Thursday, February 23, 2012

When I was In Form 6

Sincerely love by EiNeZz at Thursday, February 23, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum and hi super cool readers


Di suatu ketika dahulu aku pernah berada dalam dilemma apabila aku harus memilih sama ada sambung belajar kat Nursing College ataupun Form 6. Cerita hidup aku time tue ala-ala The Road Not Taken. Aku yakin korang mesti pernah baca poem tue lebih-lebih lagi yang satu batch dengan aku time Form 4 dulu.

The road not taken

Bayangkanlah korang berada di antara dua persimpangan. Simpang mana yang korang akan pilih? Kanan? Kiri? Dua-dua simpang tue korang tak pernah lalui pun. Tak tahu di mana akhirnya, apa yang akan ditemui dan macam-macam lagilah kemungkinan perkara yang tak diduga akan berlaku. Susahkan nak pilih!

Aah aah yang mana? Kanan? Kiri? U turn?

Begitu jugaklah aku time tue. Yelah, nie kan perkara yang melibatkan masa depan. Kenalah pilih betul-betul. Mula-mula tue aku nak masuk Nursing College kat Pahang. Tapi parents aku plak nak aku masuk Form 6. Parents aku cakap, lebih dekat dengan rumah plus aku ada sedikit masalah kesihatan time tue. Lagipun kolej kan mahal. Kang aku jugak yang kene berhutang keliling pinggang. (_ _#)"

Time duduk-duduk dengan ayah dan ibu...

Ayah: Ein suda buat keputusan? Masuklah Form 6 ya sayang. Kalau sakit, kalau ada masalah senang ayah sama ibu tolong. Lagi pun Sekolah (nama dirahsiakan) selalu dapat STPM terbaik. Cikgu-cikgu sana bagus, berpengalaman. Nanti ayah belikan kasut sekolah Adidas ya. (Nada memujuk)


Aku: .................. (Aku diam jer. Masih berfikir. Tapi dalam hati berkata "Apa guna aku pakai kasut sekolah mahal-mahal kalau tak pandai.") (_ _")...
Kasut sekolah yang dimaksudkan ayah. Tapi aku cari-cari tak jumpa. =.='

Dulu aku ada sikit negative thinking pasal Form 6 nie. Aku terpengaruh dengan kata-kata orang yang kononnya Form 6 nie susah. STPM antara exam yang tersusah di Malaysia ke ntah apa dorang cakap. Dah lah kan aku tau otak aku nie tak berapa nak cair plus belajar pun ala-ala kadar jer. Maka semua ini membuatkan aku terrrrsangatlah risau. Tapi mungkin sebab doa parents aku berkat, Allah tolong aku buat keputusan dan akhirnya aku pun bersetuju.

Why STPM is awesome?!

Di sekolah baru...

Aku masuk kelas Geografi even ada cikgu cadangkan supaya aku masuk kelas pertama. Tapi bila aku tau kelas tue kene ambil subjek Sejarah, aku tolak mentah-mentah cadangan tue. Aku yang nak belajar so biar aku yang buat keputusan. Sejarah nie dari form 1 lagi aku memang alah. Aku lagi sanggup belajar Add Math. Owh lupa nak bagi tau sekolah baru aku nie memang tak menawarkan subjek sains untuk STPM. Kalau ada pun aku takkan ambil punyeee....

Shuffle Dance

Bila dah masuk kelas aku macam culture shock sikit. "Kelas ke apa nie? O_o" Aku tengok kat belakang ramai budak lelaki ber-shuffle. "Hah! Inikah yang ayah cakap sekolah cemerlang?". Mula-mula aku kekok. Tapi Alhamdulillah penerimaan kawan-kawan semuanya ok terutamanya kawan-kawan perempuan. Aku pun mulalah rasa happy belajar kat sekolah baru. :)

Nasib malang menimpa...

Satu hari nie ada senior lelaki tegur aku. Aku memang dah familiar dengan dia sebab dia berkawan baik dengan kawan aku Ija (kawan baik aku dari pra-sekolah). Dia memang selalu tegur aku jugak. Boleh dikatakan dia nie agak mesra orangnya. Nak dijadikan cerita, dia terkagum tertarik dengan jam yang aku pakai.

Senior: Eh, cantiknya jam kau. Unik! Boleh aku tengok.

