Sunday, September 2, 2012

Kedekut atau Berjimat?

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, September 02, 2012
Photobucket
Semalam aku pegi shopping barang-barang keperluan jap. Banyak yang dah habis. So, terpaksalah pegi beli apa yang patut. Lagipun lepas cek website Queensbay, aku dapat tau sempena Hari Merdeka nie banyak outlet yang bagi diskaun habis-habisan dalam masa dua hari. Sebab nak berjimat cermat aku pun rebutlah peluang nie. Aceceh~ :P
Eh... eh... tapi yang ni aku dapat free. Aku cekup dari Heartland Hotel kat Queenstown.

First time aku tengok bath products kat atas nie, aku buat dunno je. Ye lah kan aku lebih selesa guna product sendiri. Tapi last minute nak check out hotel sempat pulak aku cekup. Kononnya boleh jadikan kenang-kenangan dari sana plus manalah tau nak travel lagi, senang la bawak products nie sebab saiz dia kecil aje. Boleh simpan dalam handbag. Ah alasan! Pedahal banyak je products comel-comel macam nie di jual kalau nak bawak travel. So aku nie kedekut atau berjimat cermat. (_ _#)" Gwe gak abis pikir!
Keperluan yang dikatakan dah habis

Lepas pegi Money Changer tuk tukar dolar Singapore dapatlah aku guna duit tu tuk beli barang-barang nie. Serius aku sangat-sangat berkira. Biasalah kalau ibu ada, semua nie ibu yang belikan. Nak amek apa-apa tak pikir pun mahal ke tak. So bila sampai part aku, aku cari barang yang paling murah. Mah aih! Kedekut! Vaseline tu tak pikir pun nak beli. Kononnya nak beli lip balm kat Body Shop. Tapi sebab Vaseline nie multipurpose, so lebih baik aku beli. Kan... kan.. kan... Eee kedekut ke berjimat? (-__-)
Cha changgg!!! Bolster baru. :)

Memikirkan aku adalah seorang pelajar yang tidak lama lagi akan meneruskan kuliah dan bakal penat dengan pelbagai aktiviti dan program, bagi aku tidur yang cukup dan berkualiti adalah sangat penting. Oleh itu bolster ini adalah penyelesaiannya. Plus Pinky tinggalkan kat rumah dan aku belum merancang meminta ibu tuk post kan ke sini, lebih baik rasanya aku mencari penggantinya buat seketika. Keh3~ Aku beli bolster nie kat Memory Lane. Sekali lagi peluang promosi digunakan. Harga asal RM69.90 tapi sempena Merdeka, dorang jual RM20 je untuk tiga hari nie. Means hari nie last day dorang jual murah. So apa lagi cepat-cepat la pegi Memory Lane sekarang. :P
Purse baru

Sebab aku rasa purse aku dah cukup nazak, so aku pun belilah purse baru. Yang nie jangan nak mengada. Takde pun diskaun ke apa. Nasib baiklah incik abang saya yang hensem bagi duit raya. So aku gunalah tuk beli purse nie. Ngeh3~ Jimat sikit duit belanja yang ibu bagi. Hik3~ Maceh. Maceh. Cayang abang kite.
Fragrance Mist

Fragrance Mist nie aku beli kat Changi Airport. Kebetulan body mist aku pun dah nak habis tak salah lah kan kalau aku beli nie. Sekali lagi cari yang paling murah dan wangian yang paling lembut baunya. Akhirnya Secret Charm menjadi pilihan. SG$19. Lepas bayar terus blah. Saja tak nak tengok-tengok perfume kang aku tergoda nak beli lagi. Buat-buat tak nampak aje. Lagipun perfume aku masih ada. Adakah ini kedekut ataupun berjimat. Haduyai...

Kesimpulannya, (aceh macam nak buat karangan rumusan bahasa Melayu plak) semua terpulang pada anda untuk merancang perbelanjaan masing-masing. Kedekut atau berjimat mempunyai definisi yang berbeza. Kenapa perlu berbelanja lebih kalau anda berpeluang menikmati potongan harga yang lumayan untuk produk yang sama. Lu pikirlah sendiri... Sekian.


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

2 say you love me too:

Rin Saharina said...

bukan kedekut, tpi brjimat.hehe.samala kita eein,kalau mama aku yg bayar,mmg tdk tgk hrga la.main amik jak.tpi klu guna duit sndri,amik brg yg pling murah tuu.haha

EiNeZz said...

kan... kan... berjimat cermat amalan mulia. kih3~ ;P

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review