Sunday, February 12, 2012

Kenapa Perlu Tinggal di Asrama

Sincerely love by EiNeZz at Sunday, February 12, 2012
Reactions: 
Assalamualaikum dan hai semua... :)

Aku tiba-tiba terfikir nak buat entry nie. Al-maklumlah sekarangkan awal tahun. Ramai adik-adik yang baru mendaftar masuk sekolah berasrama penuh ataupun MRSM. Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya melangkah ke alam persekolahan baru. Saya? Ye lah kan nak ucap tahniah mestilah sopan sikit bahasakan diri sebagai saya. tehee~

Congrats adik-adik!!! :)

Teringat pulak aku form 1 dulu masa baru nak mendaftar masuk sekolah berasrama penuh. Macam-macam perasaan ada. Lebih-lebih lagi pertama kali tinggal berjauhan dengan family. Aku nie bukannya pandai sangat pun sampai dapat masuk sekolah berasrama penuh. Cuma mungkin dulu aku pantang makan semut so otak aku nie bolehlah berfungsi dengan betul sikit. Apa tak nya bila aku tengok je semut lalu, aku memang takkan sentuh makanan depan aku tue. Pedahal semut tue nak lalu je atas meja belum sempat pun menjamah makanan yang aku nak makan. Tapi sebab taksub dengan kepercayaan nanti terus jadi bodoh, aku pun berpantanglah makan makanan yang "jika semut melintas mendekatinya, maka janganlah engkau menjamah makanan tersebut". Itulah hipotesis yang aku cipta semasa berada di darjah enam dulu.

Say NO to semut!

Dari pengalaman aku ada baiknya jugak duduk asrama nie. Teruskan membaca points aku kat bawah:-

Kebaikan tinggal di asrama:


1. Melatih diri berdikari

Usaha tangga kejayaan :')

DULU aku mana reti nak basuh baju sendiri nie. Semuanya aku belajar kat asrama. Masa nak basuh baju, aku saja-saja sibukkan diri pedahal aku jeling-jeling kawan sebelah macam mana cara dia basuh baju. Dicampur sabun dalam sebaldi air then selamkan baju dia bagi basah pastu berus. Aku pun buat jugaklah benda yang sama. Tapi part berus tue aku failed. Tangan aku luka, calar balar sebab berlaga dengan kain dan berus.

Lepas tue bila aku sorang-sorang kat bilik aku pun menangis bukan sebab sakit je tapi aku sedih mengenangkan nasib kene buat semua kerja nie. Aku rasa macam Cinderella yang kena dera oleh mak tiri. T___T. But practice makes perfect! Akhirnya aku berjaya jugak membasuh baju dengan cara yang betul. Aku tau macam mana nak kilatkan kasut leather. Tak payah minta tolong ayah buatkan. Aku reti macam mana nak kemaskan cadar lepas bangun tidur. Nak gosok baju pun dah reti. Tak lagi nangis call ibu mengadu "Napa setiap kali saya gosok baju tetap kusut jugak? sob... sob :'( ".

2. Boleh jadi berani

Awak ingat saya budak kecik saya tak berani ke?!

DULU aku tersangatlah penakut. Aku pun tak tau mana dapatnya ilham jadi penakut nie. Kalau nak mandi mesti nenek aku yang temankan tunggu kat luar sambil buat apa yang patut. Kalau tak dengar suara nenek, mesti aku panggil-panggil nak dengar respon dia, tak pun aku akan cakap "Nenek buatlah kerja sambil nyanyi-nyayi saya takut". Tapi bila tinggal kat asrama perasaan takut tue hilang serta merta.

Tersebutlah kisah pada suatu malam aku ditakdirkan berasa sangat dahaga. Aku pun mengambil keputusan untuk ke dapur mencari sesuatu yang boleh membasahkan tekak. Rupa-rupanya dalam diam ayah aku memperhatikan tingkah laku aku. Ayah cakap "Sekarang anak ayah dak penakut macam dulu". Eh2 iya lah aku baru perasan! Pada masa tue aku hanya mampu tersenyum melihatkan dua biji gigi arnab yang besar.

3. Berkepimpinan

Sebagai ketua saya nak awak semua ikut arahan saya. Faham!

DULU aku nie manalah ada jiwa kepimpinan sangat. Nak arah-arah orang mana berani. Tapi kat asrama pernahlah jugak aku jadi pengawas dan AJK rumah sukan Merah (Magnesium aku masih ingat lagi namanya) walaupun tak seberapa nak hebat. Pagi-pagi lagi aku akan cek setiap dorm kat aras aku. Pastikan aspuri yang tinggal dalam tue tak sidai tuala atas katil, tak simpan baldi dalam dorm dan pastikan selipar dan kasut semua disusun dengan kemas.

