Bagi pelajar yang baru habis belajar dan akan kembali ke kampung halaman, perpisahan merupakan perkara yang harus ditempuhi. Apa yang perlu dilakukan???
1. Bersedih
Perpisahan adalah satu perkara yang menyakitkan. Maka bersedihlah. Jangan menyangkal fitrahmu yang dikurniakan perasaan sedemikian. Tetapi jangan berlebihan. Berpada-padalah. Suatu masa nanti kamu pasti bertemu jua. InshaAllah.
2. Menangis
Jika kesedihan itu terlalu sarat, sukar untuk menghalang air mata daripada mengalir. Oleh itu menangislah. Hatimu pasti akan tenang. Menangis juga baik untuk kesihatan mata. Rujuk info kesihatan (cari sendiri). Sama seperti no.1 berpada-pada.
3. Peluk
Bagi yang boleh sahaja. Memberi pelukan merupakan lambang kasih sayang. Peluklah keluarga atau rakanmu agar dia tahu kau mengasihinya. Hari ini memeluknya hanya sebesar sepelukanmu. Mana tau esok lusa memerlukan sedepa tanganmu pula. Yalah, masa tu mungkin dia dah berbadan dua. Ihik!
4. Bermaafan
Mohonlah kemaafan kerna mungkin kau pernah membuat hatinya terluka. Mintak halal makan minum. Mana tau kau pernah mengambil maggi tom yam roommatemu secara senyap semasa ketiadaannya. Bila dah kenyang lupa untuk memberitahunya. Apa yang kau makan itu akan menjadi darah dagingmu. Maka takutlah!
5. Berdoa
Berdoalah supaya perjalananmu selamat. Pohonlah doa agar orang yang kau tinggalkan sentiasa berada dalam rahmat dan perlindunganNya. Malaikat akan mendoakan kembali kebaikan yang sama kepadamu. Jadi jangan kedekut berdoa untuk orang lain.
6. Tabah
Hal ini penting bagi mengelakkan dirimu pengsan sebelum masuk ke pintu penerbangan atau stesen bas. Boleh jadi kau hilang kawalan meraung seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula kapas. Tabah sangat diperlukan kerana kau harus kuat untuk meneruskan hidup bukan sahaja untuk diri sendiri malah orang yang menyayangimu.
Ketahuilah mungkin orang yang membaca entry ini merupakan insan yang saya sayangi. Semoga kalian dirahmati Allah dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Saya sedih meninggalkan kalian. Tips ini untuk diri saya juga. Mohon maaf. Selamat tinggal.
Thanks for reading thins enty.
0 say you love me too:
Post a Comment