Saturday, May 17, 2014

Komunikasi yang Meretakkan Hubungan

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, May 17, 2014 0 say you love me too
Photobucket

Perempuan sering dikaitkan dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan penyayang. Tapi ketika mereka kecewa, marah dan sedih merekalah orang yang paling beremosi sekali. Hik! Jadi, tidak hairanlah jika masalah komunikasi sering terjadi antara lelaki dan perempuan. Kadangkala kaum lelaki pun sukar untuk mentafsir apa yang ingin disampaikan oleh pasangan mereka. Complicated bukan!

Jom buat perbandingan antara dua situasi di bawah.

Situasi A

Perempuan: Tadi saya terlanggar seseorang. Barang dia terjatuh. Dia marah dan memaki saya (sedih).
Lelaki: Macam mana boleh jadi macam tu?
Perempuan: Saya tak sengaja. Masa tu saya tengah membaca mesej.
Lelaki: Lain kali kalau berjalan tengok depan. Jangan sibuk baca mesej. Sekarang awak jugak yang susah.
Perempuan: Jadi awak nak salahkan saya?
Lelaki: Bukan macam tu. Saya cakap je supaya awak lebih berhati-hati.
Perempuan: Awak memang tak faham. Susahlah nak cakap dengan awak ni!

Situasi B

Perempuan: Tadi saya terlanggar seseorang. Barang dia terjatuh. Dia marah dan memaki saya (sedih).
Lelaki: Macam mana boleh jadi macam tu?
Perempuan: Saya tak sengaja. Masa tu saya tengah membaca mesej.
Lelaki: Kalau saya berada dalam situasi awak, saya pun turut berasa sedih. Sampai hati dia buat macam tu pada awak.
Perempuan: Saya malu bila dia buat macam tu.
Lelaki: Dah, jangan sedih. Saya tau awak tak sengaja.
Perempuan: Terima kasih kerana sudi dengar luahan saya. Saya rasa tenang sekarang.

Refleksi

Situasi A memberi gambaran bahawa si lelaki sedang memberi nasihat kepada pasangannya. Semasa berada dalam kekecewaan, sudah tentu sekali si perempuan berasa kesal dengan sikap pasangannya yang seakan-akan menyalahkan dirinya. Dia akan berasa berasa tertekan dan konflik akan berlaku.

Situasi B pula menunjukkan si lelaki berasa simpati terhadap masalah yang melanda pasangannya. Dia memberikan keselesaan dan membuat pasangannya berasa tidak dipersalahkan. Akhirnya si prempuan tadi semakin tenang dan merasakan masalahnya selesai.

Wahai kaum lelaki apa yang perlu anda lakukan semasa orang perempuan meluahkan perasaan (sedih, marah, kecewa dll) meraka? Semasa berada dalam keadaan tertekan, perempuan biasanya mencari orang yang mereka percaya untuk meluahkan segala yang terbuku di hati mereka. Mereka mengharapkan dengan berkongsi masalah mereka akan berasa lega dan pulih kembali.

Mereka bukannya inginkan jalan penyelesaian. Mereka hanya perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah mereka. Oleh itu, orang lelaki jangan mudah mencelah tetapi berilah perhatian semasa mereka berbual. Perempuan memerlukan sokongan kerana mereka ingin rasa disayangi dan dilindungi. Walaupun mungkin mereka berada pada pihak yang salah, memberi nasihat kepadanya bukanlah satu langkah yang bijak! 

Biarlah dia berasa tenang dahulu barulah anda menegur kesilapannya dengan cara yang berhemah. Jangan sesekali mencurahkan minyak pada api yang mula marak. Berantakan jadinya! Sekiranya mereka tidak mendapat respon yang diharapkan, mereka akan beralih kepada orang lain yang lebih memahami. Jadi berhati-hatilah jika si dia sudah tidak mahu berkongsi masalah, itu tandanya anda bukan pendengar yang baik. Lebih parah lagi anda  berpotensi untuk ditinggalkan. HAHAHA!

Tips ini bukan bertujuan untuk menggerunkan kaum lelaki. Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan saling memahami. Barulah bahagia. Ye dok? Komunikasi berkesan bukan untuk pasangan bercinta je. Suami isteri, adik beradik dan rakan-rakan seharusnya perlu lebih bijak dalam berkomunikasi supaya kasih sayang itu tidak pudar. Jadi apa lagi? Pastikan komunikasimu BERKESAN! ;D

SOMETIMES WOMAN ONLY NEED A GOOD LISTENER, NOT A CONSULTANT

Thanks for reading this entry.

Wednesday, March 12, 2014

Makin Aku Cinta

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, March 12, 2014 0 say you love me too
Photobucket

“I just realized I’m not that happy to be a teacher.”

Kata-kata putus asa aku lahirkan dalam whatsapp (family group) untuk meleraikan segala tekanan yang ada. Mana tidaknya semasa mengajar ada saja pelajar yang bercakap, makan, bertumbuk dan keluar masuk kelas melayan rakan mereka di kelas sebelah.

Jadi benci, geram, berang… Segala nasihat aku hamburkan agar mereka tahu erti keinsafan. Tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Aku keluar kelas dengan hati yang hampa. Ilmu apa yang mereka dapat hari ni? Apa yang telah aku berikan hari ni? Kecewa.

