Tuesday, March 13, 2012

Mati Itu Pasti

Sincerely love by EiNeZz at Tuesday, March 13, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi kat St. John Office tiba-tiba kami mendapat khabar bahawa mak kepada Dr. Najeemah telah pulang ke ramahtullah pagi tadi. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah semoga roh beliau di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin~ 

~Al-Fatihah~

Aku sempat menziarahi jenazah bersama Encik Sandra dan dua orang sahabatku. Sepanjang perjalanan aku senyap je. Tiba-tiba teringat saat aku menziarahi jenazah bapa kepada sahabat karibku sejak sekolah rendah lagi. Pada masa tue tak pernah ada pengalaman bagaimana rasanya melihat keadaan keluarga yang kehilangan orang tersayang. Aku pergi ke sana bersama teman rapatku, Zafliey.

Tatkala roh terpisah dari jasad (gambar hiasan)

Setibanya di rumah, perkarangan di penuhi oleh ramai jiran tetangga. Al-maklumlah allahyarham merupakan orang yang dikenali ramai. Kedatangan kami disambut oleh sahabatku. Dapat lihat dari raut wajahnya telah banyak mengalirkan air mata kesedihan. Suasana yang sangat asing bagiku. Aku dapat rasakan kehilangan itu teramatlah besar bagi mereka. Lalu kami dibawa melihat jenazah. Ku capai surah yassin dan ku sedekahkan kepada allahyarham. Dapatku dengar suara sayup-sayup dengan esakan tangis kecil sahabatku. Sungguh aku sebak. Ku sentuh tangannya andai itu bisa membuatnya berasa sedikit tenang. Tapi aku sendiri tidak kuat. Air mataku bercucuran juga. 

Saat jasad ingin dikebumikan

Tanganku menggigil. Bukan takut akan jenazah di hadapan tapi terlintas dibenak fikiran sekiranya aku berada di tempat si mati akan adakah orang yang sudi menghadiahkan bacaan yassin atau mendoakan agar aku ditempatkan dalam kalangan orang yang sedikit. Golongan sedikit itulah yang dijanjikan syurga. Ya Allah sungguh pengalaman itu menginsafkan. Lebih-lebih lagi di saat jenazah diusung masuk ke dalam kereta. Aku hanya berdiri kaku melihat orang lain berada dalam kesedihan. Aku juga terasa hibanya. Bibir tidak putus-putus ber-Istighfar memohon keampunan dan janganlah air mata kami membuatkan si mati berasa  tersiksa.

Hibanya turut terasa

Tiba-tiba tersentak dengan suara Zaf "Ein, peluklah Mai." Ku dekati sahabatku dan memeluknya erat. Dapatku rasakan betapa pilu perasaannya. Bagaimana aku bisa menyatakan supaya dia kuat sedangkan aku sendiri kehilangan kudrat untuk bersuara. Hanya doa ku pohon agar dia diberi ketabahan menerima ujian ini. Sempat ku kongsi pengalaman ini bersama Tiqa dan Ain. Masihku ingat kata-kata Tiqa "Orang yang rugi ialah orang yang tidak mendapat apa-apa iktibar dari suatu kematian."

Doa kepada-Mu ku pohon


Setibanya di rumah aku segera membersihkan diri dan menunaikan solat. Aku berdoa agar Allah tidak memanggil orang yang aku sayang di saat aku belum punyai kekuatan dan mungkin juga aku tidak akan pernah ada kekuatan itu. Cuma aku harapkan agar diberi ketabahan dan redha di atas segala ketentuan-Nya. Mungkin juga aku akan pergi terlebih dahulu meninggalkan insan-insan tersayang. Semoga kita mendapat sedikit kesedaran kerana hidup ini adalah sementara dan MATI ITU PASTI!


~WASALAM~



4 say you love me too:

Afiq Yassin said...

follow here.. nice blog
salam perkenalan dari Afiq

hit afiq here
http://afiqyassin.blogspot.com/

EiNeZz said...

thanks... i just followed ur site :)

N.A.M.N said...

trus teringat ayah praap.. sedih sgt..
huuu..

syg.. sya ada tag satu post untuk falihin ya..

ada masa nnti.. join ya.. ^^

EiNeZz said...

ok nnt sy join..

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review