Friday, February 17, 2012

Tear Drops Not Blood Drops

Sincerely love by EiNeZz at Friday, February 17, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum & hello...

Tiba-tiba rasa dah lama tak update blog. Alhamdulillah result dah keluar. Macam mana usaha aku begitulah jugak result yang aku dapat. =.=' Entahlah tak tau nak cakap apa lagi. Bak kata Lisa Surihani dalam OMBAK RINDU "Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah". Aku part 'pasrah' tue lebih sesuai kot. 

Zack Zukhairi jangan marah aku curi dari fan page kau

Start study week baru belajar sedangkan orang lain awal-awal lagi dah baca buku. Time study week tinggal sorang-sorang kat bilik sebab roommate aku balik kampung. Bila aku boring aku text kawan-kawan. Then bila aku boring jugak aku keluar tengok wayang sendiri. Bukannya nak pikir belajar ke apa. Nota pun banyak tak lengkap. Pinjam kat kawan dengan niat nak photostat tapi bila dah dapat bukan nak baca pun. Baca 2,3 helai jer terus tolak tepi. Pasal carry mark jangan cakaplah. Sejak Sem 1 lagi aku selalu dikelilingi oleh coursemate yang otak profesor

Mereka berfikir seperti Albert Einstein!

Assignment dapat A, A- dan aku diam aje melihat gred aku yang bak kata owg puteh none other than B+ or B. Aku pun tak tau macam mana dorang boleh ada pemikiran kritikal sebegitu. Lama-lama otak aku pulak yang jam sebab terlalu banyak pikir pasal dorang nie. Lepas tue doktor pun cakap "Puan, anak puan kini berada pada tahap yang sangat kritikal". Hah! Ktirikal jugak tu kan. 

Macam nie kot otak dorang kalau tengah berfikir secara kritikal. KAGUM! :O

Setiap masa layan FB layan movie. Belajar pun atas katil then 10 minit je bertahan. Selebihnya 2-3 jam dipertaruhkan untuk melayan mata yang sememangnya malas melihat huruf dan nombor. Maigoddd!!! So tak payahlah nak nangis meraung-raung bila result sekadar cuma. (_ _#)" Tapi ada hati buat muka kesian depan daddy supaya dapat elaun lebih untuk balik nanti. Anak bertuah!

Perkara yang sangat sinonim dengan aku

Entahlah kenapa cara penulisan aku kali nie macam tawar sikit. Tak macam selalu (yang selalu tue macam hebat sangatlah konon!). Masa semakin bergerak meninggalkan si manusia yang leka. Pada masa yang sama semakin hari aku semakin sedih. Mana tak nya tak lama lagi aku balik Penang. Kalau dulu sedih tue sedih jugak tapi sebab fikirkan ramai kawan kat sana hati terubat jugak. Tapi kali nie aku macam berat hati je... Mak aihhh~ Aku taip entry nie pun mengalir air mata (T___T)"

Tapi kalau nangis mata aku tak secantik dia :'(

Bila dah balik ada beberapa perkara aku tak suka bila berada di sana:-

1. Queue bila nak beli makanan

Kalau q pendek takpe jugak. Nie dah la panjang, incik tokey kira punyalah lambat. Siap dengan kalkulator lagi. Tekan punya tekan, belek punya belek pinggan customer dah amek masa 2 minit. Bayangkan kalau aku orang ke-10 hampir 20 minit jugak aku kene beratur tunggu turn sampai. Kadang-kadang aku sanggup naik balik tak jadi makan sebab service punya slow tahap siput. Lepas tue paksa diri tidur supaya cik perut tak merajuk.

Kalau boleh aku nak cakap "Korang yang lain beli nasi putih je. Senang nak kira". KEJAM!

2. Susah nak download movie

Aku nie peminat setia movie series The Vampire Diaries. Setiap minggu aku akan tunggu episod baru yang keluar untuk follow cerita tue. Tapi bila dah sampai sana kadang-kadang eh salah selalunya link tempat aku download movie tue kene block. Punyalah sadistic perasaan yang aku alami time tue. Terpaksa tengok online itu pun kalau jumpa link yang free. Tapi selalunya nak loading sempat tunggu kucing bertanduk beranak tiga barulah boleh tengok full movie. =___= Lepas tue aku pun terkenanglah wifi yang laju macam halilintar kat rumah.

Boleh demam kalau seminggu tak tengok Damon

Ok, aku tau mungkin ada jugak yang meluat atau cakap "Eh, biasalah tue hidup sebagai pelajar. Kalau tak sanggup hadapi semua benda nie baik balik kampung tanam jagunglah!". Dan dengan rendah hatinya aku menjawab "Ok, baiklah saya faham =.=' ". Sob... sob..

Tapi... tapi mana boleh tipukan.. Kalau itu yang aku rasa maka itulah. Macam korang jugak bila crush ngan sorang perempuan ke lelaki ke. Muka boleh tahan punya slamba tapi dalam hati Tuhan saja yang tau. Contohnya, bila si jejaka betulkan kedudukan spek mata guna hujung jari je maka si peminat pun rasa dialah lelaki yang paling cool si peminat pernah lihat dalam dunia nie. 

Giler cool. Sumpah tak cari lain!

Kalau si gadis pulak, bila shawl dia terbang-terbang ditiup angin, maka si peminat nie pun berbunga-bungalah hatinya. Biarpun musim luruh tiba bunga tue tak reti-reti nak gugur. Bagi si peminat, si gadislah perempuan paling cantik dan ayu yang pernah dia lihat di alam semesta sehinggakan dia tidak peduli angin bertiup membuatkan kain sari Aishwarya Rai juga berterbangan macam dalam filem Mohabbatein. HAHAHA!

 Aishwarya Rai pun kalah!

Ntah la apa kaitan apa yang aku cerita nie. OFFSIDE! Ok, itu saja. Jangan ada hati yang terguris apatah lagi terluka. Jika ada jugak, 10 jari sudah tersusun di atas keyboard laptop nie tanda memohon kemaafan. Have a good day guys. May Allah bless you, bless us all. Amin~


~wasalam~


0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review