Assalamualaikum dan hai... hai semua~
Alhamdulillah aku selamat sampai di Penang, Ahad lalu yang jatuh pada tarikh 19 Feb 2012. Aceh macam pengumuman tengok anak bulan untuk raya pulak. ;D So, sebab aku rasa lama dah tak update blog kali nie aku nak cerita sikit pasal perjalanan aku sepanjang ke USM.
Masa nak balik tue Tuhan jer tau betapa sedihnya aku hamba-Nya yang kerdil ini kerana terpaksa meninggalkan orang yang aku sayang dan insan-insan yang aku cinta. Aceh geli jer jiwang...Ayah tak dapat hantar sebab ada golf tournament. Ibu dan adik aku Joe jer yang hantar aku ke airport.
Disebabkan flight aku seawal 8.45 pagi so kami pun bertolak awal dari rumah. Lepas salam ayah dan abang kereta ibu terus memecut laju. Agak sedih jugak aku dalam kereta time tue. Ntah kenapa kali nie aku tak berebut ngan adik aku tuk dapatkan seat depan. Pasrah aje. Menyerah!
Nie adik aku yang tak seberapa nak comel. Tapi muka dia sama dengan aku =.=' Aku curi pic nie dari FB dia. Ntah napa hati dia banyak sangat taman sampai edit pic girlish macam nie. (_ _#)" ~anak manja~
So nak dijadikan cerita bagi mengelakkan diri aku terlalu sebak, aku kira berapa banyak kereta yang ibu aku over take sepanjang perjalanan. Setiap kereta yang tinggal kat belakang aku akan kira kuat-kuat sampailah kami tiba di airport. Handal jugak ibu aku bawak kereta sebab jumlah kesemuanya 11. HAHAHA!!! Mummy... mummy you should read this entry. Saya puji mummy nie di blog saya. tehee~
Setibanya di airport...
Perkara pertama aku buat sebelum check-in amek pic dengan ibu. Pura-pura senyum maka mata bengkak semalaman nagis (@.@)"
Kali nie aku naik 3 flight. Gilerkan! Sebab nie je yang murah. Aku tak tau napa tiket direct ke KL lagi mahal. So aku kena transit kat KK then fly to KL then fly again to Penang. Penat tauk! (>,<)"
Lepas tue bila nak masuk departure hall aku pun nangis salam dan peluk ibu aku. Aku cakap aku tak nak balik. Pedahal sebelumnya aku gelak-gelak sakan dengan adik aku macam orang kurang siuman. Bila ingat balik sedih pulak. Bikin rindu! Time queue, aku lambai-lambai ibu aku sampailah masuk dalam pesawat.
Seat aku dekat tingkap. Happy lah sebab boleh tengok-tengok bawah. Time nie nak berlepas dah meninggalkan aiport Tawau. Aku snap2 picture banyak-banyak nak bagi korang tengok apa yang aku tengok semasa dalam pesawat :)
Semakin lama semakin tinggi dan pemandangan semakin menakjubkan. HAHAHA!
Tengok saya duduk dekat awan. Time nie aku sibuk teka-teka nama awan. Al-maklumlah bakal cikgu Geografi... hehee~
Wah, cantikkan! Macam nak baring-baring bergolek atas awan. Siapa hati suci macam Goku bolehlah duduk atas awan. Tak jatuh punyeee... ngeh3~
45 minit kemudian kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Aku merayau-rayau kejap sebelum masuk departure hall. Aku jumpa McD, Dunkin Donuts, Old Town, KFC dan Asian Food Delight. Tapi semua tue tak membuka selara makan aku. Plus time tue aku tak lapar lagi. So aku terus masuk ke departure hall supaya nanti aku tak kelam kabut sangat sebab next boarding time 12.45. Sejam kemudian aku ditakdirkan lapar. So merayau-rayau lagi nak cari tempat makan. Dalam kepala nie nak makan burger. Tapi kat dalam tak banyak pun tempat makan yang best2.
Marrybrown
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk makan kat Marrybrown sebab tertarik tengok menu baru dia kat poster. Cari punya cari barulah jumpa Marrybrown kat hujung dunia. Punya jauh dari pintu gate aku ibarat dari utara ke selatan T__T
Mountain Dew. Bila dah bayar baru aku sedar "Maigoddd! Aku lupa suruh dia tukar drink". Berserah harap-harap tak pening dalam flight nanti.
