriched Chocolate

Curry Puff Basket

Actually lepas abiskan curry mee tadi tu memang dah kenyang. Tapi tamak nak order curry puff jugak. Tak larat dah makan. Nasiblah ada kawan sudi datang sekali tolong habiskan. Then tolong hantarkan balik hostel plak. Time-time susah kawanlah selalu ada tolong macam angel datang dari syurga. Tq awak. tehee~ :')


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

Friday, October 5, 2012

Dating with Girlfriends

Sincerely love by EiNeZz at Friday, October 05, 2012
Reactions: 
0 say you love me too
Photobucket
Si pencerita mutakhir melaporkan...

Mula-mula macam nie. Saudari Ayu menyatakan hasratnya ingin makan kat The Chicken Rice Shop. Akibat perasaan yang sangat memahami maka aku bersetuju untuk menemani beliau. Oleh itu tugasku adalah untuk mengajak semua family members kami untuk turut serta. Akhirnya keputusan muktamat diperolehi. Hanya 4 orang termasuk aku bersetuju untuk turut serta manakala 2 orang yang lain gagal memenuhi matlamat. Mereka ialah saudari Along dan saudari Farah. Rujuk gambar pesalah di bawah.
Saudari Farah dan saudari Along

Setelah membuat penyiasatan akhirnya tertuduh dimaafkan atas alasan yang munasabah. Walau bagaimanapun misi Jejak Mencari Rezeki tetap akan dijalankan seperti yang telah dirancang. :D
Peserta misi Jejak Mencari rezeki. Dari kiri Huda, Rehan & Ayu. :P

Selesai kelas kami terus menuju ke Queensbay. Setibanya di sana, kami segera ke lokasi pilihan. Lihatlah reaksi gembira terutamanya saudari Ayu.

 Sungguh perasaan mereka tidak dapat dilukis

Kami berdua membuat bentuk ♥ tanda kasih sayang sesama family

 Ibu jari yang dinaikkan memberi isyarat misi kian tercapai

 Kegemaran sepanjang zaman

 Bolehkah semua ini dihabiskan oleh kami berempat?

Seperti chef pakar membuat penilaian

 Bukanlah jelas kegembiraan yang tidak diduga teserlah di muka beliau?

Seperti ingin terlena setelah kenyang menikmati hidangan

Licin! :9

Kini kita masuk kepada berita tergempar. Semasa ke kaunter pembayaran setelah melihat jumlah keseluruhan aku hanya mampu tersenyum. Tsk! Dalam hati berbisik "Jangan risau boleh dapat diskaun :D" Aku pun segera menghunuskan menghulurkan kad debit dan Kad Diskaun Siswa KADS1M. 
Kemudian saudara cashier  berkata. "Maaf cik, diskaun untuk KADS1M hanya untuk single set. Tapi cik order Family Delight." 

What the **ll. Apa neraka! Heboh-heboh kat FB internet segala bagai. Tapi hanya untuk single set je. Maigoddd! Segera ku selitkan semula kad tersebut ke dalam dompet usangku lalu menandatangani resit berkenaan. Ye lah tak la mahal sangat pun. Tapi part yang aku tak suka bila aku start feeling-feeling dapat harga murah tiba-tiba lain plak jadinya. Ini kasi spoil mood gua bro! HAHAHA!

Recharge mood pegi shopping (^_^)v

 Penat tunggu cik Ayu & cik Rehan shopping

Yayyy! Perasan anggun. *muntah hijau*

Baiki posisi pinggang. ;p

Sebab terlalu boring kami cari cermin amek pic sendiri. (_ _#)'

Masih tak puas lagi cari baju

Muka sok suci lepas kuar dari surau. :D

I'm happy to see you happy. :')












Selepas puas menikmati bayu laut aku pun call delivery service tuk hantar kami pulau ke Saujana. Semoga masa yang terluang ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita. Amin :')

p/s Along & Farah, lain kali kita pegi sama-sama k. Cayang korang. ^^


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review