Wednesday, April 18, 2012

Dalam Suka Ada Duka

Sincerely love by EiNeZz at Wednesday, April 18, 2012
Assalamualaikum & hai... hai... 

Macam cepat giler masa berlalu. Tup tup aku dah ada kat USM. Lately sangat busy dengan upcoming event dan meeting segala bagai. Nak cakap CEO tak jugak tapi kesibukan mengalahkan presiden. Aduyaiii~ =.='
Aku nak update sikit pasal perjalanan aku sepanjang menuju ke destinasi percutian pilihan iaitu SARAWAK~! :D

Aku sampai LCCT lebih kurang pukul 8 pagi. When I just touched down, I reached for Shah's number and texted her. Mengecewakan. Dia datang agak lambat. KL jam sebab ada accident. Wokey fine tunggu dengan sabar.


Duduk di ruang menunggu sambil pegang perut yang kosong. Lapar. T-T Kalau dapat makan breakfast set kat The Coffee Bean mesti bahagia. :D

Tapi bila dah tengok Royal Chocolate tiba-tiba melemah. Cancel breakfast set & pagi-pagi lagi minum Blackforest. Cream extraaa ye bang!~ (^^)v

 Sedap dan padat. Yummmeeyyy! :9

Jangan compare dengan Secret Recipe punya yo!

Eat slowly while waiting for Shah. Tiba-tiba dia text suruh tunggu kat Starbucks. (-.-)" 

Then bila Shah datang kitorang borak-borak kejap. We just meet for about 40 minutes coz she got something to do so she kinda rushed. Sebelum dia gerak dia belikan chocolate untuk aku dan Tiqa. Aku start dah nak sedih-sedih time tue. Aku sedikit terkilan sebab tak dapat bagi dia pape. Actually, nak jumpa nie pun sebenarnya last minute punya plan. Dia cakap dapat jumpa 15 minit pun jadilah. (T_T) Bikin touching.

Belgium & Italian chocolate recipe memang sangat perfect. Shah's taste awesome! :)

Beg basah sebab banyak sangat nanges lepas Shah dah gerak. Sedih sangat! Ntah bila lagi boleh jumpa. Cepat-cepat call mummy.

Ein : Ibu... Shah balik sudah. Dia ada hal so tepaksa pegi awal. :'(
Ibu : Dia sihat? Macam mana dia sekarang? Ada ambil gambar? Nanti MMS ibu. Lama sudah ibu dak tengok dia.
Ein : Dak sempat. Dia bagi saya hadiah. Saya sedih dak dapat bagi apa-apa. Kesian dia penat-penat datang tapi jumpa kejap jak. (suara terketar-ketar sebelum tersedu-sedan nanges T.T)
Ibu : Sudahlah jangan nangis. Tue la kalau kawan baik dengan kita, kita kena baik dengan kawan jugak.

Cukuplah! Aku tak sanggup sambung. Sebak tauk! 

She said sorry sebab bagi awal sangat. Aku bukak hadiah nie dalam flight. Aku makin sebak tak peduli orang sebelah aku tengok aku nanges.

Rasa perjalanan sangat jau. Akhirnya sampai jugak di Kuching.

Time nie rasa lega sikit sebab dah nak sampai. Tak nak sedih-sedih. :)

Bila jejak jer bumi Kuching aku terus call Tiqa. Dia sempat tipu cakap 1 jam lagi kene tunggu sebab kereta tak sampai lagi. Adoyaiii~ Rupa-rupanya dia dah dekat nak sampai airport. Masuk jer dalam kereta terus cakap hai hai dengan Joy. Tehee~ First time jumpalah katakan. Sebelum nie Tiqa bagi kenal via FB aje. Tapi Joy memang sempoi sama macam aku kenal dia dari alam maya. Wakakaka! Joy ko memang stayaq! :D

Cinggg!!!! Dalam kereta dah. Tiqa & Joy datang fetch. Time peluk-peluk Tiqa tiba-tiba rasa macam diri rendah sangat. (_ _#)"

See! Tinggikan dia. Dia bawak makan then jalan-jalan ke Boulevard & Spring. I tried Nasi Aruk & Tea C Bang for the first time. (^-^)

Tak puas hati nak amek pic sorang-sorang jugak supya tak nampak kerdil sangat. ;D

Tiqa guna voucher tuk beli semua novel nie. Untunglah kitorang ada minat yang sama. hik3~

Sebab terlalu bahagia amek picture tuk semua novel. wink3~ (^.~)v 

 Snap sekali lagi nak bagi tengok tanda bersukacita. ngeh3~

 'Where rainbows end' aku punye. Tq Tiqa... wihuu~

 Syukurlah tak jadi beli kat LCCT. Tiqa memang dah ada. So pinjam ajelah. Kih3~ Kawan kau memang heaven! ^__^

Nie pun dia punya. Suka sangat benda-benda macam nie. tehee~

Lepas penat berjalan, kami pergi makan ABC. Ini Tiqa punya. Boleh tahan jugaklah sedap dia.

Honeydew shake confirmlah aku punya. Favoritas! Nyummmeh~

Yang nie Joy's! Special punya... Makan dengan bahagia.

Dinner kitorang makan kat sini. Nasi ayam penyet. Ayam bakar dia power sedap! Cuma sambal dia ada sedikit pedas. Bukan. Banyak pedas sebab aku je yang peluh-peluh makan time tue. HAHAHA!

Wink3~ Gembira. Awal-awal cakap kat Tiqa nak makan kat tempat-tempat yang sedap. Akhirnya hasrat dipenuhi. Tq muah! muah! ^_^

Saat-saat macam nie buat aku sedar dan bersyukur sebab dipertemukan dengan insan-insan yang baik. Terima kasih semua atas layanan yang baik dan kegembiraan yang dikongsi bersama. #Tiqa bagi aku necklace ney!!! Kau ada? wuek ;p


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review