Sunday, April 29, 2012

Shopaholic!!!

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, April 29, 2012
Assalamualaikum dan salam sayang semua... (^_^)v

Minggu nie agak kalut dan sibuk dengan beberapa event yang bakal menjelang. Pada masa yang sama pun aku ada masalah tersendiri yang perlu diselesaikan. Aku kena pegi bank sebab tak dapat buat payment via online. Aduyaiii masalah. Nasib baiklah ada kawan yang sudi temankan aku untuk selesaikan semua perkara itu. Tapi sebab fingerprint tak dapat dikesan aku kena datang balik bawak surat bersalin beranak sebagai bukti kukuh aku nie tak menipu. Nape? Muka aku ada muka penipu kerrr? =.=' Hew~ hew~

Kebetulan pada masa tu aku ngan kawan aku nie plan nak cari mask untuk St. John Night Dinner nanti. So lepas kecewa dengan urusan bank yang tak habis-habis aku memujuk diri mencari mask di kedai-kedai hadiah dan mainan kanak-kanak. 

Kalau nak beli mask aku suggest beli kat sini and the price is quite reasonable

Setelah penat berjalan mencari mask untuk dinner kami pun bercadang mencari rezeki untuk melayan perut yang sedang kelaparan. Sebab aku tau kawan aku nie kalau bab makan memang no.1, so aku suggest untuk makan kat favourite eatery aku iaitu Old Town. wink3~ (^.~)v

Surprise!!! Ikmal in the house... :D

Bagi mengelakkan salah faham ini bukanlah date tetapi merupakan belas kasihan seorang sahabat menemani sahabatnya yang berada dalam kesusahan. Bikin terharu pulak! :') Macam dia tue bidadari bidadara yang turun dari langit. WAKAKAKA! xD

Berpuas hati dengan produk Toysrus tapi mask tak boleh tunjuk sebab dinner belom start lagi.

Ini merupakan menu yang dipilih oleh beliau. 
#panggil beliau sebab berjasa pada aku. kih3~

Kalau betul2 lapar aku boleh kenyang dengan makan nasi je. So aku pilih hidangan nie.

All time favorites

Penggemar cokelat harus merasainya.

Aku suggest amek blackcurrant instead of orange smoothie.

The real look.

Dumpling favoritas sepanjang zaman.

Nasi dia sangat banyak. Tak habis.

Perfect mini spring roll

Tadaa! Blackcurrant & Chocolate dah siap!!!

Tengok tue muka excited dia. HAHAHA!

Kembali bertenang. 1, 2, 3 snap.

Lepas makan, perut pun senang hati, kitorang pun pegi surau sebab dah masuk waktu. Mana boleh tinggal solat nanti Tuhan tak sayang. Kenalah ada rasa bersyukur sebab dah ada orang sudi belanja makan. Ngeh3~ Tipulah kalau tak bahagiaaaa... (^__^)  
*senyuman paling lebar kuberikan*

Aku kat luar fitting room. Stayaq tak?

Plan seterusnya ialah mencari baju dinner. Destinasi pertama kitorang Jefferson. Tolong Ikmal pilih2 kemaja mana yang sesuai. Aku tak banyak complain sebab aku lebih suka kalau dia pilih design yang dia suka. Then bila ada yang berkenan aku suruh dia try kat fitting room.

Sementara menunggu aku snap picture depan fitting room dia.

Akhirnya dia berpuas hati dan muka kegembiraan terserlah. Dia tak bagi aku amek pic kononnya tak surprise orang lain da tengok. Ok baiklah. (_ _#)"  
*menurut perintah*

Jacket ni lawa tapi mahal punya kes tak jadi beli. At least dapat try.

Kaciwa letak balik. Bayar dua kemeja tadi jer.

Begitulah kesahnya. Lepas tu pegi Nose cari heels tapi takde yang berkenan lalu hanya membeli heel grip sahaja. Nak cari baju aku pun tak dapat lagi sebab aku segan kot bagi dia tunggu lama time aku try2 baju kat fitting room. So tunjuk muka tak berminat aje untuk semua dress yang dia tunjuk. HAHAHA! Akhirnya kitorang balik dengan gembira sebelum meeting menjelang beberapa jam kemudian. (T-T)"


~WASALAM~


Thanks for reading this entry.

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review