Friday, November 30, 2012

Diari Seorang Pelajar

Sincerely love by EiNeZz at Friday, November 30, 2012
Photobucket
Tidak seperti hari-hari biasa, hari ini aku datang TERLALU awal ke kuliah. Sepatutnya kelas mula 10 pagi tapi 25 minit sebelum kuliah aku dah ada kat lecture hall. Pagi ni jer banyak perkara yang dah aku buat.

1. Bersiap awal tuk ke kelas.
2. Pergi cafe grab sebiji popia dan roti sardin.
3. Print assigment PGT 223.
4. Drop buku kat library.
5. Ketuk pintu Dr dan segera menghulur assignment yang masih panas dari mesin pencetak.

Semua perkara ini aku buat sekali harung dalam perjalanan ke kelas. 

Jumaat hari teristimewa sepanjang weekday aku. Sebab aku ada satu kelas je. Petang bolehlah aku berjimba-jimba menikmati kehidupan duniawi. Owh sungguh melalaikan. Biasanya lepas kelas muka aku dah terpacak depan entrance Queensbay. Kalau tak shopping aku pegi mana-mana cafe favourite untuk merembat makanan kesukaan. Tapi hari nie aku hanya ingin berehat dan bermanja dengan katil kesayangan akibat penat menyiapkan assignment sehingga pukul 4.15 pagi tadi. 
Bukti aku datang kelas awal. Dewan masih tidak berhuni.

Dalam lekaku tiba-tiba datang seorang wanita dari pintu belakang dewan. Katanya pelajar master yang nak mintak tolong semua pelajar kelas PGT 223 untuk isi borang soal selidik. Terus saja aku menawarkan diri untuk mengisi borang secepatnya. Aku dah faham sangat dah macam mana payahnya nak dapatkan kerjasama masa nak buat survey. Sebelum nie pun aku dah pernah buat survey kat Langkawi & Pangkor. Cabarannya yang Maha Esa saja yang tau. 

Bukti aku fiill in form tadi. ngeh3~ :p

Ok. Entry nie memang agak boring. Tiada sebarang unsur keseronokan dan keterujaan untuk dikongsi bersama. Cuma ingin memberi kesedaran pada korang jangan buat assignment last minute. Boleh menangis dibuatnya. Kedua, kalau ada orang buat survey, janganlah kedekut tolong fill in kan borang kaji selidik. Kalau kita bantu orang in sya Allah urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya. Sekian dulu.


~WASSALAM~


Thanks for reading this entry.

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review