Saturday, February 23, 2013

Seafood vs Siput

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, February 23, 2013
Reactions: 
Photobucket
Dulu zaman kanak-kanak aku memang kurang cerdik. Cakap bahasa ong puteh pun aku tak reti. Nie semua sebab aku selalu ponteng sekolah kalau ada subjek Bahasa Inggeris. Apa taknya cikgu aku garang gilos. Aku tak tahan bila tengok kawan aku kena rotan. Darjah rembatan cikgu aku tu macam nak hayun kayu golf. Serius aku tak tipu. Fobia aku dibuatnya.

Aku rasalahkan sakit kat punggung dorang tu mesti sampai ke jantung. Nasib baik aku tak pernah kena sebab aku jarang hadir kelas. Ada jugak kawan aku datang rumah ajak pegi sekolah. Tapi aku pesan kat nenek aku supaya gitau dorang aku tak nak pegi sekolah. Aku takut. Tak nak kena rotan. Dari tingkap bilik aku tengok dorang beredar dengan perasaan hampa.

Disebabkan sikap aku yang macam tu, perkataan CONGRATULATION pun aku tak tau maksud dia. Betapa mundurnya minda aku masa tu. Kesedaran dan minat terhadap Bahasa Inggeris adalah 0%. Sehinggalah berlaku situasi ini.

LOKASI: RESTORAN MAKANAN LAUT

AKU : Ibu, tadi ibu pesan mee siput kan. Siputnya mana? Tiada pun...
IBU   : Ibu cakap mee goreng SEAFOOD bukan SIPUT.
AKU : Owh... (Pura-pura tau. Balik rumah cek kamus)

Terus mintak pindah sekolah!


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review