Saturday, March 17, 2012

I MISS YOU so much it hurts!

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, March 17, 2012
Assamualaikum & hai semua~

Alhamdulillah... Setiap hari dapat ditempuhi dengan jayanya walaupun akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai kerja, aktiviti dan macam-macam lagi. Tiba-tiba rasa diri ini semakin hari semakin tabah jadinya.
I give the air a little punch like a cheerleader!
#buat muka bangga!!! o(^_^)/" wihuu~

Macam biasa setiap hari Sabtu ada ko-k. So, tadi kitorang buat ulangkaji homenursing sebab tak lama lagi exam. Ntah kenapa tadi ngantuk aje sepanjang masa. Bila semua dah habis, cepat-cepat balik hostel untuk beradu. Semasa dalam perjalanan tu tiba-tiba dapat mesej dari adik.

This simple message is enough to make me smile! Adik aku bajet sweet tapi sebenarnya hari nie bukan birthday aku. HAHAHA! Dia salah. Dia salah... Aku reply gelak-gelakkan dia. 

So, dengan itu hati terdetik nak buat entry pasal dia. Ngeh3~ Johan satu-satunya adik kandung yang aku ada dalam dunia nie. Nama sebenar dia Mohd. Azrin. Jangan tanya aku kenapa tiba-tiba kitorang panggil dia Johan. Memang sangat terpesong dari nama sebenar. Setahu aku dia yang nak kitorang panggil dia macam tue dari kecil lagi. Sampai sekarang nama tu lekat. But mostly kawan-kawan dia panggil Joe aje.

Si bongsu bajet manja (_ _#)"

Dulu kecik-kecik ke mana jer ibu dan ayah pegi mesti dia nak ikut. Pernah satu hari tu ibu dan ayah ada hal penting. So, dia tinggal kat rumah. Punyelah dia nangis macam orang mati bini. Habis semua bantal dia baling. Time tue aku rasa nak cekik je supaya dia diam. Hahaha... Sekarang jer dia bajet cool skit. Bujang dah... 

Time nie dia ngan ibu yang hantar aku kat airport

Kami selalu berlumba-lumba siapa yang cepat tinggi. Aku masih ingat lagi kami selalu ukur tinggi kat dinding. Aku berdiri dia tanda guna pensel atas kepala aku then dia berdiri aku pulak yang tanda. Sampai sekarang kesan pensel tue kami tak padam. Kira banggalah aku dulu, sebab dia paras bahu aku jer. Then lama-lama dia tinggi mendadak macam pokok kelapa. =.=' Lepas tue dia berlagak layan aku macam adik dia. Dia suka tarik-tarik rambut aku saja buat aku bengang. >,<" 

Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa dia edit picture macam nie.T_T"

Mula-mula tue aku diam je tapi sebenarnya cari modal nak kenakan dia balik. Time dia mandi aku tiba-tiba off kan lampu lepas tu buat suara seram. Kah3~ Tak habis lagi! Bila dia keluar dari bilik air aku sembunyi belakang pintu dan sergah dia. Kelakar habis bila tengok muka dia terkejut. Wakaka. Lepas tue aku gelak kuat-kuat then terus lari sebelum dia sekeh kepala aku. HAHAHA! Suka.. sukanyeee~

Jangan cakap abang aku lagi hensem. Nanti dia kecewa. Wakaka :D

Gaduh macam mana pun kami selalu jugak main sama-sama. Kami selalu main "bunuh-bunuh". Biar aku terangkan cara nak main. Tehee~ Time dia tengah baring-baring aku akan datang tekup muka dia guna bantal. Lepas tue dia buatlah action macam orang lemas tak dapat oksigen. Pedahal dia nganga besar-besar tuk serap oksigen dari ruang-ruang bantal tu. Bijak bukan?! Tapi aku lagi bijak. Aku picit hidung dia dan tutup mulut dia sekali then cepat-cepat tekup muka dia guna bantal. Huh, benafaslah kau guna telinga kalau boleh. HAHAHA!

AMARAN: Children don't try this at home.


Kat KK sebelum esoknya dia kena fetch aku @KKIA

Ada lagi satu permainan yang kami suka. Main "geletek2"... Siapa yang boleh tahan geli paling lama dia yang menang. Weakness part dia kat leher. Senanglah aku nak menang. Ngeh3~ "Kesian deh loe!" :D Dia suka sangat selongkar barang-barang aku. Pinjam ini pinjam itu tapi tak reti nak letak balik. Masuk bilik aku tido atas katil tak reti nak kemas. Chek handphone aku lepas tue perli mesej-mesej aku dengan kawan aku. Of course dia tau lock code semua sebab sikit-skit curi kredit. (T-T)"

Serupa tapi tak sama. Wuek ;p

Ih! Ih! Tiba-tiba saya rindu sama kau!!! Damn I miss you so badly. Nanti lepas exam beli tix fly ke sini wokey. Kita main-main lagi... :') 
♥ ♥ ♥

~wasalam~


0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review