“Ein kena sabar. Sebab itulah hanya orang tertentu saja yang terpilih menjadi cikgu.”

Sebak. Mesej dari sahabat baikku membuatkan aku sedikit tenang. Ada seorang pelajar yang aku sangat tidak suka sikapnya. Dialah yang mengajak rakan-rakannya berborak semasa aku mengajar. Bila disuruh senyap dia memberontak. Tugasan yang diberikan jangan haraplah kalau disiapkan. Sakit hati aku dibuli begini!

Dalam doaku tidak putus-putus meminta dia dan rakannya berubah. Kesian. Sudahlah tak pandai malas pulak tu. Bodoh sombong. Entah mengapa suatu hari semasa aku mengajar, terdetik pula hati mendekatinya. Memanggil namanya lembut. Menarik kerusi duduk di depannya.

“Mari kita buat sama-sama. Cikgu tunjuk satu-satu ye. Meh sini.” (senyum)

Aku tau ramai guru kurang menyenanginya. Mana taknya, pernah dibuang sekolah. Masuk sekolah baru masih buat perangai lama. Tapi aku tidak sanggup melayannya kasar. Dia juga punya hati yang bisa terluka. 

Tidakku duga dia akur menyiapkan tugasan. Hati kecilku gembira. Begitulah hari seterusnya, aku mengajak rakan baiknya duduk sekali menyiapkan tugasan. Mereka tidak lagi berborak, makan dan merayau tidak tentu hala. Malah memarahi rakan yang lain jika bising semasa aku memberi penerangan. Kagum!

Doaku semoga semua ini terus berkekalan. Hariku dipenuhi rasa cinta. Cinta pada kerjaya yang mencabar ini. Terima kasih kerana memberi cikgu peluang merasai perasaan cinta yang telah lama hilang. Terima kasih ibu, ayah, pensyarah dan sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan doa yang tak henti-henti.

Perasaan cinta ini sudah cukup dari mencintai sesuatu yang sia-sia.

Thanks for reading this entry.


Monday, April 15, 2013

Restoran Sri Titingan

Sincerely love by EiNeZz at Monday, April 15, 2013 5 say you love me too
Photobucket


Kalau balik Sabah, ketam adalah hidangan WAJIB makan bagi aku. Kalau tak dapat makan entah apalah jadi agaknya. Mesti aku sedih sampai ke jantung. Gila! Kau tak tau betapa aku suka sangat makan makhluk laut ciptaan Tuhan tu. So, aku nak ajak korang pegi satu tempat makan terbaik untuk menikmati makanan laut termasuklah si ketam berjalan senget ni. 


Ok ini dia. Restoran Sri Titingan Tawau. Kat sini macam-macam jenis ikan & makanan laut yang ada. Korang pilih je bahagian mana yang korang nak. Badan, kepada, ekor, semua ada. Harga ikan dia ikut jenis ikan dan berat. Harga dia memang dah siap-siap ditulis kat board besar macam dalam gambar di atas.

Ikan color merah, putih, hitam, bintik-bintik semua ada. 

Ini ketam aku. Sebungkus RM15. 

Ibu aku amek 2 bungkus untuk 5 orang makan. (Ibu aku tak makan ketam. Kesian.)

Udang pun ada

Ikan merah


Besar dia lebih kurang panjang dari hujung jari aku sampai ke siku. Tak silap aku ni masak asam pedas. Tak ingat! ;p

Ketam masak tiga rasa. Ada dua pinggan penuh.

Kailan masak berkuah

Kangkung masak belacan. (Belum sempat amek gambar daddy suda pun amek letak kat pinggan)

Sup ketam. Ni aku punya. Sebenarnya dihidangkan dalam mangkuk yang sangat besar.

Minuman aku, Ain & Ibah

Kalau budak-budak ikut makan, meja macam kena serbu kucing. Wakaka!

Makan dekat sini memang sangat puas hati. Masakan dia menepati selera makanan melayu. So, jangan ragu-ragu tuk makan kat sini. Servis pun cepat. Tak perlu tunggu lama-lama sampai rasa putus asa nak makan. Ada jugaklah beberapa kali aku pegi sini sebelum balik Penang. 

Sri Titingan Steamboat

Bagi yang suka steamboat takde masalah. Sebelah restoran nie ada menyediakan hidangan steamboat yang menyelerakan. 

Dekat kaunter pembayaran ada jual barang yang comel-comel. Pandai betul pemilik restoran nie.

Aku, Ain & Ibah pilih-pilih apa yang patut dan mintak ibu & umi bayarkan. Ibu geleng-geleng kepala sebab aku berjaya pengaruh dua orang budak tu untuk ikut jejak langkah aku. Owh duniawi! (Bukan selalu pun mummy... ihik~)

RM108

Aku rasa hidangan untuk 6 orang ni sangatlah berbaloi dengan harga yang dikenakan. Bolehlah bawak saudara-mara, rakan taulan menikmati kelazatan makanan di sini. Siapa kawan-kawan yang nak ikut aku balik Sabah bolehlah aku bawak makan kat sini nanti. Tehee~ 

Ok itu saja. Semoga terliur dan hati semakin berkobar-kobar untuk datang ke sini. 


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.
 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review