Thursday, February 9, 2012

Dinner at Singapore Day 2

Sincerely love by EiNeZz at Thursday, February 09, 2012

Assalamualaikum... hi beauty... hello handsome!!! (^__^)"

Jumpa lagi!!! Tehee~ Entry nie bukan pasal hari ketiga kat Singapore. Tunggu aje nanti aku update ya. Tapi aku nak cerita pasal benda lain dulu. So jom layyannn~ 

Malam hari kedua kat Singapore aku dinner dengan kawan-kawan kat McD. Macam biasalahkan aku selalu order Quarter Pounder and since aku tak layan sangat minuman berkarbonat nie so aku pesanlah air Milo. Kang kalau aku paksa diri minum Pepsi pengsan pulak aku tengah jalan. Aku akan pening lalat minum benda alah macam tue.

McD outlet

Quarter Pounder

Iced Milo

Selalunya sebijik burger sudah cukup buat aku rasa kenyang. Kalau nak makan ayam jangan tanyalah, aku tak seberapa suka. Eh2 jap nak bagitau something... merata tempat yang aku pergi KFC lah susah sangat nak tengok oulet dia. Ok itu je aku nak cakap. Nak dijadikan cerita lagi... bila aku da dapat burger, aku cepat2 pergi ambil sos. Ada ditulis kat situ 'chili sauce' dan 'ketchup' then aku ambil dua-dua. Tekstur kedua-duanya agak berbeza dari yang biasa aku tengok dan secara automatiknya otak aku mentafsirkan bahawa rasanya tentu berbeza. Tinggg!!! Bijakkan otak aku? hehee~ #muka macam mintak tampar.

Dilimpahi dua perisa sos

Dapat je tempat duduk mulalah aku dengan penuh semangatnya membubuh sos tadi di antara lapisan sesame bun tersebut. Sejurus suapan pertama telingaku menderau bukan sebab pedas tapi masam. Kedua-duanya masam. Hilang selera aku sebab awal-awal lagi terbayang rasanya mungkin lebih awesome tidak pun taklah jauh berbeza dengan McD yang aku makan kat Malaysia. Masa tue jugak dengan setiba-tibanya aku rindukan Malaysia. Aku tau Malaysia dan Singapore bukan jauh sangat pun tapi... tapi... bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri" tetap jugak aku pilih negaraku yang tercinta. Patriotiknya... (^^)v

Proud to be Malaysian :')

Tapi sebab lapar sangat dapat jugak aku habiskan. Milo dia pun masalah... kurang ais... rasa dahaga di tekak nie macam tak hilang. Nasiblah bajet menu malam tue tak mahal sangat dalam $7.60 lebih kurang RM18. Bila dah convert baru rasa tak berbaloi. Ciss! =.=' pedahal kira boleh dah makan sepinggan spaghetti Kenny Rogers kalau kat Malaysia (exclude tax + service charge + no beverage). HAHAHA!

Exclude the Fruit Jelly Delight

Eh2 jangan salah faham. aku tak salahkan dorang pun. Dah memang citara orang kat sana macam tue kan. Biasalah lain tempat lain lah cara dan budayanya. #tiba-tiba berfikiran positif

Sebenarnya malam tue pun kami jalan-jalan beli souvenir kat Bugis Street. Agak berpatutan jugaklah beli barang-barang kat situ tanda kenangan kat Singapore. Sebab tue lah aku beli sampai 22 bijik key chain sekali. HAHAHA! Selebihnya aku hanya mampu berdiam diri cari tempat duduk sebab dah tak larat berjalan. Apa tak nya main kat USS dah 9 jam. Giler ke tak penat? Kaki bangku batu ke apa.. (?_?)"

They sell everything here

From shoes, to hats, accessories, and clothes, name it, they have it all.


Actually, I got all the photos via Google except the one "aku yang agak kebulur". (_ _#)"

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Have a nice day darlings! (^_^)v
~wasalam~

0 say you love me too:

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review