Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
1. Tengok produk kuruskan badan di laman web tertentu dan teruja melihat testimoni keberkesanan produk tersebut. Kemudiannya bercadang untuk mencuba dan menelan seberapa banyak capsule yang mungkin untuk dapatkan berat badan idaman.
2. Berjumpa dengan doktor kerana sakit. Doktor bagi ubat tetapi tiada sebarang kesan pemulihan penyakit malah yang lebih parah berlaku allergic reaction terhadap pengambilan ubat tersebut. Membuat tanggapan bahawa doktor tu tak reti nak rawat orang ke apa! Pegi jumpa lawyer nak suruh bagi surat saman kat doktor tu.
3. Membaca majalah yang menyatakan pengambilan vitamin C, A & E sebagai supplement tambahan bagus untuk kesihatan. Cepat-cepat pergi farmasi cari vitamin C tapi keliru dengan pelbagai brand yang ditawarkan. Setiap kapsul ada yang mengandungi 250mg, 500mg dan 1000mg. Mana satu nak pilih? Ada yang prolong release, acidic free... Maigod pening! Keluar farmasi tanpa beli apa-apa. Kecewa.
Situasi seperti ini mungkin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita tentang pengambilan ubat-ubatan atau pun supplement tanpa ada pengetahuan asas terhadap produk yang mereka consume setiap hari. Ada yang mudah terpengaruh dengan iklan, testimoni atau nasihat doktor 100% tanpa menyelidik akan kesan sampingan terhadap produk yang digunakan. (_ _#)"
Sebelum anda menggunakan produk tertentu tak kiralah ianya sejenis supplement ataupun produk kecantikan, selidik terlebih dahulu bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Walaupun produk tersebut terbukti keberkesanannya, mungkn terdapat bahan yang tidak sesuai dengan kulit atau tubuh badan anda. Contohnya, terdapat pelbagai jenis collagen yang dijual di pasaran. Ada yang berasal dari sumber marine. Bagi yang mempunyai alahan terhadap bahan-bahan marine mungkin akan mengalami alahan atau reaksi negatif selepas menggunakan produk tersebut. Jangan plak nak condemn produk tu tak bagus padahal mungkin tubuh anda memang tidak sesuai menggunakan produk tersebut.
Satu lagi, semasa berjumpa dengan doktor, pastikan anda tahu jenis ubat yang doktor berikan selepas membuat pemeriksaan. Ini tak, main suka hati je makan kononnye ikut saranan doktor. Memang bagus ikut arahan. Tapi perlu selidik kesan sampingan yang mungkin berlaku. Mungkn semasa mengambil ubat-ubatan tersebut anda tidak sepatutnya makan beberapa jenis hidangan yang mungkin menyebabkan terbantutnya pemulihan penyakit anda. Jangan fikir setiap ubat-ubatan sesuai untuk semua orang.
Contohnya, saya sendiri baru menyedari akan mengalami alahan semasa pengambilan Amoxicilin. Kemudiannya saya berbincang dengan doktor semula dan meminta doktor memberi antihistamine untuk rawatan susulan. Anda juga boleh memberi tahu sejarah pengambilan ubat atau makanan sebelum ini supaya doktor dapat memberi ubat yang sesuai diambil oleh anda.
Dalam entry kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk menjadi pengguna yang bijak dan berhati-hati sebelum menggunakan sesetengah produk yang berada di pasaran. Termasuklah pengambilan ubat-ubatan secara terkawal. Walaupun anda bukanlah seorang doktor, tidak salah sekiranya mempunyai pengetahuan asas tentang fungsi dan kesan sampingan produk-produk tertentu. Banyakkan membuat pembacaan tidak kiralah melalui buku ataupun internet yang penting maklumat tersebut berasal dari sumber yang boleh dipercayai.
Sekiranya tidak pasti, bertnyalah pada doktor atau ahli farmasi. Sekian dulu celoteh saya yang alah makcik-makcik kali ini.
~WASSALAM~
Thanks for reading this entry.
0 say you love me too:
Post a Comment