Assalamualaikum
Biarlah apa orang nak fikir pasal headline kali nie. Tapi serius mood macam agak emosional. Macam nak cerita semua perkara yang touching2. Tadi baru je belajar pasal home nursing dan dalam group tadi tiba-tiba rasa hiba. Mungkin suatu hari nanti boleh apply ilmu yang dipelajari pada keluarga sendiri.
Orang pertama yang terlintas dalam fikiran time tue nenek. Dulu masih kecik bila ibu dan ayah kerja, nenek yang jaga. Tidur pun dengan nenek. Cuti sekolah ikut nenek balik kampung tak nak ikut ibu. Pernah sekali tak ikut nenek then beberapa hari lepas tue demam. Sebut-sebut nenek sebab rindu. Lepas tue bila jumpa nenek rasa happy sangat. Bila tengah malam dahaga nak minum nenek jugak jadi mangsa mintak teman pegi dapur.
Orang pertama yang terlintas dalam fikiran time tue nenek. Dulu masih kecik bila ibu dan ayah kerja, nenek yang jaga. Tidur pun dengan nenek. Cuti sekolah ikut nenek balik kampung tak nak ikut ibu. Pernah sekali tak ikut nenek then beberapa hari lepas tue demam. Sebut-sebut nenek sebab rindu. Lepas tue bila jumpa nenek rasa happy sangat. Bila tengah malam dahaga nak minum nenek jugak jadi mangsa mintak teman pegi dapur.
Kat kampung. Penat cari gambar nenek. Baru teringat dulu pernah fomat phone dengan memory card sekali. Semuanya hilang :'(
Lepas STPM cuti panjang sangat. Ibu tak bagi kerja tuk cari duit. Ibu cakap ibu boleh bagi duit tapi duduk rumah je jaga nenek. Sepanjang masa bersama nenek. Hidangkan makan minum nenek sepanjang hari. Bancuh teh, buatkan susu, bagitau ibu nenek nak makan apa. Semua makanan yang nenek suka memang dah hafal. Sekarang saya dah dewasa. Nenek dah semakin tua. Nenek jalan guna tongkat. Dulu nenek pernah jatuh dan tak boleh jalan. Time tue baru sebulan duduk kat USM. Bila tau berita tue nangis sepanjang malam. Mata bengkak pegi kelas sampai semua kawan-kawan tanya sebabnya. Lepas Maghrib baca yassin, doa banyak2 mintak Allah pulihkkan nenek. Alhamdulillah sekarang nenek dah boleh jalan lagi.
Bulan lalu beberapa hari sebelum balik USM result keluar. Cek result guna SMS sebab tak sabar nak tunggu pagi esok cek kat Healthy Campus. Bila dah tau result cepat-cepat pegi bilik ibu. "Mey (singkatan mummy) result saya suda keluar. Saya dapat #>%^". Ibu datang dekat cakap tahniah, cium pipi dan peluk. Ibu selalu macam tue pedahal result bukannya cemerlang sangat pun. (_ _#)"
Lepas tue pegi cari ayah. Ayah tengok TV di ruang tamu. "Daddy tadi saya cek result. Saya dapat #>%^." Ayah hulurkan tangan dan cakap "Tahniah, anak ayah!" sambil senyum. Sama macam ibu, ayah pun cium pipi jugak. Dalam hati sedikit sebak "Result aku bukan hebat sangat pun". Tapi respon ibu dan ayah selalu macam tue. Tak putus-putus bagi semangat.
Esok paginya pulak SMS Tiqa bagitau result.
Dia reply: Tahniah! Get something as a reward to self! Hehe
Sebak lagi tapi tak nak dia tau. So end up SMS nanti mesej lagi sebab tengah busy. :')
Recently when my bestie heard bout my top secret, dan pada masa tue hati masih dalam dilemma untuk membuat satu keputusan yang sangat rumit, dia mesej: Whatever ur dcsi0n, u still hav my back. ein pkir la masak2 eh (^_^) Ill always supp0rt u yaa dear =)
I really appriciate bila dia cakap macam tue. Thank you so much! Tapi hanya termampu ubah topik perbualan sebab tak nak dia tahu yang saya sebenarnya terharu. T__T
Tadi masa nak dinner sempat SMS bestie sorang lagi. Lepas tue ngadu kat dia something. Then dia pun reply: Don't sad ya sis. I'm on your side even........
Touching lagi tapi cuba gelak-gelak dengan harapan dia tak tau kata-kata dia buat saya jadi kuat semula.
Mereka semua ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis
Sekarang saya taip entry nie pun bergenang air mata. Entahlah napa sebak sangat. Nasib baik roommate tidur awal. Kalau tak mesti dia tanya sebabnya. Roommate pun sangat baik. Kadang-kadang saya malas nak turun makan. Kalau dia beli makanan, dia akan ajak makan sekali. Saya cakap iya.. iya aje. Tapi masih sibuk depan lappy. Kalau tak puas hati mesti dia datang suap nasi beberapa kali. Cuba berlagak cool tapi dia tak tau hati saya rasa tersentuh. :')
Ya Allah terima kasih kerana pertemukan saya dengan mereka semua. Bukan mereka jer yang baik. Ramai lagi. Tapi tak terdaya saya cerita semuanya. Saya sayang mereka. Mereka VITAMIN saya. Mereka buat saya jadi kuat. Ya Allah sayangilah mereka melebihi saya menyayangi mereka. Amin~
Ya Allah terima kasih kerana pertemukan saya dengan mereka semua. Bukan mereka jer yang baik. Ramai lagi. Tapi tak terdaya saya cerita semuanya. Saya sayang mereka. Mereka VITAMIN saya. Mereka buat saya jadi kuat. Ya Allah sayangilah mereka melebihi saya menyayangi mereka. Amin~
~WASALAM~
0 say you love me too:
Post a Comment