Alhamdulillah, baru sahaja sampai di rumah setelah sekembalinya dari rumah aunty. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemai perasaan kasih serta sayang kepada baginda Rasulullah S.A.W.
Basahkan bibir dengan berselawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dan mengamalkan sunnahnya di mana saja kita berada. Semoga kita mendapat keberkatan dan perlindungan daripada-Nya dunia akhirat. Amin~
Masih banyak kerja perlu diselesaikan. Mohon undur diri. :)
~Wasalam~
0 say you love me too:
Post a Comment