Monday, March 5, 2012

Perasaanku dibuli Lagi!!!

Sincerely love by EiNeZz at Monday, March 05, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum...

Sebelum aku start membebel cakap yang bukan-bukan lagi bertubi-tubi lebih elok rasanya aku intro dengan sesuatu yang baik lagi mulia. Nak bagi tau hari nie aku pakai baju kurung ke kuliah. Yalahkan sebab nak menyokong 'Kempen Berpakaian Formal' tuk student school aku. So, inilah hasilnya. Sempat mintak tolong Cikgu Yana snap satu gambar sebelum meeting. Tengoklah baju kurung aku tue nampak besar. Dulu aku pakai ok je tapi bila pakai tadi... "Maigoddd! Kenapa dengan baju nie nampak besar." Baru aku teringat dulu aku gemok sebab berlebihan kasih sayang. Sekarang ada sedikit kurus lehhh! Sebab tue rasa macam pakai baju kelawar yang orang pakai time nak tido tue. (-.-)" zZzZ~

Aku ambil keputusan nak jual baju kurung nie RM20. Jenis fabric: Kain Sari & Songket. Jangan tiba-tiba inbox aku kat FB nak book baju kurung nie pulak sebab aku gurau je. HAHAHA!


Ok cukup dengan sedikit intro yang agak-agaknya boleh buat korang yang membaca tersenyum. Sekarang turn aku plak nak bising sikit. Tadi aku nak buat money transfer sebab hari tue aku mintak tolong kawan belikan tiket ke Kuching. Siapa kawan aku tue rahsia. Tak boleh bagitau sekarang sebab aku akan ada entry khas tuk diceritakan pasal kami berdua nanti. Tunggulah lepas aku balik dari Kuching. Sabar ya... Ok sambung cerita... Means aku nie tergolong dalam insan yang berhutanglah.. Kan.. Kan...
(_ _#)" <--- si miskin ini sedar diri jugak.

Dapat email dari Air Asia... Ada tiket murah sebab tue lah nak fly ke Kuching pulekkk!

Buat perangaiiiii... (>,<)"

Unfortunately / Unluckily, (teringat time darjah 6 dulu selalu guna words nie tuk buat karangan BI) kad aku balik-balik kene reject. Ntah ribut ke taufan ke apa jadi macam tue. Bukan satu mesin ATM je yang aku try tapi semua jenis mesin ATM telah menelan dan kemudiannya memuntahkan kembali kad aku dengan kejam. Dalam minda hanya terlintas ibu... ibu.. ibu.. nak ibu.. T__T

Call ibu cepat-cepat. Dialah ANTIBIOTIK paling kuat! :')

Ambil phone press speed dial 2. Nasib baik ibu cakap nak bank in kan duit kat akaun lain. Tapi bukan itu masalahnya. Nak urus pasal kad tue satu hal! Mungkin aku kene pegi branch utama. For sure-lah kan kena pegi time weekday barulah bank bukak. Setiap hari aku ada kelas wokey...! (T-T)" Terpaksalah rush nanti lepas kelas terus keluar. Plus semua kawan aku ada klas sampai ke petang pegi sorang-soranglah jawabnya. Jadilah aku si tabah yang berdikari atau dalam erti kata lainnya FOREVER ALONE! Ciss sebab kad nie punya pasal aku yang sakit hati. Aku yang marah-marah sendiri. Perasaanku dibuli!!! End up dengan ibu suruh Istighfar banyak-banyak dan bersabar. Kenapalah aku tak boleh jadi sepositif ibu?
(_ _") <--- si hamba yang melemah...


Al-Mulk pengubat segalanya... InsyaAllah~

Untuk kurangkan rasa perasaan dibuli aku tengok-tengok gambar sendiri  yang kurang siuman. Jangan jadi devil sudah!

Ok itu sahaja. Perlukan VITAMIN untuk pulih sepenuhnya. Selamat Malam semua. May Allah bless you bless us all. Amin~  :')


~WASALAM~


2 say you love me too:

LifeBouy:) said...

haii. follow kamu. btw, nice blog.
singgah ke bog sy pulak.

http://prefect-three.blogspot.com/

EiNeZz said...

ok then.. thanks :)

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review