Aku: (Aku tanpa ragu-ragu hulur jam aku bagi dia tengok.)

Macam nie lah jam aku. Tapi dah patah. :'(

Lepas tue dia pasang jam tue kat tangan dia. Tiba-tiba ada sorang cikgu lalu nampak jam di tangan then suruh kawan aku tanggalkan. "Maigoddd! PK HEM! Kawan ibu akuuu... Apasal jam aku kena amek?!" Senior aku tunjuk muka bersalah dan mintak maaf dan berjanji akan dapatkan semula jam aku. Aku tak marah tapi yang anehnya kenapa jam aku kene rampas!!!

Hari tue aku rasa aneh lagi bila ibu dan ayah yang datang jemput aku dari sekolah. Kebiasaanya salah seorang dari mereka jer  yang akan ambil aku lepas habis sekolah.

Dalam kereta...

Ibu: Apa yang jadi di sekolah tadi? Kawan ibu (cikgu yang ambil jam tangan aku) call tadi. Dia cakap Ein berkawan dengan budak yang paling nakal di sekolah. Lepas tue kawan ibu cakap lagi dak boleh pakai jam fancy di sekolah. Warna hitam dan putih jak boleh. Sekarang jam tue ada sama cikgu. Itu ibu dak peduli. Tapi kenapa baru masuk sekolah sudah buat hal nie?!!

Ayah: Belum sampai sebulan cikgu sudah buat laporan yang bukan-bukan. Berkawan dengan budak nakal! Carilah kawan-kawan yang bagus-bagus sikit. Di sekolah tue kalau ada apa-apa cikgu akan terus bagitau ayah. 

Aku: ........ (Diam... Satu patah tak terluah T___T")

Nasib aku kena mara tak macam nie

Setibanya di rumah....

Ibu dan ayah tak henti-henti torture. Pedih jugak telinga aku dengar... Aku cari timing yang sesuai kumpul kekuatan untuk bercakap.

Aku lagi sedih dari budak nie...

Aku: Iya saya tau memang saya salah. Saya dak tau peraturan sekolah dak boleh pakai jam macam tue. Tapi sebelum nie di sekolah lama tiada pulak masalah. Semua jenis jam boleh pakai. (Cakap  sambil nangis-nangis. Teresak-esak jugak aku time tue)Saya berkawan dengan semua orang. Budak lelaki tue kawan baik Ija. So, dia pun baik dengan saya, jadi kawan baru saya.... wuu~ wuu~ Manalah saya tau dia nakal ka tidak. Dia dak pernah pun buat jahat dengan saya. Saya kawan dia macam saya kawan orang lain. I'm a new student. I'm just being friendly... Tapi bila saya berkawan semua orang salah faham terus salahkan saya. Bukan ada di dahi dia ditulis "SAYA BUDAK NAKAL". Cuma tadi tue kebetulan jam saya dirampas time dia pinjam dari saya. Saya selalu tengok dia tolong cikgu angkat barang dengan kawan-kawan dia. T__T Nakal ka begitu??? (Terus masuk ke bilik sambung nangis atas katil)

Ibu saya sudah tidak marah lagi.. wink.. wink..

Serius sedih giler aku time tue. Aku tak tau apa motif cikgu tue call ibu aku sampai cakap macam tue sekali. Bila dah dengar semua penjelasan aku, ibu aku dah mula faham. Mungkin dia terlalu ikutkan emosi tanpa selidik betul-betul. Sejak hari tue ibu aku selalu tanya pasal kawan-kawan aku. Kadang-kadang aku ajak kawan aku datang rumah study sama-sama. Kalau korang nak tau senior aku tue dapat anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum. Itukah yang dikatakan sebagai budak nakal??? Bikin gwe pusing tauk!


Ok2 cerita aku dah habis... Moral value kepada bakal cikgu di luar sana, kalau kita rasa pelajar kita buat salah ke langgar peraturan sekolah ke, apa salahnya bagi warning dulu. Cakap elok-elok "Peraturan sekolah melarang menggunakkan jam/beg/kasut/ seperti ini. Seharusnya begini... dan begini.. bukan begitu dan sebagainya." Dan jangan senang-senang nak cop pelajar kita dengan gelaran yang kurang baik. Kesian tauk! >,< Ingat Tuhan sayangkah kalau kita buat macam tue?

~wasalam~


0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review