Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, December 12, 2012
Reactions: 
Photobucket

Entah apa yang best sangat dengan tarikh hari nie. Sejak semalam lagi ramai yang post status pasal tarikh nie. Macam-macam. Ada yang kelakar, menghiburkan dan tidak kurang jugak ada yang menginsafkan. Ye memang kalau ikutkan turutan nombor 12 sebanyak tiga kali ni memang unik dan sampai bila-bila pun tarikh nie takkan pernah berulang. TAK AKAN!

Aku ada terpikir jugak berapa ramai agaknya bayi yang lahir hari nie. Mesti nanti besar dia bangga gila-gila sebab senang nak ingat birthday dia. (LOL aku prejudis!) Lepas tu kawan-kawan dia cakap "Eh, cantiknye tarikh lahir awak. Senang nak ingat." Bila dah dapat IC mesti dok tenung lama-lama. "Giler cool cantik giler nombor IC aku. Doblas, doblas, doblas, doblas...." Erk kenapa empat kali? Ini kes untuk orang Sabah macam aku sebab nombor kat tengah-tengah tu 12. Owhhh.. So, akan jadi macam nie lah... 121212-12-xxxx. Kau lah orang paling cool kat Sabah dik. Kalau number akhir pun dapat 1212 jugak pegi cari reporter kasi masuk surat khabar terus. HAHAHA!

Well... well... well... since the date today is quite awesome, is there any of you expect something special will be happened today? Or have you plan to do something to make today as one of your special day in life? Contohnya, nak bertunang ke? Kawen ke? Apa-apa je lah yang korang rasa special. Ada tak? Ada? To be honest right after I woke up it was just like an ordinary morning to me. Nothing more like extravaganza. Takde pun yang best-best ke apa ke...

Tapi disebabkan keserikan melanda, sekali lagi aku datang kelas awal melebihi tahap yang sepatutnya.  Tak nak prof call lagi tanya kenapa ponteng walau hakikat sebenarnya aku lambat akibat jalan jam or emmm whatever! Menyempat jugak aku grab 2 ketul karipap dan segelas sirap mangga tadi sebelum start lecture. tehee~ 

Di akhir lecture, prof ada wish good luck kat semua tuk exam nanti. Then he said "Saya tak akan lupa Falihin sampai bila-bila. Selamanya." Owh maigodddd! Aku cuak. Ni mesti pasal aku datang lambat hari tu. Eh tapi bukan aku sorang je yang pernah lambat okayyy! So it must not be the reason. Owh mungkin sebab aku selalu main-main dengan anak prof, Athur & Alexa kat Pangkor hari tu. Tapi bukan aku sorang je. Ramai jugak bawak budak-budak tu main. But why did he say like that? :O

Alamak! Mungkin sebab hari tu aku call prof di luar waktu pejabat sebab aku panic assignment yang aku hantar through email tak sampai. Kejadian tersebut telah mengganggu ketenteraman beliau bersama keluarganya. Confirm! Kali nie memang aku sorang je yang buat macam tu. wuwuwuuu~ Memang salah aku pun. Aku tengok je muka prof. He said "Sebab birthday Falihin sama dengan birthday saya." Penat aku panik. =.=' Sebab tu rupanya... grrr~

Bila dah makin dewasa nie aku paling tak suka ingat birthday aku. Sebab ada kesah sedih. Kalau prank orang pun aku kene badi sekali. Sampai jatuh then disimbah air lagi. Sakit tauk! :'( So, aku lebih suka diam-diam. Kalau sape-sape tak ingat pun takpe. Kwang3~ Ok main point hari ni aku tak tau apa tapi yang penting nak cakap thanks kat prof sebab ingat birthday saya. Vongok la aku nie mesti la prof ingat sebab birthday sama. HAHAHA! Macam prof cakap tadi, baru jumpa dua orang yang sama termasuk aku. Tiba-tiba aku rasa popular plak. O.K BYE! ;p


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review