Ini minggu study week. Minggu yang mana seseorang pelajar harus mentelaah pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Tapi apa yang telah aku lakukan? Pergi ke Genting Highland bermain tanpa henti. :P
Bagi aku ini adalah reward yang terbaik setelah berhempas pulas menyiapkan report setebal berpuluh-puluh muka surat. Jika ditanya tidakkah aku rasa bersalah? Owh tidak sama sekali. Apa salahnya bermain sehari saja sebelum membuat persiapan untuk final exam. ngeh3~
Dan kamu? Ditugaskan untuk membaca entry ini sahaja. :D
Sarapan sebelum main
Kami tiba di Genting seawal 4 pagi. Keluar je dari perut bas semua orang kesejukan. Aku plak tak lah rasa sejuk sangat. Kabus je yang banyak. Rasanya sejuk lagi DK L tuk lecture HGM348 yang aku selalu skip tu. Atau mungkinkah aku telah berubah menjadi makhluk berdarah sejuk. Kedinginan tidak lagi dirasai. Hampa! =.='
Tak sah kalau tak begambar kat sini :P
Selesai solat subuh dan breakfast kami posing sehabis maut untuk kelihatan anggun di dalam gambar. Tatkala itu tiada siapa yang boleh menghalang. Emangnya gwe pikirin... hew~hew~
Di pelusuk mana sekali pun selagi ada peluang... bergambar adalah suatu kemestian
Benar apa yang aku kata toilet juga menjadi tempat ber-posing
Ok tag dah ada kat tangan. Semua dah tak sabar nak main. ALL PARK mari!!!
Owh... owh kabus sangat tebal di luar
Bergambar dengan tourist. Buat-buat macam 10 tahun dah kenal. xD
First ride: Space Shot
Aku serik dah main ride yang sangat trill kat USS hari tu. So kali nie aku nak main yang light je.
(_ _#)" Si penakut
Sementara tunggu dorang queue tuk main Space Shot aku bersama si penakut yang lain hanya mampu naik capsule yang comel ni. :D
Jumpa cosplay tapi tak tau watak anime yang mana. HAHAHA!
Cosplay baju merah tu aku tau. Yang baju hitam plak tak tau. WAKAKA!
Banyak plak cosplay hari tu
Sebelum main roller coaster
Actually tak semua ride aku main. Penat tauk! Plus queue pun panjang. Tapi seronok dapat main ngan kawan-kawan. Satu benda yang aku suka sal theme park kat Genting nie surau senang je cari. Even dalam outdoor theme park pun ada surau. Means masih berpeluang menginsafkan diri selepas terkinja-kinja main. Sesungguhnya semua ini duniawi semata. tehee~
Lihat muka kami gembira! :D
Snow World (gambar scan)
Mula-mula aku tak nak masuk Snow World sebab dah pernah main salji. Tapi tewas jugak tengok orang main dari luar. RM25 untuk 40 minit. Yang tak bestnye kat dalam tak boleh bawak camera. Pic kat atas nie aku ngan kawan-kawan lain pakat beli kongsi-kongsi. Cis punya mahal. Sekeping RM50. Snow City kat Singapore pun $11 jer. Cekik darah!
Tak percaya nie buktinya. Snow City, Singapore. 1 pic cost me approximately RM27.
Time ni dah malam. Baru abis ride roller coaster (Indoor Park) ngan Nana. :)
Panorama yang cantik.
Kumpul ramai-ramai. Nak balik dah. :')
Lupa nak cakap program ke Genting ni sebenarnya anjuran budak Sabah yang study kat USM. (PERSIS). Tersangatlah happy jalan ngan dorang. Thank you semua sebab ajak saya join sekali dengan yuran yang sangat berpatutan. So, lepas nie fokus tuk final exam plak. Doakan kejayaan kami semua. :)
~WASSALAM~
Thanks for reading this entry.