Sebab ada tulisan cina aku cek balik. "Eh2 betul ke halal nie". HAHAHA! Bongoks!
Nie dia Fortune Burger. Rasa dia ala-ala Prosperity Burger McD yang dilimpahi black pepper sauce yang mencurah-curah. Aku kepedasan!
Bila dah kenyang, aku cepat-cepat pergi ke pintu gate takut tinggal flight. Macam sarat giler perut sebab sebijik burger sampai aku berjalan pun macam kura-kura lambatnya. HAHAHA! Dah lah jauh. Aku plak sempat lagi singgah-singgah masuk kedai Barbie & Dooodles tengok-tengok apa yang patut.
Mee ayam, cake ape ntah, kit kat, mineral water dan jus orange yang belum sampai
Dalam flight makan lagi. Steward kali nie hensemmm! Die tanya aku nak makan apa. Sebab dah boring makan nasi, aku pilih la mee ayam. Ermmm rasa dia bolehlah! Aku bagi 6/10. Tapi sebab steward dia hensem dan layanan sangat baik, aku +2 jadi 8/10. Tak fair betul kalau ada judge macam aku nie. Kah3~
Budak baik kemas elok-elok lepas makan
Lepas makan aku siap-siap kemas. Sebelum nie aku failed pasang cover tue balik. Selalunya orang sebelah aku yang akan tolong. heheh~ Tapi kali nie aku buat bersungguh-sungguh nak impress-kan incik pramugara. wink3~ So bila dia datang nak pungut sisa-sisa makanan, mesti dalam hati dia cakap "Baguslah adik nie senang kerja aku". Manalah tau tiba-tiba dia mintak number aku kan... HAHAHA! Ok itu over gediks!
Safety Information
Kami melalui keadaan cuaca yang kurang baik. So kene duduk elok-elok pasang seat belt. Disebabkan keadaan pesawat time tue kurang stabil, aku pun tiba-tiba terfikir macam manalah agaknya kalau kapal terbang nie tiba-tiba mendarat di Laut China Selatan yang luas terbentang tue. Time stewardess tunjukkan cara pakai life jacket mana pernah aku nak focus sebab sibuk baca paper.
Baca dengan tekun
So, aku pun ambillah safety information tu baca dengan tekun dan hafal betul-betul macam nak duduk exam. Manalah tau kalau ada apa-apa yang berlaku boleh aku selamatkan diri dan cepat-cepat keluar dari pintu kecemasan depan aku. Ngeh3~
Tapi incik pilot memang hebat. Kami selamat mendarat di KLIA seperti yang telah dijadualkan. Aku keluar dari perut pesawat pukul 3.20 petang. Lewat sangat sebab tunggu orang lain ambil barang =.=' Ingatkan sampai airport nanti bolehlah rush ke surau tuk solat. Tapi bila cek next flight, boarding time 3.40 petang. Maigoddd! Berlari-lari aku dibuatnya nasib pintu gate tak jauh. Bila masuk jer tak sempat nak duduk lama dah calling suruh masuk. Bagilah aku bernafas dengan normal dulu... Hadduyaiii~
Jeng! Jeng! Jeng!
Time masuk tue, aku rasa macam aneh sikit. Nape pesawat kali nie macam cantik semacam jer. Macam baru. Ke aku jer yang jakun kot. Bila da duduk tue aku pandang depan "Eh sejak bila ada benda alah nie?!".
See! Cantikkan. Dapat seat dekat tingkap lagi. Fly to Penang.
Sejam jer perjalanan so menu jus pink guava dan salted peanuts jer
Part landing-lah aku paling suka sebab macam meluncur dalam roller coaster. Tapi taklah semenakutkan macam naik roller coater kat USS tue. (I'm not sure if 'semenakutkan' is really exist in Kamus Dewan. Just that I don't have a word to say 'as scary as' in bahasa). Setibanya aku di aiport, aku rush beli tiket dan naik teksi menuju ke Saujana. Alhamdullilah!
Ok itu saja. Terima kasih kerana sudi singgah di belog saya yang sekadar cuma ini. Have a nice day ahead kawan-kawan.
~Wasalam~
2 say you love me too:
interesting2x..:) saye tk penah rase naik flight..(jeri) anyway..you are a strong girl friend... :)
Hehe... jeri comel.. x pe nnt ade tix murah kita ramai2 fly ke Sabah. k ;)
Post a Comment