Saturday, May 12, 2012

Mother's Day

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, May 12, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum dan salam sayang....

Semua orang sedia maklum 13hb Mei nie merupakan Hari Ibu kan... kan... So bila cakap pasal Mother's Day ini apa yang terlintas dalam fikiran korang? Secara jujurnya kat kepala aku nie memang akan terbayang wajah ibu aku. Makin rindu jadinya lebih-lebih lagi bila aunty aku inbox kat FB tanya aku dah belikan hadiah ke belom. =.='

 Ibu ngan acik Mar

Tiba-tiba sebak. Teringat time sekolah dulu kalau Mother's Day atau birthday ibu mesti pakat-pakat kumpul duit dengan adik aku, Joe tuk beli hadiah. Biasalah time sekolah tak pegang duit banyak. So beli hadiah pun tak berapa nak mahal. Beli pun senyap-senyap kononnya nak bagi surprise. Tapi Tuhan je tau betapa kami dua berharap ibu akan suka hadiah tue. :')

 Kadang-kadang beli hadiah dari baki duit raya
(Terima kasih ibu, ayah, uncle, aunty & jiran tetangga yang baik hati bagi duit raya)

Semua orang mesti sayang ibu dia. Semua orang mesti cakap ibu dia yang terbaik di dunia nie. Aku pun macam tu jugak. Siapa tak sayang ibu. Susah senang ibu akan sentiasa bersama. Konflik dengan kawan, masalah study, emosi dan lain-lain, ibulah orang pertama yang akan tau. Kalau lapar mesti makanan ibu jugak yang paling sedap di dunia. Old Town pun pandang jeling-jeling jer.

 Saya sayang ibu... :')

Kalau nak exam, keluar ngan kawan-kawan atau jalan jauh mesti call ibu dulu. Mintak izin, mintak ibu doakan semuanya selamat. Sebab doa ibu Allah akan dengar. Aku percaya itu. Kalau malam susah nak tido, cepat-cepat mesej ibu. Then ibu akan hantar macam-macam doa untuk diamalkan. Ibu selalu macam tue. Ibu percaya kuasa Allah boleh menyembuhkan segala penyakit di dunia. Ibu banyak bagi semangat bila rasa down. Ibu jugaklah yang mengalirkan air mata bila dapat result STPM hari tue. Semua berkat doa ibu dan Allah memperkenankannya. Alhamdulillah~

 Dalam diam saya jeles tak dapat cuti bersama. :'(

Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya Hartinih binti Hj. Salam. Semoga dipanjangkan usia, dirahmati Allah selalu mendapat perlindungan dari-Nya, menjadi cikgu yang baik kepada anak-anak murid. Sihat tubuh badan dan gembira selalu bersama ayah yang tercinta dan anak-anak yang tersayang. Amin~ :')


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

1 say you love me too:

amercorner.blogspot.com said...

singgah sini dan follow :D

amercorner.blogspot.com

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review