Sejak form 1 cikgu dah latih kami buat presentation kat depan sampai aku pernah dinobatkan sebagai presenter terbaik. Pedahal apalah sangat peringkat kelas je subjek Geografi. HAHAHA! Lepas tue aku selalu cipta sajak sendiri dan bertanding dengan kawan aku. Menang tau! Hari Kemerdekaan pun cikgu panggil suruh deklamasikan sajak depan semua guru-guru dan kawan-kawan. Sebab tue la sekarang kat universiti aku kurang gugup kalau bercakap depan kawan-kawan, lectures or deal dengan customers.

4. Mendidik diri lebih beragama

Meh sini akak ajar adik-adik ngaji :)

DULU sekolah rendah solat tak jaga sangat. Bila akak aku suruh solat aku buat muka. Ntah apalah susahnya sangat nak solat dulu. Astaghfirullah... =.=' Tapi kat asrama selalu jemaah dan setiap orang akan jadi imam lebih-lebih lagi senior. So jadual akan disusun bergilir-gilir. Aku hanya mampu berdoa agar tak jadi imam subuh. Apa tak nya sebab air ada kat aras bawah je. Kang dibuatnya aku dapat turn shower yang belakang terpaksalah makmum tunggu aku habis mandi. tehee~ Nasiblah turn aku pada waktu Zohor. Ngeh3~ Lepas tue naqibah akan suruh aspuri ni bagi ta'lim dan tazkirah. Bila turn aku sampai aku pun berusahalah cari bahan yang baik punya untuk jadi santapan semua orang. Benda nie secara tidak langsung mendidik aku menambah sedikit ilmu pengetahuan tentang agama.

Tidur dengan tenang selepas baca al-Mulk. ZzZzZz~

Lebih-lebih lagi time form 1 kami masing-masing ada kakak angkat yang akan ajar kami mengaji. Malam-malam wajib baca al-Mulk. Kadang-dang kalau aku malas, eh bukan malas tapi penat. Bila aku penat sangat sampai tak larat pergi tandas berwuduk, aku siap-siap berselimut atas katil baca al-Mulk sambil tutup mata sampailah aku tertidur. Sebab selalu dah baca, lama-lama aku pun boleh hafal. Macam korang jugaklah selalu baca yasin tiap-tiap malam jumaat then bila dengar kat tv ke radio ke mesti dah boleh teka "Eh ini surah yasin lah". Pastu boleh ikut baca sekali sebab dah hafal. kan.. kan..? Then bila kat rumah tak payah tunggu ibu suruh solat. Aku dah gerak sendiri sampai adik aku perli "Wah Ein suda berubah. Rajin solat... Alim. alim.. haha". Damn macam aku nak ketuk je kepala dia time tue.


Dulu aku tak sedar semua nie. Bila dah meningkat dewasa, barulah aku sedar input yang aku dapat masa kat asrama dulu. Tapi banyak jugak benda yang aku tak suka masa dok asrama dulu.

1. Takde air

Muka aku lebih teruk dari budak nie kalau takde air

Kadang-kadang air nie tak berapa nak ada. Mulalah aku cuak semacam. Faham-faham je lah orang perempuan nie keperluan dia tak macam orang lelaki. Boleh bikin stress. Sekolah ada jugak buat inisiatif suruh lori datang hantar air. But since I have sensitive skin aku tak berani guna air tue plus tak tau sumbernya dari mana. So sekali lagi aku nangis-nangis call ayah aku suruh datang. Then ayah aku pun datanglah bawak dua kotak air mineral botol besar. Pandai-pandailah aku guna untuk minum dan mandi.

2. Gotong-royong

Nie baru longkang kecik. Kalau longkang utama lagi besar dan bau dia lagi busuk! >,<"

Mak aihh! Setiap hari Ahad mesti ada gotong-royong bersihkan kawasan sekitar asrama. Akulah paling nervous bila nak tau dorm aku akan bertugas kat mana. Cuci toilet takpe lagi tapi kalau dibuatnya kena cuci longkang utama sengsara dowh! Kena tunggu orang yang cuci longkang-longkang lain betul-betul bersih barulah longkang utama tue dapat dibersihkan sehinggalah airnya menjadi jernih. Mampus aku semput!!! Syukurlah semua tue tinggal sejarah. Kat USM aku hidup senang lenang sebab ada cleaner. Tak sia-sia Saujana bayar bulan-bulan. Masuk lift pun wangi sampai tak terhidu bau perfurme sendiri. HAHAHA! Ok itu aku over je. Kih3~


Rasanya dah cukup banyak aku membebel. Itu saja untuk kali nie. Asam garam kehidupan harus dilalui dan semua tue banyak mengajar aku erti hidup. Geli pulak bila jadi skema nie. =.=' Ok lah bye. Have a nice day darlings!

~wasalam~



1 say you love me too:

Anonymous said...

haha....manjanya..tak dak air pun nak mngis...klaw lah sy anak dato` nak ja sy kak ein mandi pakai air meneral + lgi bertapis...hehe...

 

~ EiNeZz ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review