Friday, February 10, 2012

Holiday in Singapore Day 3

Sincerely love by EiNeZz at Friday, February 10, 2012
Assalamualaikum & hi sayangs :)
How are you doing? I'm back here with new entry on my third day in Singapore. Wink3~

Awal pagi kami bertolak dan Pasar Geylang Serai menjadi destinasi pertama. Emmm... eeemmm tak tau nak cakap apa sebab bagi aku tempat nie tak lah best sangat. Kalau nak beli barang macam tudung, telekung atau baju-baju perempuan tue bolehlah sesuai shopping untuk Hari Raya. Sekali pandang suasana rasa macam kat Malaysia and most of the stuff there you can find in Malaysia. So aku tak beli apa-apa pun sebab kat Malaysia lagi murah. Ngee~ Tapi ada jugak barang yang lagi murah kat sana. Cuma masalahnya takde barang yang aku berkenan... hehehe...

Seni bina yang unik

Kat Geylang Serai nie kan banyak jugak kedai-kedai makanan Melayu. So boleh datang sini kalau nak try makanan Melayu masakan orang tempatan. Macam biasa aku suka makanan yang berasaskan gandum macam tue so aku pun order lah Roti John. Roti John dia agak unik sikit tak sama dengan yang pernah aku makan. Rasa pun oklah... bolehlah aku bagi 6/10... HAHAHA! Aku ada try jugak laksa Ain dan nasi ayam penyet Along. Makanan kat sini pun agak murah dan mungkin masih sesuai dengan selera orang kita walaupun ada sedikit perbezaan dari segi cara penyediaan dan rempah ratus yang digunakan. Ishh! Macam skema punya bahasa ingat nie rancangan memasak ke??? (_ _#)" 

Masjid Sultan Singapore

Lepas dah habis makan dan semua orang dah kenyang, kami pergi plak ke Arab Street. Banyak jugak benda-benda yang unik kat sini kalau nak beli terutamnya kain ela untuk buat baju kurung. Lawa-lawa tapi agak mahal. Kalau mak-mak yang shopping sesuailah kot. Tak pun orang yang nak beli kain untuk buat baju pengantin. Kat sini aku jalan-jalan je sampailah kami terjumpa dengan tempat aku bergambar kat atas tue. Hah kat situ banyak barang souvenir yang berpatutan untuk dibeli. Masi boleh bargain lagi tuk dapatkan best price. 

Berjalan dengan penuh gembira di sepanjang Arab Street

Kalau di negara orang tepi jalan pun boleh jadi tempat posing
#facepalm

Aku rate 10/10 tuk Singapore, Sarah dan Huda bagi 5/10, Yani dan Huda lagi satu 4/10, Mira 2/10 dan yang lain tak nak undi. HAHAHA! #See aku dah start nak merepek =.='

Sedih! Shopping complex nie kosong takde orang sebab Chinese New Year

Cari aku kat mana? Kalau jumpa aku bagi Dove Chocolate satu!

Akibat tidak tahu apa yang ingin dilakukan

The world's largerst Giant Obsevation Wheel

Jeng! Jeng! Jenggg!!! Inilah masa-masa yang dinantikan. Akhirnya sampai jugak kami ke Singapore Flyer. Kalau tak silap aku harga tiket dia dalam $20+++ kot tapi kami hanya perlu bayar $10 aje. Best kan? kan? kan?! Untunglah jadi Saujanarian macam kami nie asyik-asyik kene sponsor. Saudari Bendahari terima kasih! tehee~ :) (mesti saudari tengah senyumkan baca entry nie. hik3~)

Semasa dalam perjalanan nak naik flyer

Tengok betul2 ada tudung saji dan besen kecil yang mak2 selalu guna kat dapur. Hehe~

Motif posing tidak dikenalpasti

Panorama di atas Flyer
#sangat cantik sehingga boleh membuat kita terpegun dan terpesona

Akibat kegayatan yang Yani alami aku selalu takut-takutkan dia. Hah! hah!
#pada masa tue aku memang ditakdirkan menjadi jahat khas untuk dia


Memang puas hatilah dapat naik flyer tue. Nasib baik dah nak sampai baru hujan turun. Kat atas tu sempat lagi aku berperangai buat-buat excited sambil cakap "Eh2 korang tengok tue KLCC boleh nampak dari sini!". Ada jugak yang respon "Betul ke? Mana? Mana?". Lepas tue aku gelak-gelak aje. Hik3~ 

Destinasi seterusnya ialah China Town. Aku takde gambar nak tunjuk. Kalau korang rajin Google aje lah ye. Orang lain da pergi shopping happy2 aku stay dalam bas sebab tak larat. Perut buat hal pulak... Sakit T____T Lebih kurang sejam lebih yang terakhir barulah aku pergi tengok-tengok barang dan beli sedikit souvenir. Harga agak murah dan banyak pilihan jika dibandingkan dengan tempat lain. Sebab tak jumpa kawan-kawan lain I jalan sorang-sorang you! Tapi jodoh kami panjang akhirnya bertemu kembali dan shopping bersama-sama. wink3~

See! Punyalah baik hati aku sanggup Google kan untuk korang jugak.

Di sepanjang jalan tepi menepi tue lah banyak jual souvenir

China Town menjadi destinasi terakhir untuk kami. Lepas semua dah puas hati dapat shopping, kami balik menuju ke tanah air. Bila sampai kat Johor, kami berhenti untuk singgah makan dan solat. Sekali lagi dinner kami di sponsor. Selamat duit RM aku. Bolehlah aku gunakan duit tue untuk tengok wayang pada keesokan harinya dan shop kat KLIA nanti. HAHAHA! Dah lah lapar tahap Doraemon, hidangan makan malam bermacam-macam lauk pauk pulak tue. Memanglah rasa macam heaven. :D Siap tambah nasi lagi. ngee~ 
#aku memang kuat makan (-_-)"

Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai ke Penang. Then aku pack barang-barang sebelum terbang ke Sabah... Begitulah pengembaraanku di negara orang. Semoga semua terhibur dengan info yang aku sajikan. Tehee~ Itu saja... Salam rindu, salam sayang. Saya Falihin melaporkan dari Negeri di Bawah Bayu.


Adios Amigos
~wasalam~

1 say you love me too:

MIS said...

cool la...teringin nak p sana da ni..!!

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review