Assalamualaikum dan hai semua...
Sesungguhnya mesti ramai si gadis manis dan jejaka tampan di luar sana merindui entry aku yang dasyat ini bukan? Maigoddd menangislah manusia seluruh alam agaknya bila baca penyataan drastik yang tidak sedar diri ini.. WAKAKAKA! Lek bro... Gurau aje pon~ Jangan lehhh meluat... :D
Actually banyak sangat benda aku nak cerita, nak share & nak gelak sekali ngan korang tapi apakan daya dek kekangan masa proses mem-blogging terpaksa ditunda hari demi hari. Akibatnya cerita yang ingin dikongsi itu hilang dan terlupa begitu sahaja. Tragis bukan? Kalau masuk Aduan Rakyat mesti paling top lah kes aku nie. HAHAHA!
Kali nie aku tak nak letak picture banyak sangat sebab aku nak cerita panjang-panjang biar puas hati. Jari ni gian sangat nak bergerak menceritakan fenomena yang telah berlaku pada aku. Dush! Macam jari aku nie ada magic pulak sampai begini jadinya. Hew~hew~hew~
Ok2 kenapa title entry kali nie macam aneh sikit bunyinya. Macam nak kembali ke zaman-zaman remaja hingusan dulu je. Dah namanya nostalgia maka haruslah sedemikian perilakunya. :P Begini.. begini... Tadikan, baru perasan perfume & body mist dah nak habis. So plan nak beli barulah konon. Pedahal duit tinggal beberapa keping je dalam purse. huhuhu~
Tapi tangan lancar aje meng-Google beberapa product wangian yang mana tahu kalau mampu bolehlah melaburkan dana kepada syarikat product berkenaan. Ngeh3~ Dari sekolah lagi kite memang suka perfume. Sampai sekarang ianya menjadi satu ketagihan. Cehhh! Cakap tak boleh blah... Tak lah biasa-biasa aje. Cuma bila cerita bab perfume nie minda tiba-tiba teringat akan kenangan di waktu dulu.
Auuuwww~ (^_^)"
Dulu zaman anak sekolahan manalah ada duit banyak sangat. Nak beli perfume pun tak mampu beli yang mahal-mahal. Ibu tak kasi pegang duit banyak-banyak bagi memupuk semangat berjimat cermat disebabkan pada masa itu aku ibarat buluh yang masih mudah untuk dilentur dan dibentuk. Acehhh! So... so yang hanya termampu hanyalah membeli perfume Body Shop - White Musk botol kecik je.
Itu pun tak silap aku harga dia dah reach RM59 sebotol *Sabah/Sarawak* . Rasa payahlah nak beli dulu lebih-lebih lagi tinggal kat hostel. Duit habis tuk makan je. Sombong tak nak makan kat dewan makan alasan tak sempat. Haissshhh perangai!!! (insaf dengan diri sendiri)
Aku masih ingat lagi macam nie lah botol perfume tu. Kalau habis boleh refill. Wakaka!
Sekarang dah tukar botol dah. Tutup dia color putih dan color perfume oil dia pun tak kuning macam dulu.
So ditakdirkan kite suka kat satu mamat nie. Dia pun suka kat kite means kalau tepuk tangan ada bunyilahkan. Tak lah syok sorang-sorang. #Mampos! Sebab suka kat dia punya pasal, kite pun bagilah perfume nie kat dia dengan harapan dia pun suka ngan perfume nie jugak.
Hadoiii kalau aku ingat balik kesah tu boleh bikin pecah perut tauk! Sampai sekarang aku tak pernah dah guna mana-mana White Must perfume even brand lain sebab rasa macam mongok je. Kah3~ Eleh macamlah korang tak pernah melaui zaman cinta monyet. Aku rasa itulah kali pertama dan terakhir aku bagi perfume kat orang.
Hari tu Zaf tunjuk perfume Diesel kat Mid Valley. Aku tau dia suka tapi sebab tak nak ingat nostalgia lalu aku batalkan hasrat tuk belikan perfume tu tuk dia. Terpaksa cari benda lain untuk birthday present. Fehhh!
(_ _#)" <--- maafkan daku.
~WASALAM~
Thanks for reading this entry.
(kalau aku cakap entry nie aku reka-reka je korang hot tak? :D)
0 say you love me too:
Post a Comment