Wednesday, October 17, 2012

Etude House Products Kawaiii

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, October 17, 2012
Reactions: 
Photobucket
Hai kawan-kawan. Kali nie Ein nak share pasal product yang Ein baru beli semalam. Actually nie first Ein try product dari Etude House. Sebelum nie Ein memang pengguna tegar Loreal. Tapi toner dia tak seberapa sesuai tuk muka Ein. Kadang-kadang rasa pedih bila pakai lepas tu kulit muka menggelupas. Sakit tauk! Kesian tak? Kesiannn.... :p

Nak tau apa dalam dia? Let's check it out!

Skin mal:gem 250ml

Skin mal:gem nie berfungsi sama macam toner. Ada 6 jenis semuanya ikut kesesuain kulit. Sebab Ein jenis yang normal skin so pelayan tu suggest guna yang Smoother. Mungkin ada yang tanya takpe ke guna toner nie kalau guna facial foam brand lain. Jawapannya takpe. Sebab memang product nie bukan hadir dalam satu set lengkap dengan facial foam atau cream. 

Satu habuk pun tak faham. HAHAHA!

Pada yang biasa guna toner tu mesti tau kan macam mana nak guna. Apply seluruh muka guna cotton je. Tapi skin mal:gem nie banyak cara jugak boleh guna. Guna cotton, apply sekali dengan mask pun boleh atau letak dalam spray bottle bagi melembapkan kulit. Means even dah makeup pun spray kat muka takde masalah. :) 

Untuk review Ein baru dua tiga kali je guna. So far tak menggelupas & tak rasa pedih pun. Yang paling best tak berminyak dan bau dia wangi. Kalau ada perfume bau macam tu rasa nak beli jugak. tehee~

Blackhead Heating Deep Clean Gel 50ml

Korang pernah tak rasa ada manik-manik halus kat hidung? Even dah basuh muka kadang-kadang rasa hidung berminyak. Kes paling teruk ada blackheads. (_ _#)" So product kat atas nie adalah penyelesaian kepada semua masalah nie. 

First, ambil deep clean gel nie dan sapu kat kawan hidung yang bermsalah. Lepas tu tunggu dalam 5 minit. Time tu korang akan rasa panas kat kawasan hidung. Tapi sekejap je. Lama-lama gel tu bertukar jadi oily sikit. Dah cukut 5 minit gosok-gosok kawasan sekitar hidung. Kira sama macam scrub lah. Then basuh guna air suam. Boleh rasa manik-manik kat hidung dah takde. 

Kalau tak pecaya tanyalah kawan Ein... Rehan, Ayu & Huda. Ein dah bagi dorang try product nie jugak. Ye lah sharing is caring. Caring is loving. Ngeh3~ Sayang semua... ♥ ♥ ♥ 

FREE GIFT: Elasticity Care

Yang best nye beli dua product tu je ein dapat banyak free gift. Macam kat atas nie ramuan dia dari bahan semulajadi. Tiada campuran alcohol atau lemak haiwan. So selamat tuk digunakan. Sebab Ein tak reti bahasa Korea, Ein tanya semua cara-cara nak guna. Senang je boleh terus sapu ke muka (15 minit) dan basuh guna air suam. Ada 3 botol semuanya. :D

Dry mask

Elasticity Care dari sweet pumpkin tadi boleh apply guna dry mask nie. Lagi mudah. Dia bagi 50% discount Only RM 5 for 5 dry masks. 

FREE GIFT: Mascara Remover

Comel je botol mascara remover nie. Kalau pakai eyeliner pun senang je hilang. Shake dulu then apply guna cotton. Mudah bukan. Tapi makeup remover Silky Girl Ein masih banyak. So simpan aje yang nie. Sayang nak guna. Comel sangat! (^_^)v

FREE GIFT: Trial kit Skin mal:gem & Collagen Moistfull

Dapat free gift lagi. Sama jugak tak nak guna. Sayang! HAHAHA. Dua-dua trial kit toner. Cuma yang color oren tu ade collagen.

FREE GIFT: BB Cream, Cleansing Foam Moist, Sun block & Wonder Pore Clay Clear

Another free gifts. Macam-macam dia bagi. Trial kit nie boleh lah jadi panduan tuk Ein nanti. Kalau ok, mungkin boleh guna product sebenar dia nanti. Kan... Kan.. :D

FREE GIFT: Pink Bottle

Aaaahhhh! Dapat botol air lagi. Seronoknya. Tak sangka. Memang berbaloi la beli barang kat Etude House. Layanan pun sangat baik. Ein yang banyak tanya nie pelayan tu sanggup jawab itu dan ini. Bila betul-betul dah puas hati barulah Ein beli product tu. Ye lah kita sebagai pengguna kene lah bijak menilai. :))

Beauty passport

Passport nie takde due date. Boleh guna sampai bila-bila & sah kat mana-mana Etude House outlet. It's FREE!

Voucher RM 50

Setiap pembelian RM 30, kita akan diberikan satu sticker. Bila sticker nie dah penuh boleh dapat voucher bernilai RM 50. Seronokkan! Beli dua product je boleh dapat macam-macam free gift. Dah la nie baru first time Ein guna product nie mestilah rasa makin teruja. Harap-harap sampel yang dibagi tu tak mengecewakan. tehee~ ;p Lepas bayar bolehlah makan dengan senang hati. Lalala~ ♪♫♪♫

Mask Sheet

Habis makan Ein lalu lagi kat Etude House tu. Tiba-tiba pelayan tu tanya kalau resit yang Ein sign ada kat Ein. Ein pun tak perasan. Nasib baik ada dalam purse. So kene pulangkan balik kat dia. Sebelum keluar ternampak mask sheet nie. Grab lagi. Hehehe~ Then dapat lagi satu FREE GIFT!

Ein harap korang jangan salah faham tuk entry kali nie. Saja nak kongsi kegembiraan dengan korang. Mana tau korang pun dah lama cari product yang macam Ein nak. So what are you waiting for? Jom serang Etude House sekarang! :D

p/s hari nie mood baik bahasakan diri sebagai Ein


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

5 say you love me too:

Wanie Raina said...

mahal ke etude? wanie salu nampak tempat nie tapie nampak mcm mahal je brg die...huhu
semua barang nie bape harge die? brg2 die sume comel! huhu

Lyn said...

u beli etude house kat ner??

EiNeZz said...

Wanie: harga dia ok lah. lagi pun kualiti bagus

Lyn: i beli kat Queensbay Mall, Penang

Anonymous said...

toner mal:gem tu i prnah try set trial dia.best!boleh tau x harga yg botol 250 ml tu berapa?

EiNeZz said...

Harga dia RM79 sebotol.

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review