Sunday, October 21, 2012

Health Care: Reflexology

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, October 21, 2012
Reactions: 
Photobucket
 Entrance at The Streams

Last few days rasa kurang sihat. Pening, mual & sakit-sakit badan. Mula-mula tu relek aje sebab pikir mungkin PMS (Prementrual Syndrome). Kadang-kadang sampai muntah. Ala macam yang korang tengok kat citer Ombak Rindu tu. Kononnya time PMS Maya Karin muntah-muntahkan.

Last month benda yang sama jugak jadi. Lagi teruk sampai kene tahan kad wad. 2 pagi dikejarkan ke hospital. Doktor ingat keracunan makanan. Saya cakap "Bukan... bukan... I don't think I have food poisoning." Lepas tu jelaskan semua kat doktor. Tapi dia tetap amek darah then bagi dua botol air garam. Cucuk tangan sana sini tapi tak berhasil sampailah sorang lagi doktor try dan akhirnya berjaya. Sakit tauk! Tapi syukur alhamdulillah darah normal. Sedar-sedar je atas katil dah dekat pukul 6 pagi. Maigod!

Sebab tak tahan pening seminggu tak kurang-kurang pegi jumpa doktor. Doktor bagi ubat gastrik. Masih tak puas hati badan macam banyak angin. Kalau kat rumah ibu akan tolong urut. Ibu call selalu tanya dah ok ke belum. Ibu suggest pegi mana-mana spa ke apa tuk pegi berurut. Akhirnya menemui The Streams Reflexology & Fish Spa kat Queensbay Mall.

Lepas nie bolehlah sambung buat assignment
 
Giler cool! Rasa lega sangat lepas buat body massage kat sini. Massage dia ala-ala Thai. Masuk dalam je mood macam kat Siam dah ada. HAHAHA! Pedahal tak pernah pegi pon. Tak tau nak buat face expression macam mana. Senyum atau terharu. Cepat-cepat call ibu bila semuanya dah selesai. Maceh banyak-banyak kat Bibah sebab sanggup temankan. Tunggu sampai sejam jugak kat dalam tu. 

Siapa yang berminat nak buat foot massage, body massage atau bagi ikan makan sel kulit mati kat kaki bolehlah datang kat sini. Buat massage tadi dia charge RM60 sejam. Rasa sangat berbaloi sebab balik tadi dapat tido lena. Biasanya malam-malam selalu terbangun sebab badan rasa sengal. Harap-harap review kali nie berguna untuk semua.

Eye Patch

Menyempat beli sementara tunggu delivery sampai hantar balik ke Saujana. Tehee~ ;p Ok that's all for today. Sok ada presentation. Doakan saya tau. 


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review