Friday, March 9, 2012

Loneliness

Sincerely love by EiNeZz at Friday, March 09, 2012
Assalamualaikum... hai.. hai..

Aku kembali membingitkan suasana belog ini. ;D Tadi dapat mesej dari si bestie suruh makan sebab dia tau tengah malam aku selalu lapar pastu merengek-rengek mengadu lapar... lapar... Pedahal salah sendiri tak nak pegi makan. T___T Aku cakap aku dah beli banyak Mum's Bake. So kalau lapar tak perlu risau. Inilah rezeki yang aku miliki.

#p/s kalau awak baca belog nie dah tak perlu risau sebab stok cookies saya masih banyak lagi... wink3~

Kesian ini je dinner aku hari-hari. Si pemalas tak nak turun makan. 
(_ _#)"

Tadi lepas kelas aku rush pergi Queensbay Mall sebab ada urusan yang perlu diselesaikan kat Maybank. Since kawan-kawan lain sangat sibuk dengan hal dan kelas masing-masing terpaksalah aku si FOREVER ALONE nie keluar sorang-sorang. Kadang-kadang terlintas jugak difikiran nie betapa ramainya kawan yang aku ada tapi kalau nak keluar selalu tak berteman. Sadistic punya insan! Macam melukut di tepi gantang pun ada jugak aku rasa. Ciss!

Setelah urusan seri paduka selesai aku pun segera ke BG outlet. Alasan ke sana rahsia seri paduka so tak dapelah den nak bagi tau yo... Destinasi seterusnya mencari barang kat Memory Lane. Aku memang siap-siap buat online survey apa yang nak dibeli. So, bila dah sampai terus cakap "Miss saya nak yang nie, yang tue and renew card sekali." Setiba-tibanya miss tue bagitau "Kalau adik renew card sekali boleh dapat triple discount." Means 5% discount for all gifts dah jadi 15%! Mendengar hal yang menyenangkan hati itu aku  terus tersenyum gumbira dan akhirnya membayar dengan penuh berkeyakinan. HAHAHA!

Bolehlah comel member card baru nie tapi aku suka lagi design yang lama. T.T

Tiba-tiba aku terfikir nak beli face mist. Faham-faham jer lah kat Penang nie panas. Kulit muka jadi kering semacam. So, nak tak nak kene jugak beli benda alah nie. Haishhh! Kalau kat Sabah takde pulak kulit menggelupas ke apa. Tapi kat Penang nie bahangan dia power amat! Macam biasa sebelum beli aku buat kaji selidik sikit tengok review pasal face mist yang costumer selalu guna. Akhirnya aku decide nak beli BS punya product.

Jumpa jugak benda alah nie.

Then bila dah puas hati akibat segala hasrat telah tercapai aku pun pusing-pusing keluar masuk kedai. Kononnya nak cari sandal yang senang nak pakai pegi kuliah tapi takde yang berkenan. Mungkin jugak mood time tue rush nak balik sebab petang ada meeting so aku macam tak fokus sangat nak shopping. Tiba-tiba saudari perut berbunyi mintak diisi kerana sudah kosong tahap maksimum. Kepala time tu fikir nak makan kat Old Town. Kaki diatur menuju ke arah north lower ground floor. Bila sampai je aku tengok full giler!!! Sebab nak makan kat situ punya pasal aku tetap berdegil tak nak pegi eatery lain. So, aku sanggup tunggu sambil duduk-duduk kat bangku yang memang disediakan tuk public. 

Favoritas!

Aku suka makan kat sini sebab memang memenuhi citarasa aku. Al-maklumlah Asian Food katakan... Tapi makan kat sini macam nak duduk exam tau. Sebab apa yang kita nak makan, kene tulis sendiri kat form yang disediakan. Mula-mula tue aku tercari-cari manalah dorang letak pensel macam mana aku nak tulis. Sama jugak macam exam kalau takde pen macam mana nak jawab soalan. Kan? Kan? ngeh3~

Kene tulis kod betul-betul.


Dalam exam kalau kita tak jawab betul-betul macam mana nak dapat markah tinggi. Sama jugaklah kalau salah tulis kod, tak dapatlah makanan yang kita nak. HAHAHA! kih3~ Serius aku kusyuk tulis macam nak jawab exam... Kah3!!! 

See sama tak kod yang aku tulis...

Beverage pun sama. Old Town nie terkenal dengan white coffee. Tapi aku tak suka even Chocolate Freezy dia sangattt pahit. So, aku pilih Rose Float.

Tiba-tiba teringat kat Along sebab dia suka minum Pepsi Float :)

Then bila waiter dah ambil order, dia datang balik bagi resit nie.

Nanti lepas makan bawak resit nie ke kaunter untuk pembayaran ok! Cash only. Outlet QB tak terima kad segala bagai. Jangan tanya aku kenapa tapi tanyalah incik cashier.

Jeng! Jeng! Jeng! Sama tak dengan gambar? Daun pudina takde... ;D

Hainanese Chicken Chop Rice. Aku suka sebab tak pedas... Yummmeeyyy!!! :9

Mula-mula tue rasa macam tak cukup je. Nak add-on popia & karipap. Tapi bila teringat saudari lemak dalam badan semakin membiak hasrat terpaksa dibatalkan. Ih! Ih! Nafsu...!
(_ _#)" <--- si gemok kuat makan!
Tengok-tengok tak habis jugak. Perut dah tak muat. Hehehe~

Serius dah tak larat nak bagi habis. Kenyang gilerrr!

Lepas makan aku terus call delivery service untuk pick aku tempat yang dia drop tadi. Kat luar hujan lebat nasib baik bawak payung. Kalau tak basah kuyuplah jawabnya. Aku tak balik desa. Stay kat St. John office sebab petang ada meeting.
(-__-) <--- tiba-tiba melemah...

Cak! Satu untuk awak, satu untuk saya.

Bye~

~WASALAM~



3 say you love me too:

Anonymous said...

sweet..:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Rin Saharina said...

comelnyaa pillow tu ein :)

EiNeZz said...

kan!!! jom pakat beli ramai2 :)

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review