Tuesday, September 25, 2012

HUJAN dan Penyelesaiannya

Sincerely love by EiNeZz at Tuesday, September 25, 2012
Reactions: 
Photobucket
Akhir-akhir nie Penang selalu je hujan. Rasa bersalah nak pakai kasut atau flat pegi kuliah. Kalau kena becak mesti kotor. Kalau kena basah mesti cepat rosak. Fehhh~ (T-T)" Tatkala itu fikiran ligat mencari penyelesaian. Kira perkara nie masalah besar bagi aku. Ye lah aku kan sayang kasut-kasut aku. :')

Sebab nak melindungi kasut kesayangan aku terpaksa pakai selipar je pegi kuliah. Selipar tu sebenarnya aku selalu pakai masuk toilet. Ergghhh! Tak cool lah macam tu kan. Pegi menuntut ilmu guna selipar toilet. Sadistic! (_ _#)" Dari awal sem lagi asyik-asyik cakap kat Ayu nak beli Crocs. "Tolong carikan tuk Ein..."

Hari tu aku keluar pegi cari Crocs mana tau ada yang berkenan. Malangnya aku tengok semua familiar je macam takde yang luar biasa yang boleh tarik nafsu shopping aku. Baru-baru nie keluar lagi kebetulan Tasha nak cari Crocs jugak tuk nenek dia. Comel je kan tolong carikan Crocs tuk nenek. :'D Tiba-tiba...
Chacanggg!!! Hello Kitty *purple*

Aku nampak design Hello Kitty. Giler comel! Then aku cepat-cepat try. Cayman crocs tue agak betul-betul ikut saiz kaki aku. Macam tak best la kena pakai yang besar skit. Aku tengok saiz yang aku guna tu J1. Damnn! J bro. Junior size. Maksudnya sesuai tuk kiddos. Aku mintak miss yang layan aku carikan saiz J2 tapi dia cakap dah habis. Saiz J2 tuk pink color masih ada. Tapi aku nak purple jugak. *merengek*

Hello Kitty *pink*

Aku tak jadi beli sebab aku nak purple color jugak. :'( So tadi aku tanyalah pendapat Ayu kalau Crocs color pink nie lawa. Dia cakap macam tak matang je kalau aku pakai. Aku pun tiba-tiba ubah fikiran tak nak beli. Lagipun memang tuk kanak-kanak. Aku jer ngada lebih nak pakai. =.='

Tapi macam mana? Aku desperate sangat sebab tak nak guna selipar toilet lagi pegi kuliah. Sekali lagi dengan setiba-tibanya aku jumpa selipar ala-ala Crocs kat 7 Eleven tadi. Daripada takde baik aku grab jer. Lagipun harga dia murah. Kalau rosak pun tak lah aku rasa kecewa sangat kan.

Monobo ada logo kepala monyet. d(@.@)b

Akhirnya aku pun belilah selipar kat atas nie. Dah memang takdir mungkin aku disuruh berjimat. Hehehe~ Bolehlah aku pegi kuliah dengan gembira sebab aku tau kalau basah pun benda alah nie tak kan pape punya. Tapi bagi korang yang nak guna Crocs mesti ramai yang agak confuse dengan saiz yang dorang letak kat tag tu kan. So, kat sini ada panduan tuk korang kalau nak beli footwear kat Crocs outlet. :)

Sizing chart

Semoga chart kat atas nie dapat tolong korang cari size code tuk Crocs footwear. Even aku tak dapat beli Hello Kitty crocs kat atas nie aku tetap happy. Kini hujan bukan lagi menjadi alasan untuk berasa sedih pergi ke kuliah. :D Tak sabar nak pegi kuliah esok. Lalala~ ♪♫♪♫


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

2 say you love me too:

Rin Saharina said...

Ein,ce tgk crocs dkat online shop kwan aku ni :) tp bukan crocs ori la.

https://www.facebook.com/www.lebeaumonde.co.cc

EiNeZz said...

tq rin... :) nak cek jap..

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review