Saturday, February 11, 2012

Souvenir I Bought In Singapore

Sincerely love by EiNeZz at Saturday, February 11, 2012
Assalamualaikum, hai,  salam perpaduan dan salam 1 Malaysia...
Aceceh! Macam YB pulak aku nie kan... hahaha :D

Korang ingat lepas aku habis berceloteh pasal hari terakhir aku kat Singapore means semuanya sudah berakhirlah? Silap jika kalian berfikir sedemikian. Aku ada banyak benda lagi nak cakap. Dah penat-penat aku bagitau tempat-tempat yang best untuk beli souvenir tak kan la korang tak nak tengok apa yang aku belikan? kan? kan? Well bukan nak show off ok! Cuma nak berkongsi kegembiraan bersama kalian. ngee~

Actually aku tak lah banyak sangat convert duit. Cukuplah untuk hidup sehari dua kat Singapore tue. Itu pun aku beli sikit makanan untuk dibawa ke sana. Kesiankan. Ibu aku dah siap-siap bagi duit yang aku perlu convert dan duit belanja bagi aku meneruskan sisa hidup aku kat USM sepanjang study week dan exam. Tapi aku bijak you! Aku tak guna semua bajet yang dibagi tue untuk convert duit ke Singapore. Diam ok! Ibu aku tak tau. Aku ada plan cantik punya. Aku simpan sikit so bolehlah aku shopping kat KLIA nanti. Tinggg!!! Punya brilliant otak aku berfungsikan. Al-maklumlahkan aku nie mana ada side income. Jadi financial kenalah plan baik-baik. Tehee~

Lebih kurang macam nie lah doughnut yang aku beli. Panas-panas lagi.

Tapi aku selalu failed. =.=' Duit selalu tak cukup. Bukan apa, aku kuat sangat makan. Bila dah makan nasi kan... kan... Aku pergi lagi eatery kat sebelah tue jenguk-jenguk kalau ada doughnut. Kalau ada aku belilah tiga bijik then sebab aku nie agak tamak, aku grab lagi satu kek coklat. Hari-hari kot macam tue. Bila malam menjelang pulak, aku sanggup turun pergi 7E dengan kawan aku semata-mata nak beli coklat je. Ye lah boring jugak kalau stay up tapi takde benda yang dikunyah. So, jangan heranlah kalau saiz badan aku boleh compare dengan Winnie the Pooh tue. (_ _#)". 

Coklat yang kawan aku kata "Eh bukan jenama sabun ke?" (_ _#)"

Then bila aku sedar duit aku dah tinggal beberapa keping je, aku text ayah aku.

To: Beloved Dad
Daddy saya tiada duit sudah. Saya makan banyak. Daddy tolong bank in kan sikit boleh ka? Tapi jangan bagitau mummy. :'(

Then ayah aku pun reply:
Ok sayang. Berapa?

Aku reply lagi:
Brapa2 jak lah yang penting ikhlas :) (aku saja cakap macam tue bikin ayah aku terharu. HAHAHA! Sebab aku tau biasanya amount yang dia bagi tak akan mengecewakan. hehehe~)

Macam tue lah aku selalu text ayah aku. Setiap words ejaan dia full. Tau lah beliau2 mana nak faham short form semua nie. Basically, aku panggil ayah aku "ayah" but when it comes to nak memujuk or something yang memerlukan bantuannya aku ngada sikit manja-manja panggil "daddy". Maaf jangan menyampah. (T__T)"

Kes aku hilang duit beberapa hari sebelum pergi Singapore belum masuk lagi. Nanti aku update kat entry baru pulak. Bagi ingat tau! Kang aku lupa korang jugak yang kesian takde bahan nak dibaca. lol xD Cerita yang penuh iktibar aku rasa. Eh2 aku rasa dah offside lah. Patutnya aku bagi tengok sourvenir yang aku beli.. kan.. kan... Ok2 sila lihat di bawah ini:

Serupa tapi tak sama. Cari perbezaan kalau jumpa aku bagi Dove Chocolate. Eh yang angry bird tue sekadar hiasan sahaja. ngeh3~

Ntah macam mana muka adik aku boleh sesat dalam frame magnet tue. HAHAHA!

Barang-barang nie yang aku paling sayang. Aku beli kat USS

Untuk kawan-kawan :)

Rehan, Ayu, Huda, Farah dan As yang punyeee~

Comelkan... Lebih-lebih lagi pen Shrek tue!

Actually banyak lagi tapi separuh dah aku bagi kat orang yang bertuah. Hahaha.. Ikutkan hati aku nak belikan untuk semua orang. Tapi faham-faham je la erk currency kat sana tinggi. :( maaf semua... wuu..wuuu~

Bertambah koleksi peti sejuk ibu aku. eheh 
#pedahal yang tak cantik aku remove bagi tengok yang lawa je. ngee~


Then kat KLIA aku beli body mist. Susah nak jumpa outlet Victoria's Secret kat Penang.
#bila sampai rumah yang PINK tue kene rembat =.=' bagi aje lah...


Itu saja buat tatapan kalian semua. Terima kasih dan semoga terhibur. Terhiburlah sangat... Hehee~

~wasalam~



5 say you love me too:

N.A.M.N said...

falihin dear!! best r dpt pgi singapore.. mesti byk shopping kan?? tak mahal meh??? hehehe..

syg.. sya ada tag sesuatu untuk satu segmen.. kalo ada masa.. try ikut yah.. ^^ =)

EiNeZz said...

currency sana tinggi.. =.='
tak boleh shop banyak sangat.. duit pun tak banyak.. :(
x pe lah ada rezki pegi lagi... hehe

ok2... nnt sy free sy follow.. tehee~

Anonymous said...

yg shrek tu lawa la..untung sape dpt..uwaa..uwaaa

guest said...

hihi

guest said...

hihi

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review