Bagi pelajar yang baru habis belajar dan akan kembali ke kampung halaman, perpisahan merupakan perkara yang harus ditempuhi. Apa yang perlu dilakukan???
1. Bersedih
Perpisahan adalah satu perkara yang menyakitkan. Maka bersedihlah. Jangan menyangkal fitrahmu yang dikurniakan perasaan sedemikian. Tetapi jangan berlebihan. Berpada-padalah. Suatu masa nanti kamu pasti bertemu jua. InshaAllah.
2. Menangis
Jika kesedihan itu terlalu sarat, sukar untuk menghalang air mata daripada mengalir. Oleh itu menangislah. Hatimu pasti akan tenang. Menangis juga baik untuk kesihatan mata. Rujuk info kesihatan (cari sendiri). Sama seperti no.1 berpada-pada.
3. Peluk
Bagi yang boleh sahaja. Memberi pelukan merupakan lambang kasih sayang. Peluklah keluarga atau rakanmu agar dia tahu kau mengasihinya. Hari ini memeluknya hanya sebesar sepelukanmu. Mana tau esok lusa memerlukan sedepa tanganmu pula. Yalah, masa tu mungkin dia dah berbadan dua. Ihik!
4. Bermaafan
Mohonlah kemaafan kerna mungkin kau pernah membuat hatinya terluka. Mintak halal makan minum. Mana tau kau pernah mengambil maggi tom yam roommatemu secara senyap semasa ketiadaannya. Bila dah kenyang lupa untuk memberitahunya. Apa yang kau makan itu akan menjadi darah dagingmu. Maka takutlah!
5. Berdoa
Berdoalah supaya perjalananmu selamat. Pohonlah doa agar orang yang kau tinggalkan sentiasa berada dalam rahmat dan perlindunganNya. Malaikat akan mendoakan kembali kebaikan yang sama kepadamu. Jadi jangan kedekut berdoa untuk orang lain.
6. Tabah
Hal ini penting bagi mengelakkan dirimu pengsan sebelum masuk ke pintu penerbangan atau stesen bas. Boleh jadi kau hilang kawalan meraung seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula kapas. Tabah sangat diperlukan kerana kau harus kuat untuk meneruskan hidup bukan sahaja untuk diri sendiri malah orang yang menyayangimu.
Ketahuilah mungkin orang yang membaca entry ini merupakan insan yang saya sayangi. Semoga kalian dirahmati Allah dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Saya sedih meninggalkan kalian. Tips ini untuk diri saya juga. Mohon maaf. Selamat tinggal.
Thanks for reading thins enty.
Perempuan sering dikaitkan dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan penyayang. Tapi ketika mereka kecewa, marah dan sedih merekalah orang yang paling beremosi sekali. Hik! Jadi, tidak hairanlah jika masalah komunikasi sering terjadi antara lelaki dan perempuan. Kadangkala kaum lelaki pun sukar untuk mentafsir apa yang ingin disampaikan oleh pasangan mereka. Complicated bukan!
Jom buat perbandingan antara dua situasi di bawah.
Situasi A
Perempuan: Tadi saya terlanggar seseorang. Barang dia terjatuh. Dia marah dan memaki saya (sedih).
Lelaki: Macam mana boleh jadi macam tu?
Perempuan: Saya tak sengaja. Masa tu saya tengah membaca mesej.
Lelaki: Lain kali kalau berjalan tengok depan. Jangan sibuk baca mesej. Sekarang awak jugak yang susah.
Perempuan: Jadi awak nak salahkan saya?
Lelaki: Bukan macam tu. Saya cakap je supaya awak lebih berhati-hati.
Perempuan: Awak memang tak faham. Susahlah nak cakap dengan awak ni!
Situasi B
Perempuan: Tadi saya terlanggar seseorang. Barang dia terjatuh. Dia marah dan memaki saya (sedih).
Lelaki: Macam mana boleh jadi macam tu?
Perempuan: Saya tak sengaja. Masa tu saya tengah membaca mesej.
Lelaki: Kalau saya berada dalam situasi awak, saya pun turut berasa sedih. Sampai hati dia buat macam tu pada awak.
Perempuan: Saya malu bila dia buat macam tu.
Lelaki: Dah, jangan sedih. Saya tau awak tak sengaja.
Perempuan: Terima kasih kerana sudi dengar luahan saya. Saya rasa tenang sekarang.
Refleksi
Situasi A memberi gambaran bahawa si lelaki sedang memberi nasihat kepada pasangannya. Semasa berada dalam kekecewaan, sudah tentu sekali si perempuan berasa kesal dengan sikap pasangannya yang seakan-akan menyalahkan dirinya. Dia akan berasa berasa tertekan dan konflik akan berlaku.
Situasi B pula menunjukkan si lelaki berasa simpati terhadap masalah yang melanda pasangannya. Dia memberikan keselesaan dan membuat pasangannya berasa tidak dipersalahkan. Akhirnya si prempuan tadi semakin tenang dan merasakan masalahnya selesai.
Wahai kaum lelaki apa yang perlu anda lakukan semasa orang perempuan meluahkan perasaan (sedih, marah, kecewa dll) meraka? Semasa berada dalam keadaan tertekan, perempuan biasanya mencari orang yang mereka percaya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati mereka. Mereka mengharapkan dengan berkongsi masalah mereka akan berasa lega dan pulih kembali.
Mereka bukannya inginkan jalan penyelesaian. Mereka hanya perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah mereka. Oleh itu, orang lelaki jangan mudah mencelah tetapi berilah perhatian semasa mereka berbual. Perempuan memerlukan sokongan kerana mereka ingin rasa disayangi dan dilindungi. Walaupun mungkin mereka berada pada pihak yang salah, memberi nasihat kepadanya bukanlah satu langkah yang bijak!
Biarlah dia berasa tenang dahulu barulah anda menegur kesilapannya dengan cara yang berhemah. Jangan sesekali mencurahkan minyak pada api yang mula marak. Berantakan jadinya! Sekiranya mereka tidak mendapat respon yang diharapkan, mereka akan beralih kepada orang lain yang lebih memahami. Jadi berhati-hatilah jika si dia sudah tidak mahu berkongsi masalah, itu tandanya anda bukan pendengar yang baik. Lebih parah lagi anda berpotensi untuk ditinggalkan. HAHAHA!
Tips ini bukan bertujuan untuk menggerunkan kaum lelaki. Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan saling memahami. Barulah bahagia. Ye dok? Komunikasi berkesan bukan untuk pasangan bercinta je. Suami isteri, adik beradik dan rakan-rakan seharusnya perlu lebih bijak dalam berkomunikasi supaya kasih sayang itu tidak pudar. Jadi apa lagi? Pastikan komunikasimu BERKESAN! ;D
SOMETIMES WOMAN ONLY NEED A GOOD LISTENER, NOT A CONSULTANT
Thanks for reading this entry.